Sunday, December 14, 2008

Cemerlang & Inovasi

Aku mengakhiri tahun 2008 dengan 2 anugerah - Anugerah Cemerlang & Anugerah Inovasi. Sebenarnya aku dah tak kisah pun pasal anugerah ni, sebab target aku dah lama tercapai. Target aku 2 tahun selepas masuk kerja aku mesti dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Aku dah dapat....tahun 2005, tak sampai pun 2 tahun aku kerja. So selepas tu, kalau dapat lagi...cuma bonus, alhamdulilah. Aku terima dengan senang hati. Bagi setengah orang, anugerah tu memang diidam2kan sangat. Aku tau ada yang sampai bertegang urat nak pastikan markah prestasi tahunan mencapai 95%. Tapi aku? Nak isi laporan SKT pun aku tak berapa nak pandai. Heheheheheh...malah aku tak tau pun markah aku yang sebenar walau diberi peluang untuk tengok markah tu. Aku setuju je apa yang penilai bagi.

Tahun ini buat kali kedua juga; selepas anugerah 2005, aku terima lagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan (peringkat institut). Kalau ikut kriteria, ibarat macam aku nih dah menyumbang idea pada institut la. Ape ek? Kalau dah dua kali dapat maksudnya 2 kali gak la aku dah sumbangkan idea. Serius aku nak tau ape idea aku yang dah digunapakai kat institut ni. Ape je keje aku? Panggil kontraktor maintainance, rekod aset, jaga pameran..ape lagi ek. Aku betul2 tak tau kat bahagian mana idea aku telah disumbangkan. Hehehehehhehe.....sape nak tolong jawab?


Walau cemerlang mana pun aku di tempat kerja, aku tetap kurang berjaya dalam personal life aku. Aku rasa macam letak hidup aku kedua selepas kerja. Aku tak tau la apesal aku senang sangat ketepikan kepentingan diri sendiri. Bukan aku pegang jawatan besar sangat pun; Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) Gred N17 @ Puan Kerani. Kerani je pun....bukan lawyer ke, pegawai ke, DO ke....hisssshhhh entah la. Aku takut je orang cakap aku ni gile kuasa. Masa aku 1st time dapat Anugerah Khidmat Cemerlang (2005), aku cuak pun ada. Ye la aku keje baru setahun, baru dinilai sekali. Orang yang dah keje berbelas tahun pun belum dapat lagi. Sampaikan aku tak bgtau pun kat umi ngan walid sehinggalah ke saat akhir, sebab aku rasa macam takde apa2. Entah....orang kata anugerah tu idaman ramai. Alhamdulilah sekali lagi tapi mintak maaf sgt2 pada org lain yg sepatutnya dapat tapi di'cantas' oleh aku.

2009, aku nak fokus pada personal life. Antaranya meneruskan appointment di Hospital Serdang, make up rumah, family trip, saving lebih sket (?)....dan semua yang aku dah lama tak buat dan teringin nak buat. Antaranya menulis, beli buku, baca buku, sambung study (?).... dan macam2 lagi la. Apa pun masa menentukan semuanya. Kita merancang, Allah yang menentukan. Dan satu lagi...aku nak serius dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, study pasal OSHA dan isu2 berkaitan.
Just to mention, aku baru je tgk Los & Faun Khamis lepas. Filem Afdlin Shauki & the gang memang sesuai dengan jiwa aku. So pegilah ramai2 tengok...released tension.

Tuesday, December 2, 2008

BILO KELATE BAH....BILA BKT ANTARABANGSA RUNTUH



Bulan Disember ini, spt tahun2 sebelumnya, adalah musim tengkujuh. Ketika ini, cuaca di hampir keseluruhan negara kita diramalkan hujan dan ribut petir, terutama di negeri2 Pantai Timur. Setahun dua yang lalu, keseluruhan Semenanjung diuji dengan banjir, termasuklah utara dan selatan. Namun di Pantai Timur, Kelantan khasnya; banjir atau bah di"sambut" dengan redha. Tiada keluh-kesah dan tiada tangisan hiba, sekurang-kurangnya ketika diwawancara stesen tv. Mereka masih dgn redha dan tawakal...yg mmg kelihatan jelas di wajah masing-masing; baik kanak-kanak, warga tua, ibubapa malah keseluruhan penduduk kampung. Semuanya kalau boleh diusahakan sendiri tanpa mengharap dan meratap.

Sebagai manusia, aku memang yakin hal ini...orang yang kita anggap sederhana hidupnya, malah kadang-kala mmg miskin dan daif, adalah orang2 yg paling cekal dan tabah. Mereka takkan menitiskan airmata di depan orang, tidak bersungut dan mengeluh malah masih bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk hidup. Malah bagi yang menghadapi kehilangan pun, masih mampu tersenyum; dengan ertikata lain hidup perlu diteruskan. Walau sesukar manapun, Allah akan membantu kerana Dia sahaja satu2nya tempat mereka bergantung harap. Pasukan penyelamat tetap akan menjalankan tugas, dan itu pun mereka redha. Jika ada bantuan dihulurkan, mereka terima...jika tiada yang menolong, cukup sekadar yang ada. Anak2 yg menghadapi peperiksaan berdayung sendiri ke dewan peperiksaan, agihan daging korban pun dilakukan sendiri dengan bersampan. Tiada helikopter atau bala tentera utk membantu. Yelah...siapalah mereka...orang kampung dari Bendang Pak Yong, Tumpat. Agaknya di hati mereka...mungkin berkata-kata..."Takpo lah...kito nih dah selalu. Demo hok di KL nuh lagi payoh...keto hok besa2 lagi nak keno belo, ghumah lagi punoh...."(betullah gamaknya ejaan aku nih). Dan mereka pun teruslah mendiami pusat penempatan banjir dengan seadanya...yelah, nak suruh mohon kuarters kerajaan bukan keje kerajaan pun. Nak suh duk hotel....hissshhhhh....jauh panggang dari api. Nak tumpang sedara-mara, sama jer...sekampung banjir.

Itulah kisahnya bilo Kelate bah...mungkin ada yang mengeluh kesah tetapi tidak di khalayak umum, di depan kamera tv. Anak2 main air bah bukan kerana ibubapa tak melarang, tapi itu dunia mereka dan mereka tak pernah menyalahkan takdir jika malapetaka berlaku.

Dan tanggal 6 Disember 2008, selang sehari sebelum Aidil Adha menjelang, Bukit Antarabangsa bergegar, runtuh ranap menyembah bumi. Melenyapkan hampir 14 buah banglo yang tersergam gah di atas puncaknya. Kita imbas sejarah Bukit Antarabangsa ini, yang merupakan antara kediaman elit terawal di Malaysia sesuai dengan namanya. Bukanlah sejarah yang indah, tetapi yg pastinya itulah satu sifat manusia. Takkan serik andai diri sendiri belum terkena. Tragedi 6 Disember lalu berlaku dan hiruk-pikuklah semuanya. Pelbagai teori dan spekulasi (?) dicanang mengapa ia berlaku. Perlu ke? bagi aku yang bukan ahli geografi dan dan bukan juga ahli meterologi, kesimpulannya senang saja. Bukit-bukau gunung-ganang hak Allah yang perlu ditadbir oleh khalifahNya (manusia). Tetapi apabila pentadbir gagal, Pemilik hak itu itu boleh memutuskan apa yang perlu. Kalau dimudahkan, kata seorang rakan kecilku berusia 6 tahun; Cik Li namanya, " Ala diorg ni masa nak buat rumah tu tak pikir ke...tiang kecik nak tahan bukit besar tu mana boleh...Pastu pecah2kan tanah ngan tebang pokok. Ingat tanah ngan pokok tu tak marah ke?" hujah Cik Li. Diulangi sekali lagi...Cik Li umurnya 6 tahun (budak pra-sekolah). Dia bersuara bila melihat gambar runtuhan dalam akhbar pagi Ahad (dia tak baca pun laporan tu). Ambil iktibar...bencana ini memanglah suratan, tapi anggap juga sebagai peringatan dan amaran Allah untuk semua termasuk aku.





Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.

Wednesday, November 26, 2008

Dah cukup kuat ke?!

Hari ini 26 November 2008...sebulan lagi 2009 menjengah. Setiap kali tahun baru, ada saja hal yang memerlukan aku berfikir. Aku tak kisah la ttg keperluan berfikir, tapi aku cuma taknak berfikir ttg masalah. Tak paham? Tak pe la....bukan hal korang pun, hal aku sendiri. Tahun 2009 nnt aku perlu buat keputusan...nak mengandung ke; nak sambung belajar. Sebab aku dah buat keputusan awal (yg dah lama aku tak review) bahawa antara kedua hal itu, aku perlu pilih satu. En. Anuar takde masalah...he's ok with both or either one.

Appointment demi appointment yang aku lalui di Hospital Serdang menjadikan aku lebih banyak berfikir betapa hidup ini ada bermacam-macam sisi. Sisi itu boleh kita pilih dan statik...atau kadang2 ia sisi yang terbias oleh sisi2 lain yang kita tak pilih. Hahahahhaha...tak paham...tak paham.... Ada yang taknak anak, dapat anak. Senang2 je mengandung, beranak. Saat2 menunggu dipanggil ke bilik rawatan, memberi aku masa untuk berfikir. Dan kadang-kala habis di situ saja lah.....habis dengan berfikir.


Masalah duit? Kalau dah pasal duit, memang lah ada masalah. Tapi apelah sangat..masalah duit takkan selesai. Dah mati pun kadang2 ade masalah lagi dengan duit. Tahun ini target aku utk dapatkan rumah sendiri tercapai. Itulah kejayaan terbesar aku sepanjang 3 tahun ni (selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005). Kaedah bintang yg aku aplikasikan selama ini memang menyeronokkan. Walaupun dari segi kerja aku agak merosot tahun ini, tapi personal life mmg banyak bintang. Termasuklah menyelesaikan majlis kahwin dua orang adik aku. Dan keduanya aku dah dapat rumah sendiri!!!!!....YESSSS!!!!!

Aku senang dengan hidup aku sekarang. Cuma selepas ini, aku perlu lebih banyak berbakti, pada umi ngan walid, adik-beradik, suami, keluarga dan kawan-kawan. Bekerja di INSPEM memberi aku interpretasi baru utk istilah kawan. Bertambah ramai kawan, maka bertambahlah karenahnya. Perbezaan jawatan, pendidikan dan umur menjadikan hubungan aku dengan kawan-kawan lebih menginsafkan. Antara aku dan "kawan-kawan" ruang lingkupnya amat terhad. Aku bukanlah menafikan istilah sahabat baik, cuma itu bukan gaya aku; bukan prinsip aku. Aku mengkategorikan diri aku sebagai org yg sangat flexible dalam hal berkawan, sesiapa sahaja boleh berkawan dengan aku dan sesiapa juga boleh bermusuh dengan aku. Dan aku tidak pernah mencari keduanya; kawan atau musuh.
SEMOGA TAHUN 2008 INI BERLALU DENGAN BAIK DAN KEDATANGAN 2009 BERMULA DENGAN LABIH BAIK.

Sunday, November 16, 2008

Personal & Official



Personal.....
Hidup ini indah (walaupun kadang-kala aku perlu berusaha utk mengindahkannya). Aku baru bernafas seumur 28 tahun...mana mungkin aku boleh mengatakan hidup ini pahit? Kalau sekarang ini pahit, bagaimana esok?lusa?

Aku hampir (walaupun masih jauh sbnarnya) utk menjadi seorang peguam. Memulakan alam universiti di UKM dalam Matrikulasi Undang-undang seterusnya ke tahun satu. Kandas? Itu mungkin perkataannya. Kesilapan mengatur langkah menyebabkan aku gagal melunaskan perjuangan belajar.... Tak terfikir utk aku menjadi peguam, malah aku tak terfikir pun utk bekerja sebagai Puan Kerani. Yang Maha Esa itu Maha Penentu, DIa telah merencanakan utk aku, maka tiba saatnya, AKU kini AKU.

Melangkah ke alam dewasa mengajar aku hidup ini indah...tetapi syaratnya kita perlu mengindahkannya. Aku pernah di puncak gemilang dalam segalanya, kemudian kecundang, bangun semula, tumbang dan tegak kembali. Kalau itu tidak indah, nescaya aku akan terus dimamah dukacita. Kini masanya aku membuktikan diri.

Cinta dan perkahwinan? Aku boleh mendabik dada, kerana aku telah Allah kurniakan kegagahan (ALhamdulillah). Mengharung manis bercinta, meredah pahit bertunang lama, mengecap bahagia sementara, kemudian dilanda malapetaka. Tujuh bulan aku menjadi zombie, bekerja 24 jam, bukan utk cari duit lebih tapi semata utk pastikan aku sibuk. Aku menjadi hamba pada kerja, pastikan diri aku tak leka. Hingga satu tahap aku takut utk ke tandas, kerana berseorangan di situ akan membuat aku leka dan kemudian melayan perasaan. Hikmahnya ketika inilah aku membina diri aku yg lebih kuat, luar dan dalam. AKu jadi kejam pada diri sendiri, menafikan rehat. Syukur aku telah melepasi saat itu dan kini terus bahagia kembali.

Kalau dikenangkan saat ini, hidupku dan hidup semua orang tak pernah lari dari masalah. Sama ada masalah itu jadi simpanan dalam hati atau diluahkan pada orang, atau masalah yang dicari sendiri, bezanya cuma sekuat mana kita mengendalikannya. La Tahzan...kuatkan hati dan serahkan pada Yang Esa utk menentukannya jika sudah keputusan ikhtiar.


Official...




KerjA...KERJA....dan kerja lagi. Siapa kata jadi kerani senang? Perspektif umum memanglah...tambah pula kalau di sektor kerajaan. Ala masuk kerja kul 8 kul 5 balik. 830 pagi sarapan, 10 pagi minum pagi,1 tghari makan lagi...
Tapi aku tak rasa macam tu. Aku berhempas pulas berhadapan dengan kerja yang kadang2 bukan kerja aku pun. Mujurnya aku berada di pihak yg menerima arahan dan melaksanakan arahan. Tapi aku sendiri telah meletakkan standard aku sendiri. Aku pegang pada tuan badan, kalau pemberi arahan berwibawa aku akan melaksanakan dengan wibawa juga. Jika pemberi arahan pantas dan cergas aku pun aku akan laksanakan tugas begitu juga.
Aku telah korbankan banyak perkara utk kerja aku. Mungkin tak terpandang pun oleh sesiapa (aku tak kisah punnn...). Mungkin aku masih belum sehebat mana untuk bercakap pasal pengorbanan kerja. Penat? Semua orang penat. Tapi aku penat berdepan dengan org2 atasan yg mempunyai cita-cita setinggi langit...asyik mendongak tanpa menjeling sedikit pun ke bawah. Kadang-kala ikhlas aku bekerja jd macam dendam. Seakan tak adil...mereka berada di tempat yg tinggi tetapi rendah pula sikap "perikemanusiaan"nya. Dan sekali lg, aku berpegang pada tuan tubuh. Walau sehebat mana ilmunya, setinggi mana pencapaiannya...andai hubungannya sesama manusia "out of service"...sorry aku tak respect langsung.
Sibuk? Haaa.....perkataan inilah yg aku paling benci dengar. Taknak sibuk jangan kerja. Duduk rumah tidur. Jangan merantau kat tempat org. Duduk je di kampung, teruslah berada di "comfort zone" anda. Aku peduli hapa! Jujur dan adillah pada jawatan kita. Officers must act like officers... tapi dengan gaya yg bijak. Kadang2 tingkah laku para profesional ni buatkan org bawahan tergelak. Nak kata BODOH...belajar tinggi...tapi nak isi borang pun tak reti. Aku rasa aku nak senaraikan benda2 bodoh yg diorg buat.
SIMPUL MATI
Apa saja yg datang dalam hidup kita, ada sebab-musababnya. Bagi aku, tiada yg mustahil. Menjadi yang terbilang itu hakmilik setiap insan.





Friday, November 14, 2008

Aku & Dia


Berkali-kali...malah kadang-kala jd pertengkaran. Apa? Setiap kali aku update blog atau update Friendster, dialog ni akan muncul;
"Mama ni asyik buka friendster jer...tp takde gambar abg pun"...atau pun
"Eleh bukak blog tu bukan nak citer pasal abang...asyik citer pasal opis ngan keje je"
So, kali ni aku nak dedicate kan post ni khas utk dia.
Hari ni dia ke Grik, meraikan sahabat baiknya yang akan bernikah. Selalunya aku yg akan tinggalkan dia keseorangan di rumah, atas urusan kerja yg kadang-kala membuatkan dia merungut (walau bukan depan aku, tp aku tau). Aku dan dia...berbeza...banyak. Perbezaan itulah yang membuatkan aku dan dia serasi dan saling melengkapi.
Allah itu telah mengaturkan yg baik2 untuk hambanya. Aku dan dia pernah melalui saat getir perkahwinan kami. Hampir putus di tengah jalan; mujur kami dikelilingi dengan doa org2 yang sayangkan kami.
Kalau ingin bercerita ttg dia, panjang pulalah post ni. Dia minat seni, menyanyi, berlakon, suka bergendang, rebana dan bergaya. Aku? Baca buku, kerja, kerja, outdoor, comot sket, kerja lagi, suka makan....herm...takde pun yg sama ngan dia. Satu je kot yg sama...kitorg suka berada kat tmpt yg crowded. Hahahahahah...pelik? Tak kesah la karnival ker....konsert ker...stadium ker...pasar malam ker...biar seramai mana pun manusia, ok jer.....
Bila difikir-fikirkan dalam2....takde apa pun yg sama antara aku dan dia. Tapi sekali lagi; Allah tu Maha Adil kan?

Saturday, November 8, 2008

End of 2008


Lama tak menulis....rasa malas pulak nak mula semula. My last post was during Syawal. HAbis Syawal, catch up dgn kerja. Penutup kepada segala jamuan raya ialah Sambutan Aidilfitri INSPEM pada 24 Oktober 2008. Tahun ni tak sesibuk tahun lepas, namun menjelang dua bulan terakhir 2008 ini dipenuhi dengan beberapa perkara di pejabat dan peribadi.

Di pejabat sedang giat operasi ISO. Aku suka...walaupun Ya Allah susahnya nak mulakan 1st step. Dalam proses mendapatkan ISO dan seterusnya...dah nyatalah siapa yang paling sibuk. Mmg aku tak berniat pun nak mention all the *#%^** things. Tapi aku dh dapat bayangan awal sejauh mana kerjasama di kalangan pegawai dalam merealisasikan hal2 ISO ni. Di pihak aku, takde masalah sbb aku dlm kedudukan menerima dan melaksanakan arahan. Dan prinsip aku, kalau pegawai cergas dan pantas, aku pun follow sekali walaupun terpaksa ketepikan personal life aku. Tapi kalau yg jenis2 BALA bagi arahan; lembab, selenga, blur, menggelabah tak tentu hala; aku wat bodo je. Sorry aku tak keje dgn insan2 yg kurang motivasi dan kurang berdaya maju. Hahahahahah.

Coming soon, ada beberapa events yg akan berjalan....bengkel dan seminar. Agak suntuk masa memandangkan dah hujung tahun, tapi biasalah. Hampir 5 tahun di sini, aku dah terbiasa sgt2 sampai ke tahap lali dan kebas...Herm.....bombastiknya.

Personal life aku....dihiasi dengan deretan appointment hospital...and on the next appointment aku akan menjalani prosedur HSG dan sekiranya takde progress, akan proceed with IUI. RAsa mcm agak drastik, tapi ikhtiar takkan dihentikan. Haaaa...my HSG apptmnt jatuh sekali dengan Seminar Equals (24th November). So for the first time, aku takkan bertugas ketika itu.

The best thing utk tahun ini ialah aku dh berjaya beli rumah....lega sgt rasanya. Sekarang sedang tunggu utk amik kunci. Insya Allah aku cuba utk sambut Aidiladha di rumah baru.

Cukup setakat ni....BYE

Sunday, October 12, 2008

Open House....

12 Syawal...huh penat betul. Penat berjalan dan makan. Itulah kalau beraya di bandar, mmg betul2 30 hari berhari raya. Selalunya ketika ini memenuhi undangan rumah terbuka pun bagaikan tak cukup masa....maklumlah semuanya terhad ketika hujung minggu sahaja. Asyik ke rumah orang, rumah sendiri bila lagi yer?

Anyway, semoga Syawal yang akan datang akan terus meriah dan diberkati. AMIN....

Tuesday, October 7, 2008

Warna-warni AidiLFitRi



Aidilfitri kali ini agak berbeza....satunya kerana setelah sekian lama kami sekeluarga beraya di Bandar Baru Bangi. Seterusnya akan jadi kebiasaan kerana atok di kampung sudah kembali ke Rahmatullah tahun lepas. Bagi aku, takde masalah sebab kalau bukan beraya di Perak, aku beraya di PJ. BBB dan PJ tak beza sangat pun. Tetap meriah sebab kawasan itu dah mula nampak transformasinya menjadi kampung halaman. Dan pemerhatian aku, tahun ini jumlah yang beraya di bandar nampak macam ramai, terutama kalau melihat jumlah kenderaan yang banyak di PJ dan BBB. Selain dari masalah harga petrol (agaknya lahhhh...), mungkin kerana lepas cuti raya, ada anak2 yang akan menduduki exam; tak silap aku PMR.

Ramadhan terakhir aku dan adik-beradik dah berkumpul di BBB.....sama je macam raya kat kg. Masak rendang, ketupat (dua jenis lagi; ketupat sate & ketupat daun palas) dan bakar lemang. Lagi seronok dengan kehadiran adik-adik umi (pakcik ngan makcik aku laaa....) dan anak2 diorang yg meriuhkan keadaan. Malam sambil bakar lemang, main mercun dan bunga api kat padang. Macam kecik-kecik dulu.....

First day raya kami beraya ke rumah in-law aku dan in-law alang...oooppsss lupa plak tahun ni kami beraya dengan 2 ahli keluarga baru; Fahrul (suami alang) dan Ieda (isteri ateh). Raya kedua aku balik Nilai, malam tgk Senario (serius bosannnn....) kat Alamanda. Jumaat tak ke mana...balik Serdang berkemas; petang gi pasar malam pastu lepak Old Town Cafe. Sabtu wat kerja giler pegi Sg. Gabai piknik ngan Huda & Husna....best giler! Ahad sempat ke open house Tun Mahathir; penat giler berjalan nak sampai ke rumah dia.

Hermmmm....ok gak raya tahun ni. Lain dari selalu....semoga Aidilfitri kami sekeluarga akan terus dilimpahi berkat.

Wednesday, September 10, 2008

Ramadhan dan Aidilfitri




Hari ini ialah Ramadhan ke-19...bila dewasa tak terasa sgt betapa pantasnya Ramadhan berlalu. Zaman kanak-kanak, hari2 akan di'countdown'....menjelang Aidilfitri. Selain baju baru, balik kampunglah perkara yang amat2 ditunggu.

Tahun ini sepatutnya aku beraya di Perak...tapi tahun ini juga kali pertama beraya tanpa atok yg kembali ke rahmatullah Disember lepas; sekali lagi betapa pantasnya masa berlalu. Jadi tahun ini buat kali pertama juga setelah berbelas tahun, aku akan beraya di Bangi. Pernah sekali mungkin dalam tahun 90, aku beraya di Bangi. Wahhhh....sunyi teramatnya dan surau pun dipenuhi warga asing. Bukan sahaja lengang tahap maksimum, kami sekeluarga ibarat berada di zaman darurat apabila bekalan makanan terhad kerana kedai tutup. Jika ada kedai yang buka pun, barangan amat kurang hingga hampir pada tiada.

Kepada semua Selamat Menyambut Aidilftri dan berhati-hatilah di jalanraya.

Friday, August 29, 2008

Black Out....Blackened

Last weekend akhirnya berjaya gak aku dan beberapa officemates meredah ke Port Klang utk makan ikan bakar. Tak ramai yg boleh join sbb Sabtu ramai kena exam SPA. Next time, buka puasa lah pulak....

Minggu ni berjalan dengan agak kurang lancar....ofis black out disebabkan masalah wiring. Disebabkan aku yang bertanggungjawab dengan hal-ehwal yang berkaitan dengan bangunan tempat kerja kesayangan aku ni, maka buat kesekian kalinya aku terpaksa ketepikan beberapa hal peribadi.

Masalah black out tu dh berlarutan dari hari Isnin. Pada mulanya aku jangka masalah biasa, tp bila dah panggil technician, nampaknya ia masalah besar. Asalnya hanya sebahagian power supply yag bermasalah, akhirnya keseluruhan wing pejabat bergelap. Aku terpaksa stay back utk perhatikan kerja-kerja baik pulih tu. The thing is...kena kebalkan telinga dgr complaints dan sediakan jawapan. Sambil itu berdoa agar Dato' Pengarah menerima dan bersabar dengan situasi ini.

Sehari...dua hari masalah belum selesai. Dan pada hari ketiga Dato' panggil aku - bukanlah kebiasaan utk dia terus panggil staf. Tapi dah pastinya mmg aku je yg boleh jawab sebarg soalan berkaitan. Apa pun, aku cuma ditegur supaya pastikan kontraktor yg dipilih tu boleh buat kerja. Dan sememangnya aku mengaku disebabkan masalah ini, banyak kerja terganggu lantaran hampir100% kerja di pejabat melibatkan internet dan komputer.

Hari ketiga itu juga (Rabu), aku terpaksa stay back lagi...tinggalkan sekejap utk balik mandi dan dtg semula 7 pm. Kesian En. Anuar.....ALhamdulillah, jejak kaki di pejabat lampu dh menyala. Nampaknya masalah hampir selesai. Terima kasih utk kontraktor yg berusaha dalam kegelapan dan tekanan, dan juga pegawai yg in-charge sbb tak pressure aku. Hehehehhehehe.....lega rasanya sbb aku dh apply cuti Khamis dan Jumaat.

Di kesempatan ini juga, aku nak abadikan ucapan tahiah kepada 2 org officemates yg banyak bersama-sama aku iaitu Kak Ct yg dapat Anugerah Cemerlang dan Ita yang baru je lapor diri sebagai Pegawai Penyelidik. Suksesssssss........Dan tak lupa juga Feziul yg baru je dapat baby girl; CONGRATULATIONS!

SeLamAT MenYambUT MERDEKA ke-51 dan Ahlan Ya RaMADhan.

Sunday, August 24, 2008

Killing Time





Dan bilalah Malaysia boleh ada drama2 macam ni....? Nak salahkan siapa kalau rakyat Malaysia tak tgk drama Melayu; dan kalau tgk pun disertai dengan kutukan berjela-jela dan kritikan tak membina. dan dua tiga hari lepas aku "ter"tengok satu siri ala-ala E.R / Chicago Hope tajuknya Ampang Medikal....persepsi pertama - Apa ke jadahnya -
Sorryyyyy.......


Saturday, August 16, 2008

Remp-It



Hahahahahaahahaha...aku pun kelakar kenapa aku nak tulis pasal rempit (ejaannya diubah oleh Tuan Director Ahmad Idham menjadi Remp-It). Kenapa yer...1. Sebab td aku tgk ulangan filem Remp-It, 2. Sebab aku dah lama tak dgr citer pasal mat rempit dlm berita (mat rempit sumer dh masuk PLKN ke ape?) dan 3. dah tentu la sebab.......hehehehehe peribadi la.....

Sebab 1 tu...ye lah dah berapa kali astro ulang cerita tu. Aku pun layan (sampai terover layan ke tahap membuatkan En. ANuar jeles). Filem tu mmg wat jiwa kacau je sbnarnya. Aku tak sangka mat rempit yg dulu dikenali ngan budak motor ni boleh mencetuskan fenomena baru kat Malaysia. Sampai jd filem, agenda politik, forum..dan macam2 lagi lah. Hasilnya tak pasti pun....cuma yg pasti berjayalah perempit-perempit tu sebab berjaya menarik perhatian sehingga peringkat kebangsaan. Kan secara psikologinya, diorg ni mmg nak perhatian, kuasa dan dominasi.

Sebab 2 pulak...kenapa ek takde dah citer mat rempit ni? Setahun lepas aku rasa hari2 ade citer pasal mat rempit-mat rempit yang hati kering ni. Ragut mat rempit..rogol mat rempit...gaduh mat rempit...langgar polis mat rempit...macam2 lagi lah kategori jenayah berat telah diusahakan oleh mat rempit ni selain dari tugas utama iaitu berlumba haram. Mana ek diorg ramai2?.....dah jadi ketua pemuda ke apa?Atau dah masuk universiti semuanya?Konfius gua bai.....

Sebab 3....hehehehehehe. Kenangan menusuk jiwa....AKu benci tul la bila tgk Remp-It tu....mmg JIWA KACAU.....tak tau lah nak cakap....Citer tu dah la macam real. Pastu si Farid Kamil@Madi ngan Zulhuzaimy@Spark tu mmg cam sial.....real rempit tul la. Cakap sama...gaya jadi. Bengang tul aku!Dah2 la tu weiiiii.....
Tapi janganlah dibiar diorg nih...yang hancur makin hancur.....budak Melayu tu.....

Tuesday, August 12, 2008

Thank you......from Ryan-Emir Fiqri



Thank you very much for helping out last saturday for Ryan-Emir's majlis aqiqah. Thank you very much for being the photographer...(nanti send the pics to my email k) And thank you for your contributory gifts and attendance...Greatly appreciated...
xoxoxo always




we can have coffee nanti.....one fine day k...;)

And today is Abah's birthday........so HAPPY BIRTHDAY TO ABAH

Sunday, August 10, 2008

BAHTERA MERDEKA



Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang...Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung....Tanah Semenanjung
Permata nilam

( korus )

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan...Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

Friday, August 8, 2008

Siannnnn Cik Cuk....

Kepada yg baca tulisan aku sebelum ni...terasa ker?Harharhar.....ape laaa...kalu wat akaun FS, tak bagi org tgk, baik la simpan gambar dalam album letak kat umah. Atau pun simpan jer dalam my computer/C:/...takde la sape2 nak tgk. Keje...keje la....aku tgk FS masa kat umah. Umah ade internet.....berlagaknyer aku.....kukuikuikui.....


Ape laaaa Cik Cuk.....hehehehhe terasanya dia....

Monday, August 4, 2008

InterNet (?) - Unlimited Access

Pagi Isnin ini disambut dengan punch in sblm jam 7 pagi (punch online tau)sbb En. Anuar terpaksa berkejar ke Puchong...mungkin akan berterusan dalam seminggu dua ni. Takpe...salurkan tenaga ke arah positif....hehehhehe...
Anyway aku curi2 melayari satu blog yang agak sensasi...kisah lipur-lara "mangsa" yang telah di"perguna"kan secara songsang. Bukanlah bertujuan untuk menyokong atau menyalahkan sesiapa (hampir semua org menggunakan frasa ini) dan aku melihat ini dari sudut yang berbeza. Budaya blog sudah mula menjadi amalan sehingga lahirlah istilah "pengamal blog". Jika dulu ruang blog hanya jadi bahan bacaan tetapi kini semakin ramai menjadikannya sebagai tempat luahan rasa, saluran pendapat, cari jodoh, tukar2 resepi, kembangkan ilmu, kongsi idea dan sebagainya. Dari sebaik-baik kegunaan hinggalah ke sehina-hina eksploitasi.
Sebagai seorang yg menyokong kempen MEMBACA JAMBATAN ILMU, aku dapat rasakan betapa perubahan budaya membaca itu sekarang. Kalau dulu ternanti-nanti keluaran majalah dan akhbar harian, mingguan, tabloid, arus perdana...namun sekarang argghhhhh...takpe lah...nnt baca online lah. Yesss....internet telah mendominasi kehidupan kita. Segala-galanya internet sehinggakan kanak2 tadika pun tau pasal internet.
Dahulu budaya cybercafe dipandang sebagai perkara baru yang amat maju...tetapi selepas 3 - 4 tahun cybercafe hanya menjadi tempat bermain games selepas budaya IRC mula hilang. Dahulunya dengan bayaran RM2 sejam, sembang IRC seakan menelan duit bagai air oren.
Internet...internet....kalau server down di pejabat, serasa nyawa terputus...satu kerja pun tak boleh buat (?). Yelah mula dari punch in sudah gunakan sistem online...tak termasuk sistem kewangan, cuti, permohonan kerja, pengurusan sumber manusia. Manusia sekian kali ini menjadi hamba teknologi lagi.
Akhir kalam...salurkan tenaga dan minda ke arah positif...nescaya semuanya akan menjadi terkini....maksudnya silalah update Friendster dan blog anda! Aku dah bosan la wei baca ngan tgk gambar yg sama!!!!!!

Thursday, July 17, 2008

MALAYSIA oh TANAHAIRku.......


Aku terasa amat bersemangat utk menulis ttg 31 OGOS....hermmm tahun ini kemerdekaan ke-51....Empat atau lima tahun dahulu...satu jer yg paling seronok tg 31 Ogos....pegi tgk bunga api dan countdown. Ntah mana datangnya budaya nih aku pun tak tau sebab seingat aku ia mmg dah ade sejak aku naik sekolah menengah kot (?)....heheheheh....masa2 ni kepala otak ligat cari point camner nak kuar petang...balik malam; mungkin lepas tgh malam. Aku taklah terjebak seawal sekolah menengah tapi sejak belajar kat universiti ade gak la melibatkan diri.

Apa pun semua tu mungkin dah berlalu...bagi akulah. Sebab aku makin tua dan ada pula pengganti baru. Budaya tu mungkin semakin advance sekarang...dulu setakat di Dataran Merdeka, tapi sekarang semua tempat mula berpesta menyambut merdeka. Dari Putrajaya, Petaling Jaya, KLCC, Mines, Danga Bay, Ayer Keroh, Litar Sepang dan ntah di mana2 lagi semua nak sambut merdeka dengan "countdown" dan bunga api. Malam menyambut merdeka tu jalan sesak dengan mat/minah rempit, mat/minah drift, mat basikal (aku tak pernah jumpa lg minah basikal), mat/minah scooter, mat/minah poyo dan termasuklah semua rakyat Malaysia, bukan rakyat Malaysia, lelaki, perempuan, lelaki + perempuan....semuanya BERSATU menyambut merdeka.


Positifnya...sungguh bahagia hidup di bumi merdeka Malaysia...majmuk, aman, damai, kaya, indah, permai, maju, canggih, meriah dan segala intipati baik2 belaka. Negatifnya....senarainya pasti panjang..bermula dari sebelum sambutan iaitu trafik sesak dengan maki-hamun pemandu yang tak sabar, semasa sambutan iaitu ntah ape sebenarnya motif sambutan tu dan kemudian selepas sambutan...yang kisahnya pasti menarik dibaca dalam MASTIKA bulan September. Dan seringnya perkara positif takkan kelihatan lagi andai disalut dengan yang negatif...langsung takde peluang! Ibarat sebiji berlian...disalut dengan lumpur warna kelabu...pastu dikeringkan di dalam kebuk dan dijadikan batu-bata. Habissss.....takde dah yang nampak nilai berlian tu.


Kenapa aku bersemangat nak menulis ttg 31 OGOS? Ntah...aku sendiri tak berapa pasti. Tapi setiap kali 31 OGOS aku mmg rasa ingin menulis. Sekadar memenuhkan blog...mungkin. Cuma 31 OGOS jer..aku rasa something. PATRIOTIK ker...?Ntah la.


~Kesimpulannya - ramai rakyat Malaysia yang tak tau kenapa sambut 31 Ogos...selain kerana merdeka..percayalah~

Saturday, July 5, 2008

ANimal KinGdom





Aku suka pada binatang (?)...ramai yg tak percaya walaupun suami aku sendiri. Tapi aku tak suka sangat pada "pet" atau binatang peliharaan seperti kucing, arnab, flowerhorn...etc...aku suka haiwan sebenar yg hidup dalam habitat semulajadinya. Bergaduh rebut channel Animal Planet dah jd kebiasaan sbb aku suka pada gajah, buaya, zirafah, ular....hermmmm rasa mcm nak ke night safari, tapi di KL ada ke? Setau aku cuma di Taiping.

Pasni nak jalan2 g Zoo la.......

Thursday, July 3, 2008

Selepas Segalanya Selesai



Lega rasanya bila WALIMATUL URUS kedua adik (Alang & Ateh) selesai. Kali ni memang lebih penat dari wedding Angah sebab serentak 2 pasang. Ateh dengan org Bukit Gantang dan Alang dengan org Subang...mujurlah ateh je yg jauh. Tak dapat aku bayangkan kalau keduanya bertemu jodoh dgn org jauh. Setakat ni ateh je la yg pecah rekod sbb nikah dengan org Perak (mujur juga ada kaitan saudara). Aku sendiri setakat di PJ dan angah lagilah...setaman jer.
Aku teringat kata2 seorang motivator bahawa jika anak2 mula bersuara ttg kahwin...tambahan jika sudah ada pasangan, eloklah disegerakan. Aku kagum kerana motivator ini menanggung belanja kahwin 3 anak yg masih belajar dan terus menanggung mereka sehingga tamat belajar. Perspektif kita mungkin berbeza tapi bagi aku, andai mampu tak salah jika ini berlaku. Sesungguhnya Allah akan memurahkan rezeki org2 yang mendirikan masjid.
Melayari usia perkahwinan tahun ke-5, aku melarikan diri seketika bersama yg tersayang ke Langkawi. Bercuti dalam negara sekadar untuk rileks...tak sehebat kawan2 aku yg bercuti di luar negara, tapi sudah cukup menyeronokkan sehingga percutian 3 hari bertambah sehari lagi. Sesungguhnya di Malaysia masih banyak yg indah.

Sekembalinya dari bercuti, tak banyak yang menunggu...sekadar membantu pegawai2 menyiapkan laporan RU...dan aku terima berita bahawa institut tidak terpilih sebagai COE. Masih ada peluang lagi......

Tahun ini mmg tak lengkap sbb tiada tugasan pameran (ITEX etc..) - bermakna kurang medal utk institut. Dan kurang aktiviti maksudnya kurang bintang utk diri sendiri. Aku menunggu hujung bulan Julai untuk PRPI dan mungkin Pesta Konvo...selain EQuaLS2 dan ICMER khabarnya hujung tahun ini.

nostalgia mewarnai minda.........specially for you






Teliti ...........menjejaki...........
Terpegun.......
menikmati.........

Sejenak.....
tersungkur..........

menginsafi.........


Teruja........
diselubungi kerdipan cahaya keasyikan...........
Nostalgia...............
terukir senyuman di bibir...... terpancar sinaran di mata......

Kesyukuran................
ketenangan abadi....
Liku kehidupan....
ber WARNA - WARNI

Saturday, June 21, 2008

Setengah tahun 2008

Bulan Jun sudah mula ke penghujung... dan aku telah melepasi tahap2 kritikal dalam urusan majlis perkahwinan adik-adik aku. Cuba fokus kepada kerja tapi macam susah jer... Aku pernah terfikir betapa lambatnya aku menjadi fokus tahun ini. Aku rasa prestasi kerja macam merosot dan seperti lambat utk warm-up. Dan tak ketinggalan usia aku meningkat setahun lagi bulan ni dan anniversary ke-5 perkahwinan aku pun bulan ni.

9 - 12 April 2008 institut menganjurkan Crptology2008, dan segala selesai seperti dirancang. Alhamdulillah satu lagi indikator utk aku tahun ini sebagai puan kerani. Dan seperti biasa aku menguruskan hal2 teknikal (seakan jadi badi..aku tak tau berapa lama aku akan buat kerja teknikal). Malam pertama aku stay di Seri Pasific dan seterusnya berulang dari Serdang. Tekanan agak kurang kerana hanya menggunakan satu dewan persidangan. Apa pun alah bisa tegal biasa... Tapi malang tema oren hitam tak dapat diabadikan kerana tak sempat utk photo session tambahan pula kami bekerja bersama dengan 2 pihak lain iaitu CyberSecurity dan UKM. Tak baiklah interframe lebih2.

Anyway.... aku dpt satu lagi star untuk diri aku sepanjang bekerja di UPM...menambah satu lagi star dalam koleksi peribadi aku.

Monday, June 16, 2008

MENCARI MASA


Kebelakangan ini terlalu banyak kekangan masa yg perlu aku tangani. Bukan dlm lingkungan kerja, tetapi lebih dalam lingkungan hidup peribadi aku. Menghadapi majlis perkahwinan dua adik yang berlangsung awal bulan ini..tapi kronologinya bermula dari 10 Mei 2008 dan pastinya kesibukannya lebih awal dari itu. Adik lelaki yg keempat (Ateh) melangsungkan pernikahan dan majlis perkahwinan pada 10 Mei 2008 di Bukit Gantang, Perak. Selesai di sana pernikahan adik perempuan ketiga (Alang) pada 24 Mei 2008 di BBB. Pastinya lega apabila yang wajib selesai dan bersedia pula untuk majlis kenduri keduanya di BBB pada 1 Jun 2008.


Dan selesai pada 1 Jun 2008, aku seakan-akan goyah menghadapi kerja (yg taklah sebanyak mana pun). Namun setelah mengenepikan hal kerja hampir dua minggu terasa betapa peritnya utk mengekalkan prestasi. Dan sehinggalah 8 Jun 2008, selepas majlis bertandang alang, aku terus ke PWTC - Cryptology2008 yang pastinya memakan masa sehinga seminggu.


Aku tak sabar utk bercuti pada hujung bulan ini. Walau sekadar di Langkawi, tapi inilah masanya aku ingin bersama suamiku sepenuh masa. Kesempatan ini memang utk berehat sepenuhnya dan sempena anniversary ke-5 Jun ini.