Tuesday, December 2, 2008

BILO KELATE BAH....BILA BKT ANTARABANGSA RUNTUH



Bulan Disember ini, spt tahun2 sebelumnya, adalah musim tengkujuh. Ketika ini, cuaca di hampir keseluruhan negara kita diramalkan hujan dan ribut petir, terutama di negeri2 Pantai Timur. Setahun dua yang lalu, keseluruhan Semenanjung diuji dengan banjir, termasuklah utara dan selatan. Namun di Pantai Timur, Kelantan khasnya; banjir atau bah di"sambut" dengan redha. Tiada keluh-kesah dan tiada tangisan hiba, sekurang-kurangnya ketika diwawancara stesen tv. Mereka masih dgn redha dan tawakal...yg mmg kelihatan jelas di wajah masing-masing; baik kanak-kanak, warga tua, ibubapa malah keseluruhan penduduk kampung. Semuanya kalau boleh diusahakan sendiri tanpa mengharap dan meratap.

Sebagai manusia, aku memang yakin hal ini...orang yang kita anggap sederhana hidupnya, malah kadang-kala mmg miskin dan daif, adalah orang2 yg paling cekal dan tabah. Mereka takkan menitiskan airmata di depan orang, tidak bersungut dan mengeluh malah masih bersyukur kerana masih diizinkan Allah untuk hidup. Malah bagi yang menghadapi kehilangan pun, masih mampu tersenyum; dengan ertikata lain hidup perlu diteruskan. Walau sesukar manapun, Allah akan membantu kerana Dia sahaja satu2nya tempat mereka bergantung harap. Pasukan penyelamat tetap akan menjalankan tugas, dan itu pun mereka redha. Jika ada bantuan dihulurkan, mereka terima...jika tiada yang menolong, cukup sekadar yang ada. Anak2 yg menghadapi peperiksaan berdayung sendiri ke dewan peperiksaan, agihan daging korban pun dilakukan sendiri dengan bersampan. Tiada helikopter atau bala tentera utk membantu. Yelah...siapalah mereka...orang kampung dari Bendang Pak Yong, Tumpat. Agaknya di hati mereka...mungkin berkata-kata..."Takpo lah...kito nih dah selalu. Demo hok di KL nuh lagi payoh...keto hok besa2 lagi nak keno belo, ghumah lagi punoh...."(betullah gamaknya ejaan aku nih). Dan mereka pun teruslah mendiami pusat penempatan banjir dengan seadanya...yelah, nak suruh mohon kuarters kerajaan bukan keje kerajaan pun. Nak suh duk hotel....hissshhhhh....jauh panggang dari api. Nak tumpang sedara-mara, sama jer...sekampung banjir.

Itulah kisahnya bilo Kelate bah...mungkin ada yang mengeluh kesah tetapi tidak di khalayak umum, di depan kamera tv. Anak2 main air bah bukan kerana ibubapa tak melarang, tapi itu dunia mereka dan mereka tak pernah menyalahkan takdir jika malapetaka berlaku.

Dan tanggal 6 Disember 2008, selang sehari sebelum Aidil Adha menjelang, Bukit Antarabangsa bergegar, runtuh ranap menyembah bumi. Melenyapkan hampir 14 buah banglo yang tersergam gah di atas puncaknya. Kita imbas sejarah Bukit Antarabangsa ini, yang merupakan antara kediaman elit terawal di Malaysia sesuai dengan namanya. Bukanlah sejarah yang indah, tetapi yg pastinya itulah satu sifat manusia. Takkan serik andai diri sendiri belum terkena. Tragedi 6 Disember lalu berlaku dan hiruk-pikuklah semuanya. Pelbagai teori dan spekulasi (?) dicanang mengapa ia berlaku. Perlu ke? bagi aku yang bukan ahli geografi dan dan bukan juga ahli meterologi, kesimpulannya senang saja. Bukit-bukau gunung-ganang hak Allah yang perlu ditadbir oleh khalifahNya (manusia). Tetapi apabila pentadbir gagal, Pemilik hak itu itu boleh memutuskan apa yang perlu. Kalau dimudahkan, kata seorang rakan kecilku berusia 6 tahun; Cik Li namanya, " Ala diorg ni masa nak buat rumah tu tak pikir ke...tiang kecik nak tahan bukit besar tu mana boleh...Pastu pecah2kan tanah ngan tebang pokok. Ingat tanah ngan pokok tu tak marah ke?" hujah Cik Li. Diulangi sekali lagi...Cik Li umurnya 6 tahun (budak pra-sekolah). Dia bersuara bila melihat gambar runtuhan dalam akhbar pagi Ahad (dia tak baca pun laporan tu). Ambil iktibar...bencana ini memanglah suratan, tapi anggap juga sebagai peringatan dan amaran Allah untuk semua termasuk aku.





Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.

1 comment:

Anonymous said...

Aku setuju sgt... siapa boleh tau apa akan jadi 15 tahun akan datang... Hanya Allah jer yg tahu...

smlm... ada sorang pakcik tuh ngamok2 dlm tv3... marah kat askar sbb x tolong bini dia angkat barang.. oit..askar tuh dah penat buat jalan supaya ko boleh lalu... orang lain pun angkat brg gak... kalo askar tuh tolong bini ko...depa kena tolong org lain gak... beribu-ribu tuh... (sorry aku melalut lepas geram)

peringatan untuk semua termasuk aku...