Wednesday, December 1, 2010

myMetro | Pokok tumbang bukan seliaan Jabatan Perhutanan


myMetro | Pokok tumbang bukan seliaan Jabatan Perhutanan


Ye lah... bukan salah aku, bukan salah engkau.

bangau oh bangau

Monday, November 29, 2010

NESCAFE semula kah?



Baru aku perasan...dah 3 malam berturut aku minum nescafe kaw pekat likat kat umah. Dah dekat 2 tahun rasanya aku tggalkan tabiat ni. Sikit2 ade la...cuma bancuh hari2 kat opis dah tak buat. Uhhh ni kena kontrol ni. tak baguzzzzz...........
Tadi tgk Criminal Minds. Best woooo. Ade ke profesion sbg profiler kat Malaysia nih? Kalau ade aku nk sambung blaja. Hehehehe.

Sunday, November 28, 2010

MAHA 2010 - Revisited

Sambungan dari entry ttg MAHA yg lalu. Amacam? Sudah pergi kah? Aku sudah pergi...2 kali. Jumaat dan Sabtu. Tapi masih belum jalan habis. Belum sampai ke tempat haiwan ternakan tu. Semalam sangat ramai orang. Lebih ramai dari Jumaat. Hari ini rasa mcm nk pergi tapi kul 3 hujan sudahhh...banyak plan terbatal.

Ok. Nnt saya update dgn gambar. Aku malas nak upload gambar la. Nape ek?

Yang belum pergi...silalah. Bawa anak-anak. Sangat bagus cuti-cuti sekolah ni. Jangan asyik bawa ke shopping complex aje. Macam anak buah aku...sampai2 je kat parking MAHA tu..."bestnyaaaaaaaa maklong. Ni sopin koplet baru kerrr????"

*sopin koplet = shopping complex. Aku kecik2 dulu tau kedai cik din jer.

NEVER EVER - ALL SAINTS

Takde ape2 motif. Cuma lagu ini pernah di"acapella"kan oleh aku dan kawan semasa matriks dulu. Hehehehehehe...

Thursday, November 25, 2010

MAHA 2010


Oh mesti korang pelik nape aku excited plak nak citer pasal MAHA 2010. Akan bermula 26 November 2010 hingga 5 Disember 2010 di TAPAK MAEPS, Serdang atau lebih tepat lagi di MARDI Serdang.

Antara sebab aku excited pasal MAHA ini ialah :

Entahhhhhh????????


Tapi best wooooooo...betolll tak tipu. Asyik g shopping complex je. Sekali-sekala layan lah tempat gini plak.

Advice : 1. Jgn pakai high heel ok. 2. Datang awal2 pagi boleyyy...? 3. Bawak air mineral sendiri. Kalau tak at the end ko akan spend dekat RM50 utk air jer. 4. Bwak tisu atau towel kecik (lebih baik towel). 5. Bawak kameraaaaaa.....................

Babai. Selamat BerMAHA. Sila layarai laman web ini : http://www.mahaexpo2010.com/

Tuesday, November 23, 2010

STOP CHILD ABUSE

unicef

Ini bukan cerita baru atau lama
ini cerita sepanjang masa
bukan saja-saja, bukan tiba-tiba
bila-bila masa, di mana-mana, siapa-siapa saja
boleh jadi mangsa.

Kalau Tuhan jadikan kamu ibu bapa
anak-anaklah perlu kamu jaga
tak kira kamu agama apa
tak kira apa bangsa
tak kira warna juga
sama sahaja
anak-anak tetap kena bela
dan jaga

Ye lah kan... agaknya ada manusia akan cakap sapa lah kau nak cakap pasal jaga anak kalau ko pun belom ada anak. Manalah aku ini tau macam mana tertekan nak cari duit, anak menangis, nak bayar yuran sekolah, beli susu, tolong buat keje sekolah, hantar g sekolah, nak itu nak ini.... Ye lah aku mana tau semua tu.

Tapi disebabkan KORANG yang tau sangat tu, makanya jadilah kamu seperti mak pada Syafia bernama Siti Nurhanim Aziz (yang cinta sampai mati jantan yang bunuh anak dia) serta pasangan Ellina Maulad Mahather dan Mohannad Taha yang tersengih aje di mahkamah kerana membunuh Alliya Ayman Hussin sebab budak tu terkencing dalam seluar je pun.

Apa yang pasti, semua kes yang berlaku (bukan yang di atas sahaja) tapi SEMUA kes berlaku dalam persekitaran masyarakat, malahan yg paling sedih dalam persekitaran keluarga. Kalaulah benar kau jiran yang baik, takkan tak dengar langsung jeritan budak yang tengah sakit. Kalau kau kuat sangat apesal masa budak kena sepak terajang kau tak sepak terajang je pelakunya balik. Kalau kau hebat sangat apesal ko tak repot je terus kat polis ke, jabatan kebajikan ke hapa ker kalau nampak budak lebam-lebam bengkak-bengkak duk kat sebelah pagar umah ko.

Itulah dia yang aku tak suka. bercakap-cakap dan terus bercakap bila isu tengah hot. Pastu reda. pastu wat tak tau. Yang mati budak2...mak bapak nyer terus buat anak (tak kawen plak tu).... Entah lah.

Entry ini bukan sebab Nuffnang tawarkan hadiah. Tapi sebab aku tau, orang tak kesah pun pasal pendapat aku. MAKLUMLAH...AKU KAN TAKDE ANAK.


Monday, November 22, 2010

Jogging - jagung

Tadi dengan gigih dan terpaksa, aku telah berjaya jogging. Sangat best bila sudah berpeluh. Cuma sangat tak best bila nk memulakan jogging itu. 1.275km x 3 round di mana kadar berjalan lebih banyak dari kadar larian. Hahahahahahaha...demi mu dr. mahend. Disebabkan penimbangmu itu la aku gigih bersama Cik RaksasaMini berpeluh-peluh (panas la plak ari ni...selalu tu angin sepoi-sepoi bahasa mendung jer). Dan kemudian disertai pula oleh Cik Matahari (aku malas nk link ke blog dia...bukan update ponnnn).

Ehhh... ni bukan I laaa...ape laaa Miley Cyrus ngan I pon uolll tak tau bezakan.

Kegigihan itu diteruskan pula ke tempat lain. Iaitu PASAR MALAM. Jogging tak bermakna perlu lupakan makan.

Maka bersegeralah kami ke PASAR MALAM sebelum Maghrib menjelang. Oh malas citer panjang. Aku beli jagung rebus, popia basah (bagi yg bengap nau tak tau popia basah ni...bukan la berendam dlm air. Ia cuma tidak goreng ye puan-puan) dan juga bihun soto utk En. Anuar. Burrrppp..kenyang rasanya. ALHAMDULILLAH.
Ini bukan jagung rebus yg beli. Tp yg cam lagi sedap jerrr... kredit pada blog ini.



Ini lah popia basahhhh.....tak basah kan kawan-kawannnn????

Ok lah...nk tgk Criminal Minds pulak...babaiiiiiiiiiiii

Sunday, November 21, 2010

KLCC dan Aku - Kesimpulan

Harian Metro 20 November 2010

Kalau dah masuk METRO, kira kesimpulan la kan? Kalau takde yg rasa mende ni cam hal berat, kira berita ni saja nk bagi budak2 ni tambah hot la ek?



Mesti kat sekolah budak Aznan dan Ani rambut basah (pinjam watak dari akukopikausiapa) akan jadi tumpuan.



"Gambar aku masuk Metro dowwwhhh...hot giler aku dowhhhh..."



Betul tak?

Kuala Lumpur yg BIASA-BIASA aje

Hari ini tetiba En. ANuar ajak jalan2 KL. Ok...dah petanglah baru kluar. Tak tau nk ke mana dan akhirnya decide untuk beli baju hijau utk dipakai rombongan kawen ke Yong Peng nnt. Oh bukan utk aku, tapi utk En. Anuar.

Terus ke SOGO (where else kan? Tu je yg mampu..hehehehe). Utk mencari baju dia saja dekat 2jam duk kat Men's Dept. Finally dapat satu kemeja short sleeve ijau dan gatal2 plak menambah selai tshirt BUM kaler pink. Hahahahaha...amek ko. Pink okayyyyy...

Cuaca best hari ni. Tapi tak brape ade mood mau beli2 apa2. Tapi sempat rembat 2 pasang baju kurung cotton ready made utk pakai keje. Hahahaha. Masa diperlukan hanya 15 minit ok.

Salju di Taman Bunga

Korang rasa tajuk berkaitan dgn aperrr???? Hahah poyo konon aku nk gigih letak entry baru tiap-tiap hari. Skali smlm kedemaman. Tido ajer la kannnn.... Busan dan rugi rasanya Sabtu dipenuhi dgn tido.


Malam td g makan malam kat umah umi. Makan lalu plak. Kata demammmm....


Oh. Tajuk tu pasal aper ek? Ni ha siap sudah satu dulang. Mas kawen sama gelang batal air semayang. Macam tak puas hati, tp takley nk pikir dahhh.



Friday, November 19, 2010

KLCC dan Aku - Satu Analisis

Tajuk lahanat punyer gempak. Tp betol....aku tgh wat analisi brape blog yg telah buat review video ini. AKu rasa kalau Youtube ade wat award, yg ni akan mengatasi video budak2 kemaruk nari 2pm tu.

Nanti aku akan kongsikan hasilnya.

Setakat carian hari ini, ade 15 blog yg telah membuat review ttg video ini. Ni carian melalui link sahaja yer. Dan google secara random. Aku akan update lagi malam ini.

Maaf aku bukan buat ini seronok2. Aku cuma nak duga sejauh mana video ini akan membuat pihak2 tertentu sedar..kadang2 adik2 kita, anak2 kita akan terjebak dalam hal macam ni. Tak susah pun nak cari budak tu (kalau seriously mau bagi dia sedar).

Tapi aku pun sama macam anda semua. Bukan kerja kita. Abes kerja sape ek????

jadi kepada yg tak tau kisah ini tentang video apa... tak perlulah cari. Kalau tak tau, anda tak sakit hati kot?

Thursday, November 18, 2010

Countdown Entry - One Post per day (at least) until 31 Disember 2010

Starting form todayyy..................

Entry Kanak-kanak

Kanak-kanak jugak yg hepi go lucky.

Sentiasa rasa macho


Ini budak mood swing sgt pelik. kejap2 nangis...kejap2 gelak...

Ini budak pantang dapat boyan

Sangat gigih menyusun goodie bag itu

.... dan dapat upah vitagen




Kisah PD yg sudah BASI - Episod Deepavali di Port Dickson

Disebabkan sudah malas citer akibat dari kebasiannya, maka aku letak gambar dgn caption aje lah.


Hoel bajet yg terpilih. Hotel ini baru je siap setelah terbengkalai lama. Ok la. Dekat pantai.

Swimming pool nyer ok gak. Ade slide besar...dan paling penting boley mandi pakai tshirt. Oh aku tak excited sgt dgn pool, aku tak sabar dgn laut di blkg sana.





Elok2 lepas check-in, kuar mencari makanan okayyyy. Harus la lapar. Terjumpa stall ini. Lokasi dekat selekoh berhampiran Marina Hotel. Sangat sedap dan berbaloi. Highly recomended pada pencinta ayam (ikan pun ade) dan bajet travellers.



Ini pula malamnya. Mencari seafood. Restoran Ikan Bakar Mesra. Alaaa..cari je sepanjang jalan ke Telok Kemang tu. Restoran ni satu bangunan dgn Hotel Mesra (mesti nampak sebab bangunan ini agak besar). Oh ini baru first day ok. Hahahahaha. Ikan siakap bakar (heaven), udang black pepper (super heaven). Makan dgn nasik lemak.

Kami berdua mmg tak suka bwk baju banyak2 kalau g holiday dekat2 ni. So malam tu lepas dinner pegi terjah bundle ni. Sgt banyakk pilihan. Anda tk pakai bundle? Saya pakai. Lokasi dekat Petronas Pasar Malam PD.

Oh. Ini selingan. Bukan saya punya. Ini En. ANuar yg punya. Saya bawak ubat gigi ngan berus gigi saja. Sikat pun saya malas nak bawak.

Ini lokasi breakfast pagi terakhir (Ahad). Dalam banyak2 tempat, harus lah pulak aku makan kat Bangi Kopitiam. Ntah apa2 kan?

Banyak aktiviti lain lagi sebenarnya. Tapi aku tak kuasa nk amek gambar. Makan, mandi laut, BBQ, shopping (?). Ntah la. Ok la. PD tetap best.

Final Piala Malaysia yg lalu

Ye...Lama dah...Basi dahh...sajer aku nk wat hot. sebab aku bosan. Aku dah takde duit ni. Gaji lambat lg (motif?). Cepatlah gaji, campur bonus kaya sikit aku nnt. Mengarut sudaaaa...

Negeri Sembilan kalah. Kelantan menang. Tau kenapa? Nak tgk ni? Ni luar stadium je tau.




Best kan datang jauh-jauh pastu menang plak. Aku? Aku mmg org N9. Tapi aku tak kesah pun. Sebab pas game, aku kaya. Hahaha. Naper? Ntah malas citer la.


Sunday, November 14, 2010

NO BBQ at Telok Kemang, PD


Merujuk pado tajuk...diumumkan den baghu tau pasal hal ni rayo deepavali ari tuh. Laaa... yo ko? Alaaaahaiii..... nak sewo port kek dlm hotel byr RM150. Bapak la mahaaallllll.... Nak buek camno. Ngelak pembakaran terbuko gak eh.


Sekian.

Gubahan Bunga Meja Pengantin

Wahhhh tetibe tajuk rasa cam mak andam kan? Antara yg disiapkan untuk projek akan datang ialah goodie bag dan gubahan bunga meja pengantin. Bunga tu modal tak sampai Rm50 okeyyy. Aku telah bejaya meniru design simple itu dari kedai kat Nilai 3. Kalau beli siap RM50 tu ko dapek satu je tu. Aku dapek tigoo.......hahahahha. Tp ini adalah gigih dalam keadaan malas ok.


Tengah siap sedia nk tengok Hawaii Five-O nih. Hahahaha..excited gilo!

Misi Char Kuey Teow Gagal (updated)

Gagal mendapatkan char kuey teow. Tapi plan berubah. Pas zohor kuar g Nilai 3, tp singgah Bukit Mahkota makan kenduri dulu. Terus ke Nilai 3 tp takdok beli mende pon. Then sambung pula ke Nilai 1 @ Nilai Square. Jumpa ape yg dimahukan. Kain scallop warna turqouise utk meja pengantin. Dan singgah di Ice Room (wah dekat rumah ade ice Room di sini jugak mau try). Tak expect ape2 since aku dh tau eskremnya tak best. Order spagetti with cream soup, air apple juice asam boi (aku) dan black n white snow ice (ye ke?) + strawberry smoothies utk uda. Ok lah...setakat nk try kot. Tp tak tau la menu lain. Harga reasonable. Gambar malas nk upload dan staff agak friendly. Huhuhu.





Apple juice asam boi dan spageti cream soup @ Ice Room. Ok laaa...

Saturday, November 13, 2010

Char Kuey Teow

Kopi O bukan gambar sebenar. Kredit En. Gugle

Roti telor juga bukan gambar sebenar: Kredit kepada web ini.

Gambar sebenar

Pagi-pagi buta sudah bedal roti telo + kopi O panas. Ini malam mau cari char kuey teow sedap. Misi meracun En. Anuar pegi Uniqlo gagal. Takpe. Usaha tangga jaya. Esok masih ada.


Friday, November 12, 2010

LEVERAGE



Ini satu lagi siri yg boleh buat aku lipat kain sampai abes. tapi mlm kemarin Nate Ford kena tembak tu, matikah? Hehehe..suka tp aku tak folo betul2. Tapi seriyes best. Parker paling best!


Oh ye nape mesti berlaku situasi kaler merah itu? Sebab citer ni sejam, dan aku akan tgk sambil lipat kain.

Hahahaha.

Ke Pintu Kasihmu


Aku suka lagu ni sebab tajuknya. Dengan menggunakan "pintu" lagu ni jadi best. Anyway, kredit kpd penulis liriknya (maaf aku tak jumpa info).

Takziah kpd penyanyi ini - Shamrin Fotograf. Berita kematian beliau boleh baca di Harian Metro.


Entry yg akan di"update" - Lepak2 di rumah aku


Malam ini ialah malam ziarah oleh mak aku. Mak aku mmg suka melawat aku. Tak baik kan aku ni? Patutnya aku yg melawat mak aku. Apa2 pun nnt aku update. Sbb mak aku nk bawak mee bandung. Hermmmm...makan je kejenya. Best kan burger di atas itu????


Update : Sorry aku tipu lg. Tak sempat nk update. Gambar bnyk snap tp tak upload lg.

Friday, November 5, 2010

Hawaii Five-0 2010

Sangat teruja tunggu siri ini di AXN 14 November nnt..... babai Rookie Blue..tak bessshhhhh...............










Saturday, October 30, 2010

HOT Girl

Aku selalu rasa cam stupid dam dam kalau terbaca berita pompuan Malaysia (melayu laaaaaa...) lari ikut lelaki Lombok. Tapi aku rasa tu sbb diorg nak layan feel international kot. Oh yer. Sebelum nk lari tu jgn lupa amik no tepon grup apekenama yg selalu tolong ambik bwak balik. Senang sket.


Aku rasa geli plak bila dgr citer pompuan yang lari ikut PENGKID. Apekejadahnya kannn? Main gumpal-gumpal ek? Hahahahaha...


Pastu dgr plak pompuan termengandung, beranak, buang anak, together plak ngan boiprennya. Oh cinta sejati kan?


Pompuan kalau kapel...kena pastikan boipren berubah ikut selera dia ker...atau rela berubah demi boiprennya?

AKu sian la ngan pompuan-pompuan sekarang. Sian kat diri sendiri jugak. Aku rasa nk jd aktivis la. Mesti Rosmah bg duit yg RM111 juta tu sikit kat aku.

Kesian. Eh..sekian....

Tuesday, October 26, 2010

Tak reti bahasa???

Berwarna tak semestinya warni
Kelam bukan juga kabut
Senyap belum tentu sunyi
Riuh kenapa pula mesti rendah?


Itukan bahasa saja
Tak faham itu lumrah
tak mengerti, salah
salah erti lagilah salah


Sekian.

Monday, October 25, 2010

Senapang yg dililit Mawar Merah berduri adalah Guns n Roses (evergreen)


Jangan fikirkan sangat videoclip ni. Mmg akan menggangu akal sikit. Tapi aku suka lagunya. Argghhh... takde apa yg baik kot kalau dengan GnR ni (?). Gasak la....aku suka layan ni. Mmg best.

Madah Terakhir bukan Madah Berhelah (rockers tak suka berhelah?) 1996

Nama penyanyi ni Wohnen. Album 1996 masa tu aku form 4. Nyaris aku ingat dia bakal ganti Ella. Mmg rock giler dia ni. Tp sudahnya sonyappppppp........ Aku tau dia sekarang di sekitar PJ, tak silap umah family dia kot.


Lagu ni best. Aku suka. Sebab tu aku boleh ingat sampai skrg.

Hello Fiona ade? (1992)


Hahahhahaa...... masa ni aku darjah 6 kot. Bapak giler aku minat kat diorg nih. Time tu kalau URTV kuar muka diorg ni jer. Jgn tak tau aku tulis surat kat diorg then they replied pakai tulisan tangan lagiii... Kalau aku simpan tu mesti jadi bahan bersejarah sekarang ni. Masa ni plak muncul la lain2 rappers spt Nico, Feminin, Res2 (zaman dress + platform + boot) dan beberapa lagi.

Kami rappers yo! yo! yo!

Kalau ade sesapa yg tak tau, ni la grup AC Mizal. Tp kalau korang tak tau sah skrg underage lagi.

Nantikan next entry video ape plak. Jgn terkejutzzzzzzzz..........

Sunday, October 24, 2010

Boleh pandang-pandang Jangan pegang-pegang


Seriyes aku suka lagu ni. Best best n best.........

Ye aku dalam mood search lagu kat youtube.

Saturday, October 23, 2010

AL-FATIHAH

One of my favorite uncle meninggal dunia di Hospital Seremban disebabkan masalah jantung jam 11 pagi 22 Oktober 2010. Selamat dikebumikan di Labu, Negeri Sembilan selepas Asar.

Kepada Allahyarham Pak Dol, semoga roh dicucuri rahmat.

AL-FATIHAH.

Friday, October 22, 2010

Bila Horatio Caine fall in love aku mmg tak suka


Gambar dari album Encik Google

Aku suker tengok citer yg ade kait-mengait ngan polis (oh tp bukan Gerak Khas). Maaf Tok Usop. CSI all series, Criminal Minds, Numbers..bla..bla..bla... Terbaru ni Rookie Blue ngan Life on Mars. Ok aku bukan nak kondem citer drama polis Malaysia. Tapi dialog; "Suspek berjaya lari, Tuan! Tapi kami sudah tingkatkan kawalan di sekitar kawasan ini!" Cam bosan la. Tak suka. Pastu ade tak yg rupa cam Horatio Caine? Cam Delko? Lawa cam Calleigh Duquesne? Smart cam Dr. Sheldon Hawkes? Ado? Takdo la weiiii....

Tapi satu je yg aku tak suka. Ni betul2 aku tak suka la. Kalau org lain suka, sukati diorang la. Tgh syok2 layan forensik korek isi perut mayat, tetiba ade lak masuk scene Horatio Caine bercinta la, Delko touching2 sentap ngan aweks la...alahaiiiiiiiiiii.......mmg la love is blind. Tapi kan, adusss aku tak suka la tgk scene hero heroin polis ni kissing-kissing raba-raba. Cittt... baik aku tgk Titanic kot?

Ape ntah aku nk meraban lagi.

Sekian je la.