Ini adalah entry yg akan cover dari hari Khamis (29 April 2010) hinggalah Ahad (2 Mei 2010). Kenapa? Sebab dari Khamis malam aku bertolak ke Trengganu bersama 3 bas rombongan utk perhimpunan Hari Pekerja 2010 peringkat CUEPACS. Perjalanan sangat jauh dan sangat lama. Dan sangat penat. Dan sangat mengarut. Dan sangat fun hoye hoye...
Actually bas bertolak jam 10 mlm. Disebabkan malas nak balik umah, aku bwk siap2 beg. So petang tu aku terus stay sampai malam. En. Anuar dtg dlm kul 7 pm. Pas Maghrib kami dua g makan. Then En. Anuar hantar aku berkumpul di lokasi yg ditetapkan. Jam 10 pm bas memulakan perjalanan.
Fakta rombongan :
Anjuran Persatuan Pekerja dan jumlah ahli rombongan lebih kurang 100 orang (3 bas) dan 80% adalah senior staffs @ akak-akak dan makcik-makcik ler yg menguasai bas.
Perjalanan adalah melalui Kelantan sbb diorg ni sumer nk bershopping di Rantau Panjang (errkkk...bukan asalnya rombongan Hari Pekerja ke?). Anyway slps melalui perjalanan yg sgt panjang sepanjang malam, kami sampai di Rantau Panjang dalam jam 10 am. Jadualnya sungguh mengagumkan aku. Berjalan dan bershopping lah sehingga muntah ijau dari kul 10 am- 3.00 pm. Wahhhhh... harus lah kan duit bawak beribu-riban.
Aku? Takde maknanya la. Cuma aku beli selai baju yg aku terus pakai kat kedai tu gak (panas okeyyyy tak mandi dari malam). Then beli dua helai tudung sbb aku mmg tak bwk tudung. Heheheh. Selebihnya aku berjalan sambil mmbantu mereka yg memerlukan (bwk barang la weeeiii). Antara hasil yg dpt aku lihat ialah :
Periuk belanga
Bunga2an
Baju
Toto (comforter)
Parang
Tikar
Selimut (harus ker?)
Bas aku jer...jgn terkejut ok. Sebelah tmpt beg kt perut bas tu ialah toto dan periuk belanga. Herrmmmm....
Dlm jam 3 pm kami bertolak terus ke tmpt penginapan di UMT. Kepenatan (?) dan kemudiannya terus siap pula utk welcoming dinner bersama kerajaan negeri.
Sabtu - barulah agenda sebenar. Perhimpunan Hari Pekerja 2010 anjuran CUEPACS dihadiri Menteri Sumber Manusia.
Tapi tajuk utama masih tak berubah. Lepas perhimpunan yg berjalan cuma 3 jam kot..terus plak ke Pasar Payang. Hahahahahahaha...borong kopok dan batik sutera okeyyyy skali ngan resit utk claim jgn luper. Aku sungguh kagum dan takjub dgn kekuatan akak2 makcik2 yg boleh berjalan selamba berbatu-batu dgn menjinjit beg kopok at least 5 kilo sorang. Tapi belum beli lagi kopok lekor basah tu...sebab "Jangan beli kat sini duluuuuu...sok otw balik kita singgah plak kat Losong ngan Kemaman. Sana lagi freshhh...nnt busuk plak dlm bas beli awal2". Yerrr..pesanan dari ketua rombongan.
Hari Ahad balik. Tapi jam 830 am sudah berkampung di tmpt kopok lekor plak. Wahhh situ je dekat 3 jam. Gamaknya tokey kilang kopok tu rasa nk peluk cium buat menantu driver bas kitorg sbb bawak ahli rombongan singgah situ.
Jam 11 am barulah bas ala2 bergerak nk balik. Tp sempat lg singgah di Kemaman. Selain lunch dan Zohor, beli satar la plakk.... Adussss.....takjub..takjub...
To be continued...