Saturday, September 19, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 2

Jam 6.00 petang. Isteri masih di ofis...tunggu suami yang katanya "Lewat sikit. Kena jumpa orang". Damn lah! Alasan bodoh. Takde idea lain ker...?

6.30 petang...baru nampak kelibat keretanya. Seperti biasa...tgh guna handphone sambil drive. Pastu elok2 kereta berhenti, dia letak phone.

XY : Kita terus pegi Bukit Jalil tau. Pegi tgk tapak karnival. Ade hal sikit.
XX : Dah dekat pukul 7.00 ni...
XY : Nak ikut tak? Abang nak kena jumpa orang... (see...alasan ni lagi). Kalau taknak ikut tunggu je kat opis. Tak pun balik umah naik tren..(dengan muka tak sabar2 nak blah).
XX : Ok lah...I ikut. Tapi jangan lama sangat tau.

Kereta bergerak terus....

XY : Ada 30 ringgit? Nak isi minyak la. U belanja ek...(buat muka sengeh mcm lotong!)
XX : Dah agak dahhhh.... (kalau tak haram dia nak ajak aku follow)
XY : Tak boleh takpe laaa...takyah la sindir2...(tapi keta dh berenti kat petrol pump punnn)

Kereta terus lagi...ke Bukit Jalil. Sampai.

XY : Tunggu sini ek. Abang jumpa orang kat belakang stage.
XX : Laaaa...jauhnya parking. Gelap plak tu.
XY : Gelap mende spotlight banyak sini. Customer tu tak suka la bawak wife follow.
XX : (berkerut) Ok la.
Dalam hati; Abis ape jadahnya dia suh aku ikut tadi? Nak suh isi minyak je la tu.

Suami terus menyelesaikan urusan. Isteri kerimasan dalam kereta...dah la baru balik keje ngan baju kurung berlengas-lengas. Teringat dalam bonet ada beg isi towel muka ngan telekung. Sebelum bukak bonet baik call dulu nak konfem, takut dah dialihkan. Isteri call suami. Shit! Apehal lak off telefon?

Isteri terus bukak bonet. Hermmm...ade beg tu. Amik beg, bukak keluarkan towel. Nak letak beg semula, ternampak satu buku. Macam buku log. Ape laaa...letak dokumen keje sepah2. Simpan dalam beg dulu la.

Buku tu terselak satu muka surat.

Aiikkkk...macam diari la plak. Cantik tulisan.

Rabu 12 Disember

7.30 am - hantar betina tu pegi keje
8.30 am - amik Baby dari rumah pegi salun, sarapan kedai mamak (siannn abang lapar)
9.30 am - sampai salun, abang lepak dulu bincang pasal betina tu
10.00 am - mama sampai, ajak abang pegi amik barang kat Kelang
petang - abang keje, janji keluar pukul 530 pm
7.00 pm - abang lewat sebab hantar betina tu balik
10.30 pm - karaoke kat Yow Chuan Plaza
2.00 am - balik abang hantar

Ok...bukti itu datang sendiri. Isteri cool. Semuanya sudah dijangka.

Friday, September 18, 2009

PRINT SENDIRI



Sila print sendiri utk duit raya anda. Print warna pastu try pegi kedai. Kalau anda tak ke "dalam"...maknanya ok la tu.

Sekian.

Terima kasih pada stingray bg idea bernas nih.

Thursday, September 17, 2009

HARI NI AKU CUTI SEHARI

Aku cuti hari ni...sehari jer...Sok aku keje. Pelik kan?



Kenapa?


Aku takde kampung. Raya kat KL jer. Sesape yg rasa2 nak tinggalkan keta Mazda 6 nak suh aku jaga bagi la kunci (aku jaga jer...aku takleh drive). Pastu saper2 ade tong gas yg penuh, tinggalkan kunci kat aku. Kang time raya kedai tutup, gas abis aku pinjam la dulu. Lagi satu, kalau malas nak hangkut laptop balik kg sbb kg takde coverage, pon aku leh tlg jagakan. Kalau abang2 driver yg ada smart tag company, bg la aku pinjam time abang2 cuti ni...boleh aku bwk lenjan pegi Genting ker...

Aku ikhlas ni. Aku mmg raya kat KL jer. Jadual aku...mlm raya nak tgk citer Takbiratul Ihram (Remy okeeeyyyy...). Pastu raya 1st settle apa2 yg patut, nak pegi raya umah PM (mana tau dia sian kat aku, up lagi duit raya). Raya ke2 dan seterusnya....tgk TV la. Dah mak pak & adik-beradik aku je ade kat2 sini. Sehari raya je dh selesai jalan semua.

Korang tak payah eksen. Lagi 5 - 6 tahun KL pun jadi kampung gak. Sekarang tak boring. Raya2 pun Giant bukak, Tesco bukak, KLCC takkan tutup. KFC ngan McD bukak 365 hari setahun. Aku ingat aku nak pegi jalan2 kat Pavillion la. Time ni promoter kedai mesti layan aku baekkkkkk nyer sbb mesti la aku ni cam org KL yg banyak duit. Lagipun diorg kekurangan customer kan? Alaaaa aku bukan nak beli pun...nak test2 jer. Mano ado ongkos nak beli brg kat Pavillion!

Jadi bg yg ade kampung, balik la kampung. Dah la korang balik time raya ngan time musim buah jer....

Jangan risau....KL ni ok dalam jagaan aku.

Bawak keta baik-baik!

SEKIAN

Wednesday, September 16, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 1

Pagi tu...mcm biasa. Bangun tido dlm keadaan mamai sbb malam td menunggu sehingga jam 3 pagi. Siap2 terus masuk kereta. Suaminya dh menunggu dlm kerata sambil panaskan enjin (?). Tapi bila dia masuk kereta je..si suami sedang bergayut dan cepat2 end call. Yerr...pagi ni akan jadi sialan lagi! Detik hatinya.

"Aiiikkkk...rasa mcm kekurangan kat cermin depan. Stiker apa yg takde ek?"...

XX : Bang, stiker opis I mana? Susah nak masuk kalau takde stiker ni.
XY : Dalam dashboard tu...ala stiker tu tak tahan la. Selalu je tertanggal gamnya.

Dia buka dashboard.

XX : Getah rambut saper?
XY : Ehhh tanya kita plak. takkan abang punya.

Masa ni kereta dah bergerak menuju destinasi. Ye pagi ini mmg g#$mp*g.

XX : Ok. I amik la...I punya kot.
XY : (muka kelat) biar je la dlm tu. Nnt2 amik la.

Sampai opis, dia buat biasa jer...salam cium tangan suami. Suami masih muka kelat sbb dia amik jugak getah rambut tu.

XX : Petang amik cam biasa kan?
XY : Tgk dulu. Tunggu abang call. Takut jumpa orang sampai lewat petang.
XX : Ok...(tak guna! alasan bu##s**t)

Dia punch in...dan hampir 3 bulan ini, opis ini lah dunianya. Di sini saja dia boleh lupakan segalanya. Dia senyum saja. Kad staff ditinggalkan dlm kereta. Rasakan!

KISAH AWEK HINGUSAN - SEKILAS

Kisah ni dh lama aku sebut2...dan sekian lama juga aku mengarang...edit...betulkan sana, betulkan sini...based on true story tapi aku banyak ubah sebab aku taknak bikin malu org, dan yg penting nak bg sedap cerita. Bagi yg tau kisah yg sebenar (sbnrnya yg tau cuma 3 org).... maka tahulah mereka. Bagi yg tak tahu tu...layan je la cerita ni sbg pedoman, panduan, ingatan ataupun hiburan. Aku tak kesah ponnn...

Jalan cerita mmg akan caca-marba...sedikit2 zaman dulu, sedikit2 zaman sekarang dan mungkin juga ada zaman akan datang. Bukan bentuk cerpen @ novel @ skrip drama tapi semuanya ikut mood aku, flow aku. Makna kata...sukahati aku. Mungkin aku letak gambar jer..atau pun aku cuma flashback entry2 aku yg lepas.

So...setelah pikir panjang, makanya aku buat keputusan 1st entry akan aku post pada bila2 masa dari skrg.

SEKIAN.

Tuesday, September 15, 2009

MARI MENJADI FOLLOWER KE-50


Mai la...mai laaa....

Hahahahaha tak malu aku nih!

Monday, September 14, 2009

PAnTun R@Y@ di Sifar Ke Infiniti


Tua muda dan mat belia
Anak, ibu dan bapa juga
Ini pantun di hari raya
Mari kongsi riang sekeluarga

Ketupat lemang ambil sendiri
Kuih semprit di atas para
Riang ria di Aidilfitri
Sifar ke Infiniti sebarkan gembira

Kuih bahulu di dalam balang
Dodol penganan sama merasa
Pesan ikhlas sebelum pulang
Berhati-hati memandu ke desa

Kalau makan biskut mazola
Jangan lupa rempeyek di dapur
Kurangkan lemak kurangkan gula
Lepas raya elakkan menggelupur

Rendang tok ketupat palas
Makan bersama famili tercinta
Makan banyak basuh pinggan malas
Duduk sendawa ape cerita?

Balik kampung wajah ceria
Tok wan tok cu ada belaka
Rasa macam nak mintak duit raya
Tapi malu dah tua bangka

Mercun kabaid buat sendiri
Mercun buluh mesti ada
Salah letup putus jari
Telunjuk ada kelingking tiada

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI. SEMOGA TAHUN INI PUASA KITA LEBIH BERKAT DAN RAYA KITA LEBIH GEMBIRA.

Dari Sifar ke Infiniti dengan penuh rendah hati memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran tulisan jika ada.

Nantikan kisah AWEK HINGUSAN yang akan menemui anda lepas raya pertama.


AMACAM?



Amacam? Boleh ke camni? Aku tak tau nak tulis aper nih...

Ok kan mamat ni?

Hahahahhahahahahahaha..................

Sunday, September 13, 2009

AKU FOLLOW SAPER?

Selepas mandi dan Subuh (gajah) (sojukkk tol la pagi nih...ujan di sini mujur ari ni cuti), aku wat la keje2 umah sket bg cukup syarat. Td tak bangun sahur sebb kul 2 am dh makan nasik goreng. Sapu2 umah sket, baju dh basuh, lipat(?) nanti laaa....maleh. Pastu tgk dapur sumer dh diclearkan mlm td lagipun buka umah umi so dapur marbeles tak sepah2.

Pastu....? Nak wat haper ek? Ada hati nak pegi opis tp En. Anuar pukul 430 baru tido, takde maknanya aku nak kejutkan dia. Bertuah la kannn...tu la kekdahnya kalau sendiri takleh drive. Padan muka haku!

Pastu aku pun masuk bilik pertapaan aku...hishhhhh aku sebenarnya nak ngelak duk depan pc ni. Tapi kannn..tau jer la alasan pertama ialah nak baca paper online (tp sampai la ni aku tak baca paper..asik ngan FB jerk).

Aku pun menggelidah la blog nih. Aku tgk2 balik blog2 yg aku follow. Aku terperasan beberapa perkara. Blogger2 yg aku follow ialah :

1. Gambo kat profile diorg bukan gambar sendiri - gmbar mcm2 la cthnya gambar itik, otroman, ketam, tangan, kasut, kartun mende ntah...

2. Gambo2 tu plak tak melambangkan mereka itu lelaki atau pompuan...

3. Nama diorg plak mesti pelik - sekali lg tak melambangkan diorg ni lelaki atau perempuan...

Tu je la yg ketara... Ntah la setting kapla hotak aku ni camner ek. Taste aku camtu ker? Ntahhhh....

Pasni aku nak cari blogger yg guna profile pic ini plak >>>>>>


Naper? Ntah sukati aku la. Korang tau ni ikan aper? Ni la ikan puyu....sila gugel utk maklumat2 lain yer. Haruan tasek aku dh jumpa.

Kepada blogger berkaitan ngan puyu sila tinggalkan komen kat sini.

PEACE - edisi mengarut hari Ahad yg sojukkkk....