N3 ini akan jadi panjang. Asbab : Aku tak tau apa aku nak tulis sebenarnya. Inilah kelebihan blog kategori hiburan semata-mata. Kita mula di mana-mana, dan akhir pun di mana-mana.
Kisahnya mungkin mula dgn anniversary aku. Dan mungkin ia akan jadi kisah lain sbb n3 ini aku akan ubah2 ikut rasa.
Berkenalan? Hermmm....aku berkenalan masa tahun 2000. Aku part-timer kat sebuah company barangan kesihatan yg beroperasi di Taman Melawati. Jadi promoter tapi yg bestnya kitorg anjurkan satu kempen di Taman Keramat. Hampir 3 bulan gak aku bagi talk kat peserta2 yg terdiri dari komuniti di kawasan tu. Setiap hari...kami bergilir-gilir bagai talk pasal kesihatan dalam sebuah dewan di hadapan hampir 50 orang peserta dan buat pemeriksaan kesihatan yg asas.
Suami aku bukanlah terlibat secara langsung dalam program tu. Bukan peserta dan bukan juga staf company. Dan masa tu aku masih merempit dengan ex-BF. Cuma pada satu masa, company anjurkan majlis sempena Hari Raya Haji, ada la makan2 sikit di warehouse company di Taman Medan, PJ.Dan ada pulak jemputan kumpulan rebana perak dari kawasan tu. Semuanya pakcik-makcik dalam 12 orang kot. Tetiba...masa tu aku & Meen (hola!) terpandang la sorg mamat dalam grup tu.Ape ke hal lak mamat tu ada dlm grup org2 tua tu..main rebana plak tu!Tak sesuai....
Tapi disebabkan aku dan Meen je kategori bunga kat situ, mamat tu mula la tersengeh-sengeh kat kitorang.Ada la sesi sakat-menyakat dan usha-usha...kehkehkehekeh (macam bongok je).Alah tapi abis situ je la...maklumla kitorang kan student Law yg ada kelassss....kununnnn la sangat.
The next day aku dapat call di HQ Taman Melawati..nak cakap ngan aku.Namanya Anuar...anuar(?)Sape?Boipren rempit aku nama lain.....sape plak la ni (masa tu ada ciri-ciri perasan + miang2 sket). Bila dah diterangkan baru la aku tau....ooooo mamat rebana semalam.
Antara soalan yg ditanya....
"Awak ni adik Ayu ke?"
Aku balas...
"Ayu? Mana punya awek la plak Ayu tu...."
Maka dia pun explain dgn poyo....
"Ayu tu bekas makwe saya...dulu dia keje kat company ni gak la. Rupa awak cam dia. Ingat adik dia la...."
Aku pun dengan berlagak jawab....
"Alo brader....adik awek lu, lu tak kenal ke?Bila masa plak aku ada akak nama Ayu...sorry salah org".
Dia plak ngan gaya kunun hero jawab....
"Eh ye ke....tu la. Setau saya Ayu tu takde adik".
Aku pun apa lagi....
"Dah tau camtu apehal lak lu cakap aku ni adik Ayu?Adik tiri ke hapa?".
Dia plak...
"Ala jgn la marah. Tak elok la pompuan cakap camtu".
Makanya.....
Aku pun letak tepon (hempas?)...Pantang betul aku ntah mana datang umat nak cakap apa elok apa tak elok kat aku.
Habis la kisah hari tu............nanti aku sambung lagi.
Friday, June 19, 2009
CURI LAGI
Aku mencuri lagi hari ni...Curi masa dan line internet di opis utk update blog. Sebab hari ni anniversary aku yg ke-6.Takde celebrate apa2 pon cuma malam ni kitorang nak pegi tgk live band kat Bukit Bintang (kalau takde aral melintang)...
So pejam celik dah 6 tahun aku jadi bini orang. Up and down teramat lah banyak. Jarak umur aku ngan En. Anuar 7 tahun jadi cara berfikir kitorang ada sikit perbezaan...ye lah..masa aku darjah 1, dia dh tingkatan 2. Masa aku SPM, dia dah 24 tahun..hahahhaa...cam kelakar je. Takde la aku ni kenal dia sejak aku darjah 1, saja seronok2 kira.
Anyway ini bukanlah n3 sebenar aku.Ini cuma nak pastikan anniversary aku diabadikan dalam blog ni. For future reference...pala hotak aku!
PEACE....
So pejam celik dah 6 tahun aku jadi bini orang. Up and down teramat lah banyak. Jarak umur aku ngan En. Anuar 7 tahun jadi cara berfikir kitorang ada sikit perbezaan...ye lah..masa aku darjah 1, dia dh tingkatan 2. Masa aku SPM, dia dah 24 tahun..hahahhaa...cam kelakar je. Takde la aku ni kenal dia sejak aku darjah 1, saja seronok2 kira.
Anyway ini bukanlah n3 sebenar aku.Ini cuma nak pastikan anniversary aku diabadikan dalam blog ni. For future reference...pala hotak aku!
PEACE....
Wednesday, June 17, 2009
MAKAN JANGAN TAK MAKAN
Satu lagi link yg seronok dibaca :
http://foodcaloriescount.blogspot.com/2008/02/come-count-our-food-calories.html
http://foodcaloriescount.blogspot.com/2008/02/come-count-our-food-calories.html
STREAMYX GUA BAKAL KEMBALI
Selepas hampir 2 bulan Streamyx aku blocked sebab nak pindah rumah...finally this month aku akan memilikinya kembali................
Hahahahahahhaha
Hahahahahahhaha
Monday, June 15, 2009
Baca Jangan Tak Baca
1. Heheheeh...entry di bawah telah membuktikan memang banyak blog yg dalam kategori "hiburan semata-mata".
2. Ganasss? Takde maknanya............
3. Sape la kawan aku yang malang tu (tapi kawan ni memang wujud).
4. Korang rasa perbualan tu wujud ke.
5. Perbualan sebenar yg telah diolah supaya lebih menarik.
2. Ganasss? Takde maknanya............
3. Sape la kawan aku yang malang tu (tapi kawan ni memang wujud).
4. Korang rasa perbualan tu wujud ke.
5. Perbualan sebenar yg telah diolah supaya lebih menarik.
Subscribe to:
Posts (Atom)