Friday, January 22, 2010

TERIMA KASIH UNTUK KELEDEK GORENG, KEK BUAH & SECAWAN NESCAFE

Selesai sudah Hari Inovasi. Sangat suka sbb gimik yg diusahakan berjaya walaupun agak kureng. Yg penting Cik EMCEE kata dia terkejut. Hahahaha...ok la tu.

Hari Inovasi (formerly known as Hari Q) mungkin hanya familiar di kalangan kakitangan kerajaan. Private sector aku tak tau. Anugerah itu dan ini dan ucapan bla...bla....bla.....

Apa pun aku hanya nak ucapkan terima kasih kepada 3 orang yang telah menganugerahkan 3 perkara ini kepada aku (dan juga kamu-kamu semua)....

1. Keledek goreng dan pisang goreng di petang persiapan.
2. Kek buah dimakan beramai-ramai di hari kejadian.
3. Secawan Nescafe dibancuh tangan ketika kehausan.

Baca perlahan-lahan ketiga perkara ini dan fikirkan sedalam-dalamnya. Kalau kamu-kamu semua terasa keikhlasannya, terima kasih kamu-kamu semua akan beserta dengan rasa amat2 terharu dan sangat jauh di dalam hati. Terima kasih juga pada yang lain-lain tapi mungkin tak sedalam ini. Sorry.

Thanks to Dr. NA, Dr. HZ, Dr. R dan Kak BB. That's what I call "ANUGERAH".

Monday, January 18, 2010

TERINGAT

Ayah aku kalau marah tak banyak cakap. Dia cuma bgtau 2 benda ni jer;

"KALAU DIPUKUL... SAKIT HANTAR HOSPITAL, MATI TANAM!"
"BIJAK TAK BOLEH DIIKUT BODOH TAK BOLEH DIAJAR!"

Sekor pun tak berani bersuara dah. Rasa nak bernafas pun takut.

Hehehehe...

Takde la bukan lepas kena marah. Mana la ayah aku nk marah anak dah tua2 camni. Teringat jer...

Hatikah?

Dijulang jatuh
Dicampak pecah
Diketuk retak
Dipukul sakit
Digigit luka
Dipotong putus
Dijentik perit
Dicubit jerit
Dihentak lebam
Dihiris berdarah

Hatikah?

DARI SIFAR KE INFINITI

Satu bukan seorang
Dua bukan pasangan
Tiga susah dibilang
Empat sudah gandaan
Lima jadi kumpulan
Enam persaingan
Tujuh sudah berbahagi
Lapan terpecah jadi
Sembilan rasa bagai raja
Sepuluh hendak takluk dunia

Sampai berapa-berapa pun takkan ada hentinya


Sunday, January 17, 2010

MENGKETEDARAH (korang pernah guna perkataan ni)


Burrrppp...kenyang.

Alhamdulillah.

Bang jom tido.

Wakakakakakaka. Takde la aku tipu jer. Ni minum petang. Ops Pengat Pisang namanya. Tujuan utama ialah melayan selera En Anuar. Tujuan sampingan yg amat ikhlas (chewahhh) ialah ingin bg kat jiran terdekat. Ye la takkan nak hai hai bye bye tangan kosong jer kan? Jiran aku tu masa dia masuk pindah tu tunggu due nak bersalin (dlm bulan 8 cmtu kot). Pastu dia bersalin berpantang kat Kelantan sampai la hujung tahun sebab dia cikgu. Cuti panjang berbaloi-baloi. Ni la aku baru nak jenguk. Sungguh tak mesra alam aku ni. Selepas beberapa kali tegur ber"akak" bagai, baru tau td dia sebaya ngan aku. Matured sket sbb dia dh ada anak 2 kot. Huhuhu... aku kah yg perasan muda? Ingat nk jogging tp asal nk jogging je cuaca jd mendung..... Sambung makan pengat lagi besssstttttttttt........................

PAGI YANG GELAP KINI SUDAH TERANG

Pepagi buta aku dah bercucuk tanam. di farmville. Aku mana ade tanah. Umah pun atas langit tingkat 9. Pagi ni cuaca sgt best...panas dan terang-benderang. En. Anuar pantang tgk aku bgn awal, dh mula merengek.

Apa? Ingat aku nak wat entry 18sx la tu!

Pakcik tu merengek nk makan pengat pisang. Malam td balik umah umi amik pisang dh masak ranum. Umi kata wat pengat sedap. Ok. Aku kan solehah. Jap lagi nak wat la ni. Syaratnya; "abang g beli santan". Aku malas nk kuar sekali. Huhuhu...

Makan tghari? Kepala hotak dh pikir nk wat kari ikan tongkol. Ikan tongkol tau? Camni haaa


Ape la ikan tongkol pun tak tau...

Tengah bernafsu nk masak ni..............hahahahaha tapi malas nk mandi. Aci tak?

BUSUK!

p/s : Ayah aku naik Gunung Nuang dari semalam. Semoga selamat. Ntah aper mimpi dh tua2 ni nk manjat gunung plak.