DARI SIFAR KE INFINITI
pengajaran belajar kurang ajar dari tak tahu menjadi tahu
Saturday, March 23, 2013
Pantun Diri II
Kembang mawar merah berseri
Malang duri tajam sekali
Sempurna kita perasan diri
Orang menilai jauh sekali
Pantun Sifat Diri
Teratai layu enau berduri
Tumbuh berganti bunga teluki
Lihat orang lihatlah diri
Agar akur fitrah hakiki
Friday, March 22, 2013
Pantun Kawan
Merah bukan jingga pun bukan
Pilih-pilih jadi bidaan
Sahabat bukan musuh pun bukan
Agaknya hati dah ada perasaan
Thursday, March 21, 2013
Pantun berani II
Kalau besi biar kursani
Kalau intan biar berlian
Kalau mati biar berani
Jangan mengalah pada ujian
Tuesday, March 19, 2013
Pantun Berani
Ikan duri ikan ketutu
Dijoran oleh anak petani
Andai benar hatimu batu
Mengapa berjuang tidak berani
Monday, March 18, 2013
Pantun Usik-usik
Lari berkejar atas terendak
Terang malam bersinar bulan
Sibuk tidak kisah pun tidak
Sekadar berbahasa jalin kenalan
Kalau seribu bahasa terluah
Pasti terdetik secalit luka
Kalau rasa diri bertuah
Jangan melenting bila berduka
Pantun Seteru
Anak bunian molek berseru
Duduk di bawah buluh seperdu
Depan mata macam seteru
Bila jauh baru nak rindu
Hendak dipimpin rakyat jelata
Jangan diambil mudah melangkah
Mestilah sopan bertutur kata
Jangan kasar ajar bertingkah
Sunday, March 17, 2013
Pantun Hujung Minggu
Pikul beban sama dikelek
Duduk meneman si anak Raja
Kalau semua kisah dibelek
Jumpa yang buruk simpankan sahaja
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)