Sayang sayang buah kepayang
Dipetik orang di hujung perdu
Saya sayang tuan pun sayang
Bila jauh kenapa tak rindu
Jatuh bergugur si upik pinang
Nyaris tak timpa pinang sebatang
Mata tak ngantuk hati tak senang
Tanda apakah bakal mendatang
Jangan diduga panah suasa
Andai tertikam parah padahnya
Sudahlah muka kelat sentiasa
Manakan mahu comel gayanya