Wednesday, December 28, 2011

Monday, December 19, 2011

Arisan!

Last time aku layan Laskar Pelangi. Kali ni terjebak dengan Arisan!2. Gamaknya aku kene cari plak Arisan!1. Ni kalau kat Malaysia, kena banned sudah.

p.s : Arisan dlm bahasa mudah, maksudnya socialite (golongan elit).

Monday, November 28, 2011

hantaran hijau


Tak perasan plak hantaran ni tak pernah dijadikan entry...haha. Ok macam banyak sangat projek hantaran ko Joyah! Ini ialah hantaran untuk walimatulurus adik lelaki aku tahun hujung 2009 (ye ke? tak ingat dah)

Program Kemasyarakatan Bersama Pelajar Orang Asli


Kuliah pagi oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail - bermula jam 6.15 pagi ok





Kaedah menjawab soalan matematik




Pegawai JAKOA yang gigih - Pn. Zila


Dah nak balik baru budak2 ni berani angkat muka dan bersuara

Peserta bersama VIP

Pengsan pulak di saat akhir program




Tarikh : 19 - 20 November 2011
Tempat : ILSAS, UNITEN, Bangi

Ini ialah program siri 2 anjuran institut. Kali ni pesertanya ialah pelajar form 4. Siri 1 ialah pada bulan Julai yg lepas (ye ke?) terdiri dari pelajar form 4 & 5 beserta ibu bapa. Mereka ini ialah komuniti Orang Asli dari seluruh Selangor.

Pengisian program ialah mendedahkan kepada pelajar tentang kaedah belajar, contoh2 soalan dan juga motivasi.

Kesimpulannya (oleh aku yg bertugas sbg AJK Program) ialah mereka ni seriously bangun awal. Jam 4.00 pagi bilik mandi dah penuh....dan jam 6 pagi dah ada yg terpacak depan dewan. Dan mereka juga pembersih...nak tau senang aje. Toilet hostel sentiasa wangi dan takde kekotoran pun. Serius! Bilik tidur pun tak bersepah sangat.




Ini kampung saya...


Iman & Najwa di pagi Aidil Adha yg lepas


Haruan penunggu? Nk siang sisiknya kena guna parang.



Pagi 1


Pagi 2


Pagi 3


Pagi 4


So-called "river cruise"...our version. Adik aku n his family.


Yg berbaju kuning membesar di Subang, yg angkat tangan membesar di PJ dan yg belakang skali membesar di Bandar Baru Bangi. Tp bila balik kampung, org kampung pun pelik tgk diorg ni.

Ye lah...kisahnya aku officially dh ada kampung..ini true punya kampung ok. Bukan kampung yg ade jalanraya, rumah teres, shopping complex...(kedai runcit pun jauh ya amaatttt...). Layan aje gambar2 di atas ok.


Monday, November 14, 2011

mega project

Yes...another 2 mega projects are about to coming.

Kene bertapa lah. Cari idea.

Friday, November 11, 2011

111111 - clueless


1. Saja gatai tangan mau ada post jugak di tarikh ini.
2. Is going to Ipoh tak tau bila...maybe malam ini atau tomorrow morning for Raksasa Mini's wedding.
3. Day by day wasted and 2011 is about to end ..... arrrggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Monday, October 3, 2011

Gambar terbaru


Sah budak sekarang tk suka berbedung....yg sorang tu bedung cam berkemban aje..yg sorang lg langsunggggg.............nan hado!

Saturday, October 1, 2011

Apam Comey Polka DOt


Gambar dari blog mama ini.

Gua nk try wat mende alah ni. Selalu wat apam pakai loyang, tak kaler ceklat, putih, wat kaler merah (pink). Ade plak yg declare apam loyang tu apam kampung. Caiiitttt....

Tunggulah. Jadi nnt gua bawak opis. Gua tulis bila jadi yer...tk janji bila. Kalau lu pencen awal dari gua, wa calling2 la.


Tenkiu.

Friday, September 30, 2011

dua budak baru lahir

KISAH AGAK DELAY..........

mula-mula yg ini.....


DOB : 22 Ogos 2011 / 6.44 pm
POB : Hospital Kajang
Sex : Male
Weight : 3.1 kg
Name : Isyraf Hariz



pastu yang ini..



DOB : 11 September 2011 / 9++ pm
POB : Hospital Kajang
Sex : Male
Weight : 3.5 kg
Name : Adam Umair


Sekian

Saturday, September 10, 2011

Raya yg raw

Jadi...dh raya ke berapa ni?

Hahha....nk update citer raya biarlah lepas2 raya.

Baru layan

Wednesday, August 31, 2011

raya 2011

Sehari sebelum raya / malam raya

- Keje
- Balik PJ
- Balik Nilai

Raya pertama

- Solat raya di BBB
- Raya umah mak mertua Angah (blok bawah), balik PJ
- Balik rumah petang, tido
- Malam tgk Final Destination kat Alamanda

Thursday, August 25, 2011

Pantun Raya dari sifar ke infiniti


Cantik tersusun punjut pelita
Malam raya bersinar ceria
Salam dihulur maaf dipinta
Panjatkan syukur dikurnia bahagia


Anyam ketupat di hari Selasa
Senyum melebar tiada henti
Andai ada terkasar bahasa
Jangan disimpan di dalam hati


Enak rendang sedapnya rasa
Buat hidangan di Aidilfitri
Sabarlah hati memandu ke desa
Walau rindu tidak terperi

Wednesday, August 24, 2011

zakat fitrah

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Pengertian Zakat

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
http://www.e-zakat.com.my/video/zakat-andazakat-fitrah-2/

sumber : laman web LZS

apa lagi nak dikata



duit ada dihabiskan
masa ada dibazirkan
tanggungjawab ada diabaikan
perasaan ada diketepikan
ilmu ada disia-siakan
bakat ada disalahgunakan
maruah ada digadaikan

Apa lagi nak dikata?

Monday, August 22, 2011

Pantun Panas Hati


Kompang dipalu berkali-kali
Gendang-gendut tali kecapi
Tenang-tenang air di kali
Mungkinkah ada naga berapi


Sunday, August 21, 2011

Thursday, August 18, 2011

We Don't Talk Anymore

Everyday is a wordless wednesday nowadays.

Sorry.



METALLICA di KL? Iye kerr...????

My alter ego

Tapi cam khabar angin jer.....

Monday, August 15, 2011

Zakat Fitrah Online via mobile dan Internet Banking

Wahhh...zakat fitrah online via mobile. Rasanya dah lama tapi aku jer yg baru pay attention. Anyway, servis ini amat mudah dan memudahkan. So uolss takde alasan utk terlupa atau lengah2kan bayar zakat. Shopping online boley...bayar zakat pun sure boley.

Aku tak sure utk negeri lain, tp untuk Selangor sila layari http://www.e-zakat.com.my/terkini/guna-sms-untuk-membayar-fitrah/.

Oh juga boleh juga gunakan internet banking. Mudah kan?

Monday, August 8, 2011

info ramadhan

Aku tak rajin nak tulis banyak. Tapi boleh refer ke
http://wadefuk.blogspot.com/2011/08/prosedur-perubatan-ketika-berpuasa.html.

Ini bakal doktor bagus. Dia bagi info ni supaya takde yg ngelat puasa walaupun kene g klinik.


Motif? Sebab tadi aku g klinik. Kene cucuk sedas. Dr kata pil makan malam pas buka je. Skali cucuk leh tahan 4 jam. Ok lah kot.

Sunday, August 7, 2011

buka puasa

Pecah rekod tahun ini. Masuk hari ke-7 puasa, baru sehari saja ke bazar Ramadhan. Dan selebihnya masak dan makan di rumah, 1st day di umah umi dan 2nd di umah mak mertua. Bagus. Tp menyebabkan aku makan nasik dgn banyak. Sebab sendiri masak sendiri perasan sedap.


Cuma tak bagusnya, baru dpt sekali terawih. Ishhh tkleh jadi ni.

Wednesday, August 3, 2011

Geng Mengaji

Salam Ramadhan Kareem...

Selesai hari ke3 puasa. Blog lain mungkin cerita pasal menu berbuka. Tapi bagi aku la, sama je kot tiap2 tahun. Cuma kali ni, 1st day puasa kami buka kat umah umi. 2nd day di umah mak. Makan memang la tak ingat. Cuba kawal pengambilan nasi tapi nampaknya makin horror. Hahaha Gasaklah!

Memulakan minggu bulan Ogos ni, aku dah terjebak dgn hal yang bodoh. Yup mula2 seronok2 tetibe terlayan perasaan plak. Aku taklah beriya-iya tapi kadang2 benda2 yg lepas mmg berhantu sikit. Tp akhirnya aku berjaya gak merungkai kekusutan. Mujur tak terlajak jauh. Aku pun salah. Sebab dia mungkin perlukan orang yang "faham" dengan perangai dia. Shit! Rasa cam budak bangang baru akil baligh dpt couple. Hahaha. Gelakkan diri sendiri. Dalam perjalanan 10km, aku mungkin dah terlajak salah jalan 3.5 km kot. Seb baik nampak papantanda AWAS BAHAYA DI HADAPAN. Anyway, semua dah selesai. Kawan tetap kawan. Itu takkan berubah. Dan nampaknya dia pun faham. Noktah. Gila berderau aku. Tak tau bila nak berhenti dan patah balik. Asyik terlajak...terlajak...terlajak... Cukuplah 3.5 km ajer.

Anyway, hujung Julai selesai Program Kemasyarakatan Bersama Orang Asli Selangor. Tuhan bagi aku kerja yg sangat memerlukan tenaga dan fokus. Itu juga membantu aku agar tidak terus terlajak. Geleng kepala sudah.

Jadinya, Ramadhan aku aman. Doa sepanjang Ramadhan, syaitan diikat jauh dari aku. Seram sejuk. Sebab dengan dia ini memang aku kalah. Damn!

Biarlah rahmat Ramadhan berada di keliling aku dan En. Anuar.

Catatan agak emo di awal Ramadhan.

Hati aku pun ada taman...walaupun taman tu setakat taman permainan, bukan taman bunga.

Sila gelakkan aku. Hehehehe.

Tajuk takde kaitan.

Wednesday, July 27, 2011

salah sendiri - sajak versi ii


Masih terus buat salah
Jangan sesal kalau terjatuh lagi
Luka kalau berdarah...sakit
Tapi kalau parah...perit


Terima saja
Aku juga yang akan tanggung
akibatnya

Tuesday, July 19, 2011

Sang Pemimpi - Andrea Hirata

"Kami tersentuh. Kami menghampiri Jimbron dan memeluknya. Jimbron yang berhati lunak dan putih. Dahulu, dengan penuh semangat, dia memesan dua tabung kuda melalui mualim di Jakarta, dan sempat kami ketawakan ketika tabung kuda itu datang. Ditabungnya upah bekerja keras paling tidak selama dua tahun. Diisinya dua tabung itu dengan rata. Tidak sepatah kata pun sempat dia ucapkan maksudnya. Kini diberikannya masing-masing untuk kami. Itulah pengorbanan Jimbron untuk kami. Kami berjanji akan menuliskan namanya di tanah, di bangunan, di pohon, di jalan, ke mana pun kami pergi"

Mukasurat 187. Mozek 16. Ciputat.

Saturday, July 16, 2011

Pantun Inspirasi Al-Lavendari

Pedas mulut tergigit lada
Rasa terbakar seluruh muka
Kalau memberi ikhlas tiada
Dikenang diungkit tak kira ketika


Petik teratai berakit-rakit
Sambil menjala si ikan sepat
Sudah memberi diungkit-ungkit
Sahabat ke mana, musuh yang dapat


nota : selalu kalau rasa nk bermadah tp buntu, saya ke blog pu.e.c. orang x reti.

Kemaskini bersepah

Lama sudah tak update. Memang tak boleh jd blogger tegar. Takde la sebab lain selain malas. Kurang mende nk cerita pun ade gak. Takkan g makan kat kedai tomyam pun nk citer kat blog kan...???

Apa yang aku dh buat selama tak update ni. Hidup macam biasa. En. Anuar adalah sangattttttttttt sebokkksss mencari duit utk isterinya ini. Hahaha. Takpe2....tada hal kalau kene tinggal selalu malam2. Janji masyukkkk (yer...ayat materialistik).

Anyway...En. Anuar baru je sambut hari lahir ke 38 on 13th July lepas. Ye betolll...38. Two more years to 40. (Oh...perkataan "sambut" tu tk melambangkan apa2. Takde wat celebration apa2 pun). Mujur dah 38....gamaknya kalau 21, merajuk la kot. Hahaha...(whateverrrr).

Semenjak dua menjak ni aku ada kegigihan membaca novel. Baru je rembat koleksi Andrea Hirata. Lengkap sudah. Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Mariamah Karpov, Cinta di Dalam Gelas dan Padang Bulan. Dan tambahan satu...Orang Miskin Dilarang Sekolah oleh Wiwid Prasetyo. Maaflah, aku masih belom ada keikhlasan nk beli sendiri novel2 komersial terkini karya tempatan. Pinjam boleh ek...hehehe. Kata kawan, novel dgn tajuk "badai" dan "gelora" je yg aku akan beli. Tp yang pasti, kalau tajuk ade "cinta" (kecuali yg aku sebut di atas), "rindu", "sepi", "syahdu"...mmg aku akan telek sapa penulisnya dahulu. Kalau nama penulisnya pun mcm "fake"...maaf skali lagi. Hahaha...ade pemisah nipis kot antara nama pena dan nama tipu (sekurang-kurangnya bagi aku)

Saturday, July 9, 2011

salah sendiri - sajak versi i


Mohon maaf kepada diri sendiri
Tergelincir
Jangan sampai terbabas
Awas
Tak guna mengaduh
Usah mengeluh
Kau tahu kau yang bodoh

Friday, July 8, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Senapang Patah

Rasa macam nak cari kelas menembak la. Jommmm....

Hehehe. Ya. Gua serius.

Monday, July 4, 2011

Sakit tak?



Saper suruh cari pasal ngok!

Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

Pantun Kasih Tak Sudah (tak tahu tajuk apa dah)


Cantik manis puteri berbedak
Busana indah anggun belaka
Berputus kasih bertalak tidak
Mengapa perlu bermasam muka


Segak bersila di puncak persada
Siapalah tahu hatinya lara
Hendak berkasih rasa tiada
Apa salah berkenal mesra

Sunday, June 19, 2011

DI TARIKH INI 8 TAHUN DAHULU


19 Jun 2003
Surau Al-Istiqomah, Bandar Baru Bangi

Gua dinikahkan oleh bapak gua sendiri. Gambar gua mana? Gua kat belakang....tengah sangap. Imam baca khutbah nikah lama sangat. Gua ngantok + lapar.

Saturday, June 18, 2011

Perempuan





Plan tak jadi. Cesss!!!! Seb baik ada Plan B.

Plan B best gak la. Banyak pilihan. Hehehe.

Malas nk citer.

GUA SAKIT PERUT


P/S : Tajuk dan gambar takde kaitan. Ye laaa.... gua tau la cam tak fair gua letak gambar omputih jer. Nak letak gambar di bawah ni...tggu la OStazah Pilihan kuar TV.





Saturday, June 11, 2011

KL Gangster - Pasar Borong Selangor area KL ker?






Ok..ok...tau tajuk cam perli. Tp kelakar sebab aku slalu ikut mak aku beli barang dapur kat situ. Tak terpikir plak ada gangster pegang tempat tu. Bila tgk scene gaduh kat pasar Borong tu, aku teringat Kedai Borong Balaji, yg ada dekat2 pasar tu. Hehehehe....

Ok lah....ceritanya mmg ada kelas sendiri la. Katanya Abg Sol yg direct, bajet juta-juta. Haruslah meletops. Mula2 macam Aaron Aziz jd penarik, rupa2nya lagi layan tgk Zizan, Sofi Jikan dan Adi Putra. Hand combat dlm citer ni boleh layan lah. Mende2 tak logik sana-sini tu mmg ada la. Aku sokong CikAminah especially tang slang si Shark tu. Dah nak sama plak slangnya ngan si Corrie. Heheehehe....

Dan agak pelik jugak kematian si King yang mudah amat.....tembak2...kejar2 sketttt....mati. Takkan pengikut dia setakat 5-6 orang yg dekat van tu jer kan?

Pasal Aaron Aziz plak. Ok. 1stly mmg hot la. Tapi kannn....lu dah jadi samseng brape lama bro? Secalit parut pon takde kat muka. Kan? Tak baik tau kulit licin2 jd samseng...huhuhu...

Thumbs up pada Sofi Jikan! Lu punya style mmg perfecto sbg seorg samseng.

Dalam banyak2 review....aku mostly sokong CikAminah sekali lagi.

Sekian.

Tetiba terbayang Bront Palare ganti Samsol. Boleh ke?

Friday, June 10, 2011

PEKIDA nak saman?



Dah aku tulis sebelum ni...dalam entry cerita KONGSI.

Kan betoollll...hehehe

Thursday, June 9, 2011

Kelantan vs. Trengganu dan lain-lain


Cuti sekolah macam2 hal berlaku. Opis kadang2 sunyi bagai cuti raya. Hotel jadi mahal berganda-ganda. Shopping complex hari biasa pun punyaaaaaaalah ramai manusia. Kenduri berderet jemputan, sampai tak terkejar. Bukak tv semua channel citer tema budak2...skrg dh ada babyTV plak (tk lama lg anak2 tido didodoi rhymes mat salleh, bukan selawat atau buai laju-laju).


Ada yang melancong beribu batu (macam kakRedMummy)
Ada yang tonton filem baru (macam Hans Jejaka Hensem)
Ada yang sambut menantu (macam tuan Al-Lavendari)
Ada yang tambah bini baru (macam Salleh Yaacob)

Mujurlah cuti sekolahnya 2 minggu jer. Tapi student U hampir semuanya terutama IPTA bercuti sehingga bulan September. Wahhhh lama kan.....


Ada yang terus balik kampung
Ada yang duduk melengung
Ada yang kerja di panggung
Ada yang gatal termenung-menung



Dan hujung minggu ni, Final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Kelantan dan Trengganu. Khabarnya tiket dah habis terjual pun......Yaaa bila bercakap pasal bolasepak, penyokong Kelantan (Redwarriors) dan Trengganu Skuad Penyu memang antara yang paling meletoppppsssss. SEMANGAT itu penting tp uolllssss jgn buat abang FRU hot tau. Hehehehe

Tuesday, June 7, 2011

Pantun Dagang Kelana



Sudah dipasang bubu dan lukah
Jangan kelah, belukang pun tak nampak
Dari jauh menghitung langkah
Hendak menagih beras secupak


Bukan toman bukan haruan
Rupanya serupa susah dipegang
Santun dipegang jadi panduan
Itulah syarat hidup berdagang

Nuffnang

Tetiba dpt emel dari Nuffnang...tiket wayang free. Hahaha walaupun sekadar terpilih secara random....tp 4 keping hokayyyyyyy utk any movies..


TQVM Nuffnang!

Monday, June 6, 2011

Pantun Sekolah Rendah


Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati


Pat pat siku lipat
Siapa cepat dia dapat


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan



Sekarang dalam sukatan pelajaran sekolah rendah ada lagi ke tentang Pantun?

Wednesday, June 1, 2011

Hantaran Pinkylicious Silver Bling-bling










Nama hantaran sukahati aku nk reka. Layan gambarr...........


Ooohh yerrrr...tak boleh tunjuk gambar penuh. Majlisnya belom lg.