Tuesday, December 29, 2009

ENTRY RE-POST

Ini entry re-post. Budak ini...dapat 1A 3B 3C dan 1D. Tak marah pon kat dia. Sbb tahun dia macam diketepikan oleh kami-kami ini sebab banyak sgt masalah2 lain dalam famili aku. Yang penting dia nk sambung belajar.

So pada semua...kalau adik, kakak, anak, anak buah, sepupu, cucu anda tak dapat result warna berterbangan (flying colours) please don't judge them. Banyak lagi yg diorg boley capai dalam dunia ni!

Jalan-jalan hujung minggu
Tiada apa yang baru pun
Cuaca panas..mengeluh
Hujan turun...mengeluh juga
disuruh duduk rumah
bosan
disuruh basuh pinggan
malas
disuruh lipat kain
ha?

Pakai baju putih
tulis di depan
"Saya sayang mak saya"
"I'm single"
"Bila nak couple?"
Tulisan jenis kartun-kartun
Italic huruf besar huruf kecik campur-campur
Rambut bergel
sikat senget tepi sebelah kanan
Seluar tergantung sempit
sekali pandang kaki macam Ronald McDonald
Alahaiiiiii.............

Naik bas turun kat Pudu Jail
Jalan sikit hala ke Time Square (TS je sebutnya)
Duit dalam wallet ada RM30
Ok la tu...
yang penting handphone ada kamera
Tangkap gambar sendiri depan TS
masuk dalam MySpace
Beli air mineral sebotol
dari kul 10 pagi sampai 6 petang

Yang aku takboleh blah....
Sampai rumah baju tak salin lagi
menggelupuh cari nasi kat dapur
goreng sendiri telur kicap
makan depan tv sampai tercekik-cekik
kan senang kalau hari cuti kau duduk rumah jerrrr...

Monday, December 28, 2009

Lady In Red Giveaway


Aku tak pernah la plak join contest...ni pun aku jumpa dari blog Cik Jard. Contest anjuran adik ini (mula-mula aku ingat akak - hahahah tua la aku ni) sbb kalau ikut profile dia umur baru 26 thn.

Nape ek aku terbukak pintu hati nak join contest nih? Ntah...sbb ni antara contest yang aku tak terlepas tarikh tutupnyer kot. Wakakakaka..aku kan sgt malasssss bukak blog skrg sbb asyik kena jaga ladang FV jer...hehehehe.

Syarat2 untuk menyertai contest ini ada 5 iaitu :

1. Wat entry bertajuk Lady In Red Giveaway.

2. Dah ada tajuk kena la wat entry pasal contest ni dan upload gambo. Setelah digodek-godek maka aku memilih ini -

Cukup merah tak? Aku ngan En. Anuar dalam mood merah.
Lokasi : Kenduri kawen sepupuku somewhere kat N9 . Hihihihi....

3. Jadi follower www.firahadifa.blogspot.com dan letakkan pada bloglist.

4. Letak banner kat entry dan sidebar skali ngan link.

5. Jgn lupa mention pasal ini contest dalam entry.

Sumer dah wat kecuali no. 4... alaaaa camner nk letak banner tu?


Mari Berpantun - PANTUN BUDI

Penuh air di dalam kendi
Basah selendang atas penyidai
Jangan penat menabur budi
Walau yang datang ombak dan badai

Terbang tinggi anak kedidi
Helang terbang berjelai-jelai
Banyak budi perkara budi
Layakkah tuan untuk menilai?

Lemah gemalai tari puteri
Hiburan panglima pergi berjuang
Walau dihitung tak cukup jari
Habis madu sepah dibuang




Tetiba jer tau I nak pantun-pantun gitewwww.... lama dah tinggal ni.


Saturday, December 26, 2009

KOREK PASIR DAN KILANG PAPAN DARI SIFAR KE INFINITI

Gambar 1

Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4

Apa yang korang nampak dalam gambar2 di atas? Ok kamera aku cap ayam jer so gambar tak clear.

Gambar 1 hingga 3 - Sungai yang ada aktiviti korek pasir. Tengok betul2 kehadiran jentera pengorek dan lori pasir.

Gambar 4 - Sungai itu adalah berhampiran dengan sebuah kilang papan. Kilang ni dah lama ada, sejak zaman aku kecik2 lagi. Makin lama makin besar.

Jarak antara sungai dan kilang pasir ini jaraknya lebih kurang 1 kilometer je dari kawasan perumahan (tengok gambar 1,2 & 3 ). Gambar ni aku shot dari umah aku tingkat 9. Rumah aku sekarang ni amat mudah berhabuk. Aku rasa dari asap kilang papan tu. Bayangkan time panas terik dan berangin asap dari kilang tu sampai umah aku pun kadang2 bau. Umah teres yang dekat bawah tu aku tak tau la plak apa masalah yang diorg hadapi.

Sebenarnya post ini bukan sekadar edisi siasat tentang korek pasir dan kilang papan jer. Tapi malam td aku balik umah dalam kul 230 am. Bila nak tido aku terperasan bunyi muzik yang kuat tapi sayup-sayup. Bila dengar bertul2...bunyi lagu dangdut. Yup konfem dangdut dan datangnya dari arah rumah kongsi di kawasan sungai dan kilang tu. Yang dasatnya..bunyi tu berlarutan sampai petang tau...dalam kul 3 pm masih ada lagi malah lagi galak dengan jerit sorak-sorai lagi. Lagu? Konfem dangdut.

Jadi? Sebenarnya apa yang berlaku di sana? Kilang haram? Korek pasir haram? Pendatang haram? Disko dangdut haram? Ntah2 ada plak pusat pelacuran. Mana kita tau kannn? 10 tahun dulu, kawasan ini tiada penempatan. Tiada taman perumahan. Tapi sekarang? Kita kena berjiran dengan aktiviti2 pelik ni ker? Di sekitar ni jer sekurang-kurangnya ada 3 kawasan rumah kongsi. Belom bahaya lagi kottttt?

Lokasi : Dirahsiakan...boleh agak2 la

P/S : Bro Mazidul ..amacam?



MENU TENGAHARI LAGI

Ikut arah jam : Tauge + carrot + fishcake (menu org tak mkn sayur hijau),
ikan goreng, sambal belacan dan kari ayam.


Ini makan-makan tengahari tadi. Makan? Sukses! Diet? Hampes!

SATURDAY NIGHT @ DOWNTOWN CHERAS


2 brader otai yang amat cool - one of them kata "kami keje sampai kul 2 jer. Keje kena ikut time. Ni keje kami tau...bukan main-main". Memang layannnn....

Dah lama tak jalan kat sini. Satunya sebab dh bosan. Ye lah masa mula2 tempat ni bukak rasanya seminggu sampai 2-3 kali pegi. Bukan beli aper2 pon...jalan-jalan je.

Anyway malam td pegi pun sebab En. Anuar ada semi-final karaoke. Burrrrr....bosan wehhh. Kul 1030 pm dah sampai, tp kul 12 baru start. Naseb la tempat tu happening as usual. Dan stall pun sangattttt banyak. Nampaknya skrg ni kasut Crocs dan pakaian jenama Paul Smith menguasai tempat tu. Ori tak ori aku no komen. Tudung2 ngan seluar baju semua jgn cerita la. Tempat macam ni can suck your money macam air tau. Sikit2... dalam masa sejam dekat 100 hengget terbang. Aku? Takde maknanya... jalan jer la. Taubat dah!

Disebabkan kebosanan, aku pusing la satu Downtown. Seb baik la adik aku ikut sekali. Abes la semua stall kitorg kacau2...heheheheh.. Antara yang menarik (bagi aku) ialah stall yg jual sticker macam wallpaper. Macam2 design ader...bunga2, kartun2, abstrak. 4 set RM10. Dan satu lagi yg aku rasa menarik (aku nk amek gambar tapi cam segan jek) - satu stall hairstylist (gunting rambut daaaa...). 1st - stall dia mmg simple; keliling dia gantung tirai cam anyaman tikar, lampu gantung n 2-3 kerusi. 2nd - hairstyler dia perghhh...mmg stylo! Sorang2 je mamat ni. Pakai spek Padini besar, topi baretta, apron yg poket2nya penuh ngan segala jenis gunting n sikat. Next time aku mmg nak amik gambar dia gak.


Friday, December 25, 2009

Keroncong Untuk Ana


Encik Anuar semasa final d'Muzik Shah Alam 20 December 2009.

Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu
Kemana hilangnya keroncong
On cinta yang kita nyanyikan bersama
Atau pun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan sebelah saja
Ana 4x
Kemana hilangnya keroncong
On cinta yang kita nyanyikan bersama
Atau pun aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan sebelah saja
Ana 4x
Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua pintu cinta untukku
Hingga ku termenggu
Tiada arah nak ku tuju
Membawa hatiku.

Nyayian : Kembara

Monday, December 14, 2009

BUKAN SALAH AKU



video
Hujan okeyyy...bukan aku saja2 nak cancel. Aku dh semangat giler. Malam td lg dh packing baju.

Ni lebat tau...hehehehehe...


Maka tak jadi la jogging.


kuwangkuwangkuwang.....

Sunday, December 13, 2009

MENU TENGAHARI



Sup daging, ikan kembung bakar dan air asam

Menu makan tengahari. Giler la.... mmg takde harapan la nak turun kg aku nih. Dah la tetiba je rajin masak. Hermmm...konpius...konpius....

Saturday, December 12, 2009

KISAH BUDAK LEPAS PMR LEPAK KAT TIME SQUARE

Jalan-jalan hujung minggu
Tiada apa yang baru pun
Cuaca panas..mengeluh
Hujan turun...mengeluh juga
disuruh duduk rumah
bosan
disuruh basuh pinggan
malas
disuruh lipat kain
ha?

Pakai baju putih
tulis di depan
"Saya sayang mak saya"
"I'm single"
"Bila nak couple?"
Tulisan jenis kartun-kartun
Italic huruf besar huruf kecik campur-campur
Rambut bergel
sikat senget tepi sebelah kanan
Seluar tergantung sempit
sekali pandang kaki macam Ronald McDonald
Alahaiiiiii.............

Naik bas turun kat Pudu Jail
Jalan sikit hala ke Time Square (TS je sebutnya)
Duit dalam wallet ada RM30
Ok la tu...
yang penting handphone ada kamera
Tangkap gambar sendiri depan TS
masuk dalam MySpace
Beli air mineral sebotol
dari kul 10 pagi sampai 6 petang

Yang aku takboleh blah....
Sampai rumah baju tak salin lagi
menggelupuh cari nasi kat dapur
goreng sendiri telur kicap
makan depan tv sampai tercekik-cekik
kan senang kalau hari cuti kau duduk rumah jerrrr...

KITA MUNGKIN DI SINI

"Bersyukurlah dengan kurnia dari Tuhan-Mu. Apabila Dia mengambilnya semula, pada waktu yang kita tidak jangka, maka syukur itu akan membantumu dalam menghadapi ujianNya. Sesungguhnya apa direncana olehNya ada hikmah tersendiri"

Kredit Berita Harian.


Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

WALIMATUL 'URUS


Kedua-dua gambar adalah ihsan dari En. Google

Hari ni ade jemputan kawin. X-officemate yg skrg sdg tgh tunggu posting mengajar. Lokasi kat Taman U, Seri Kembangan. Dah lama takde kawan2 yg kenduri kawin. Ini pantun kawin-kawin.

Wangi harum kayu cendana
Tempat hinggap burung tempua
Kalau dah jodoh takkan ke mana
Usia senja malam pun kan tiba jua

Kalau melur melur lah jua
Manakan sama bunga dahlia
Buat pengantin segak berdua
Doa kami moga bahagia

So nnt kalau rajin aku upload gambar ek... (janji palsu? hermmm...)

BETUL KE?


Aku buat kuiz ini dalam fesbuk. Hasilnya sungguh aku suka. Heheheheheh...Kalau yg tak elok takkan aku publish kan?

Thursday, December 10, 2009

UDANG GORENG KUNYIT yang sungguh sedap sebab aku masak......

Semalam...

Aku pegi balik Taman Medan. Ehhh...tapi sebelum tu aku balik umah mak aku makan free. Lauk pajeri terung ngan gulai babat a.k.a. perut lembu. Ok. Sambung balik ayat 1st td. Tapi aku bukan balik umah mak mertua aku. Aku singgah umah Ucu Abu, pak sedara En. Anuar. Misi utama - projek kerongsang aku lerr...(ni citer lain kayyy). Sampai2 jer, wife dia kata "Ucu kau pegi mancing udanggggg...." Alahaiii. Ni yang maleh ni. Jam dah dekat kul 10. Esok keje. Takpe lah. Sembang2 ngan Ucu Siti dan anaknya Bad yg ensem itu. Aku tak sedar plak budak tu dh besar. Hahahha. Ok. Mengarut lagi.

Dekat 1030 baru la Ucu Abu balik ngan 2 anak daranya. Terbalik ok. Yang bujang duk umah. Yang anak dara ikut ayahnya mancing udang. Whateverrrrr.....dipendekkan citer. Balik aku dibekalkan dengan udang2 yg dipancing itu. Ala2 malu kucing tapi aku ambik jer. Kucing mmg makan udang. Ok. Mengarut lagi!

HASILNYA... malam ini malam Jumaat yg tak membawa makna apa2. Hahahahahaha....

Bahan-bahannya : Cili merah, cili api, bawang, halia sikit


Udang rimau yg belum dimasak digaul ngan kunyit & garam

Gorengkan udang lebih kurang 10 minit (ikut saiz lerrr)
dan masukkan la bawang + cili tadi

Teka mana satu pinggan nasik aku.
Di sebelah udang ialah daging masak merah.
Daun hanya hiasan; bukan untuk dimakan.

SEKIAN TERIMA KASIH. Lepas makan kena basuh kain.

Monday, November 30, 2009

Mari makan sayur





http://www.world-foodhistory.com/2008/07/history-of-cabbage.html




Marilah beramai-ramai makan sayur!!!!

TAKDE TAJUK DAAAAA......

Aku bercuti lagi esok. So jadi 4 hari campur weekend and public holiday Aidiladha. Orang tak berkampung macam aku sbnrnya hanya buang masa saja bercuti. Sekejap-sekejap aku dh boleh balik umah parents aku, in-laws aku dan adik-beradik aku. Hari Ahad aku dh rasa macam Isnin sebab mind set aku sudah fix...weekend 2 hari saja. Untuk apa aku cuti yer?

Jadi moralnya ialah...untuk kawan-kawan yang ada kampung, bercutilah bersama keluarga sebaik-baiknya. Kepada yg takde kampung, kalau tak perlu tak payah la cuti. Ini pendapat aku la kannn...korang tak tau laaaa.

Tadi aku ke UM untuk amik pelawat di Kolej 5. Wahhhh...betul2 tutup ek? Gate kolej tu bukak pintu kecik jerrr...

Saturday, November 28, 2009

FAMILY GATHERING LAGI

Petang ni projek lepak-lepak makan-makan movie-movie kat umah aku. Nenek from Perak ada kat umah umi so amik kesempatan ni utk kumpul kat umah aku.

Menu petang ini ;

1. Nasi lemak
2. Roti John
3. Cekodok @ cucur udang
4. Rojak buah

En. Anuar tengah giler masak kuah rojak. Lama sgt dia tak buat. Rasanya sejak kawen ni tak pernah pun lagi. Aku nak belajar idak kuasa la weehhhh...berjam-jam nk tunggu masak. Biar la dia ngan projek kuah rojak nyer. Kot ada market, aku jual la thru blog. Wakakakaka.....

Kalau rajin ade la gambar petang nih.

Sunday, November 22, 2009

MARI MENJADI MINAH BUNGA



ANTHURIUM

With their open, heart-shaped flowers and tropical disposition, it’s no wonder that anthurium have come to symbolize hospitality. Also known as the Flamingo Flower, Boy Flower, Painted Tongue and Painter’s Palette – because of their distinctive shape and color – the name anthurium comes from Greek, meaning “tail flower.” Exotic and compelling, with bold, typically red flowers and shiny, dark green foliage, anthurium, like the hospitality they represent, are long-lasting and irresistibly beautiful


BIRD of PARADISE




Bearing an unmistakable resemblance to a brightly colored bird in flight, bird of paradise are native to south Africa and represent joyfulness and (not surprisingly) paradise itself. Also known as Crane flowers, they are distinctive and striking, spectacularly shaped like a bird’s beak and plumage. Bird of Paradise are the 9th weddinganniversary flower

ROSE


Long a symbol of love and passion, the ancient Greeks and Romans associated roses with Aphrodite and Venus, goddesses of love. Used for hundreds of years to convey messages without words, they also represent confidentiality. In fact, the Latin expression "sub rosa"(literally, "under the rose") means something told in secret, and in ancient Rome, a wild rose was placed on the door to a room where confidential matters were being discussed. Each color offers a distinct meaning: red, the lover’s rose, signifies enduring passion; white, humility and innocence; yellow, expressing friendship and joy; pink, gratitude, appreciation and admiration; orange, enthusiasm and desire; white lilac and purple roses represent enchantment and love at first sight. The number of stems in a rose bouquet can also express specific sentiments. The June birth flower and the 15th weddinganniversary flower, roses are also the national flower of the United States and the state flower of Georgia, Iowa, New York, North Dakota and the District of Columbia. And, not surprisingly, June – the month so often associated with weddings – is National Rose Month


POSISI TIDUR KAU DAN AKU...hahahahahahaaha
































Aku mengantuk di siang hari walaupun malamnya aku tidur mati. Jadi aku ambil keputusan untuk meng"google" (haruskah perkataan ini dimelayukan) tentang tidur. Ini antara yang menarik dari satu blog (yg aku lupa nk link) sebab aku ngantukkkssss....

Saturday, November 21, 2009

ENTRY HUJAN I











Sejukkkk...ye kat sini hari-hari hujan. Kadang pagi, kadang-kadang malam. Kadang2 seharian. Aku yang duk di tingkat 9 ni, memang terasa kesejukannya.

Gambar-gambar di atas adalah ekspresi diri aku bila sejuk + bosan + malas = makan

Arrggghhhh.....


TANGGUH

Aku terpaksa juga lakukan ini. Aku tak sangka kau baca blog aku. Ibarat jauh panggang dari api. Sangat2 tidak sangka! Aku dh cuba ubahsuai supaya tiada yang terasa, kalau terasa jugak, what to do!

To say sorry is sooo not me. Sebab kesah ini bukan aku tujukan pada kau (walaupun berdasarkan pada kisah kau). I mentioned your name...sekali jer. Helll I don't expect that ko masih di"google" orang. Huh!

Jadi, to show my respect to your "privacy" kononnnnnnnnyer...aku tangguh dulu that story okey. Tangguh okeyyyy...bukan stop. So for sure akan ada sambungan mungkin bukan masa terdekat.

Huh! Artis konoonnnnnnnn.......

AWEK HINGUSAN akan ditangguhkan. It's a tough decision sbb dh banyak entry aku siapkan.

Tuesday, November 17, 2009

DRAMA - SPAN - DLL


Drama...drama...drama...

Hidup ini sebenarnya mmg perlukan drama-drama. Bosan kalau A sampai Z menjadi rutin. Kadang-kadang perlu juga A+, A- atau mungkin L menjadi XXL. Hermmm...wah sungguh tak paham.

Aku dh selesai menguji "kehebatan" aku sbg kakitangan kerajaan dengan satu ujian / soalselidik berkaitan audit nilai. Ia adalah soalselidik dari JPA yg berbentuk soaljawab ttg diri kita sbg kakitangan kerajaan. Perlu huraian? Tak payah la...

Wah..wah..wah... kannnn? Tapi aku tau...seperti mana aku, orang lain juga akan terdiam bila menjawab soalan-soalan "mudah" ini. Setelah aku menyelesaikan soalselidik itu, aku sedar banyakkkkkkk benda yg aku selalu amalkan; antaranya :

1. Claim OT tapi waktu keje sebenar tak buat keje (taknak buat dahhhh)
2. Cuti rehat mmg utk berehat...MC untuk selesaikan hal2 lain atau pun curik tulang je masa waktu pejabat (ooopppsss)
3. Keje sikit.....ngadap Internet banyakkkkkkk...padahal keje aku bukan perlu ngadap Internet sgt pun (FB kah...?)
4. Update blog boleh...tapi fail meja tak siap-siap (ahakkksss...)
5. Main game ok jer...tp bila nk wat keje tetiba jer sakit kapla (atau mata berkaca-kaca heheheh)
6. Datang lambat balik on time...huhuhuhu
7. Hilangkan pen, liquid paper, gunting.... (hakmilik kerajaan Malaysia tuuuuu....)
8. Makan...makan...makan... dan makannnnnn.....
9. Gossip...gossip...gossip... dan gosipppp...
10. Merungut...merungut...merungut...dan merunguttt...

Kesimpulannya; aku ni lagi banyak main-main dari buat keje...Huh! Wat malu kompeni jerrr.

Apa kaitannya dengan drama?

Yerrr... aku dapat rasakan banyak drama yang akan berlaku. Hahahahahhaha........(aku suker gelak mcm Sarip Dol).

Sukahati aku la nak tulis hapa ponnnn...

Anyway...EQuaLS3 dh selesai..gud bye to all dari Belgium, Jepun, UK, Singapore, Austria dan skrg WoDMo2 is on going. Hi to Glenn Marion. Nak tgk gmbr?



This guy is a Principal Researcher in Process & Systems Modelling dari Scotland (takde kaitan dgn MODEL atau Supermodel ok).

Tinggi dia ni.. and for sure genius la dlm bidangnya. Aku tak paham pun tapi seronok jer dgr talk dari org2 yg benar-benar berilmu...sambil2 shoot gambar. Credit to Cik Raksasamini sebab bagi aku belasah LX3 nyer...hahahaahah.....

Dan sorang lagi..yg ni mmg aku kagum ni. Namanya Dr. Karina Razali. Cun...pandai...cakap omputih pergghhhhh....kelassss gitew. Ni Malaysian and yg paling penting...dia ialah seorang WANITA...hahahah...aku tetiba rasa cam feminis tawww... Consultant berkenaan medical issues (taknak citer lebih2 takut salah). Anyway jengah2 la ke http://www.hart.com.my/.