Wednesday, October 14, 2009

BIRTHDAY BOYS


Malam kelmarin aku dapat sms dari Umi;
Semua balik rumah umi lepas maghrib. Jamuan dan baca Yaasin untuk birthday Walid, Fahrul dan Amin

(SMS ni skema yer sbb ditaip oleh Cikgu Besar. Jadi tiada short form)

Jadinya seperti biasa bila dah dapat arahan gitu, semua aktiviti lain perlu ditangguhkan yerrr....semua kena balik. Lucky la sebab kami semua ada dekat-dekat sini jer. Kecuali makhluk berbaju pink iaitu Cik Nurse itu, semualah berkumpul. Tak kiralah malam keje ke idak yerrrr....

By the time aku sampai dalam kul 8 gitu... Alang tengah terkocoh masak udang goreng tepung ala Rasa Halal Oriental dia. Helleeehhhh...ntah ye ke idak makcik tu. Umi rilek2 je aku tengok. Huhuhu aku dah agak dahhh. Cam tak caya je umi nak masak-masak time weekday ni. Jadi aku masuk la dapur masak gak..tgk ade cendawan. Masak tumis air je. Telur dadar + kerang rebus. Pastu bancuh air. Selesaiiiii...... Nasib baik kitorg semua tak suka sangat gulai-gulai ke hapa. Jadi masak camtu pun dah ok la tuuuuu.....Alaaa acah jer. Ada lagi lauk. Ayam golek berguling-guling beli kat pasar malam. Hahahahah...

Majlis bermula ngan mengketedarah sebab semuanya kebulur tahap Gunung Himalaya. Pastu Isyak, tazkirah (perrggghhhhh...insap dengar perkataan nih) dan baca Yaasin sambil berperang ngan Najwa Fariha yang ntah hape bende dia buat.

Dalam kul 11 aku balik. yang lain masih lagi kat umah umi. Balik umah sambung buat typesetting....bajet rajin la tu. Sebelum Cik Ida mengamuk baik aku buat kan?

Kek birthday la kononnnn...


Masa ni tengah baca Yaasin sebenarnya

Tiba-tiba nak pakai tudung

Birthday boys - Fahrul, Walid & Amin


Nurul Iman & Amar Hasbullah

AWEK HINGUSAN - Episod 6

Aku dah mula bosan. Bodoh punya jantan. Nak buat keputusan punya lah susah. Bacul! Kau nak sangat aku mengamuk kan? Ingat aku budak-budak lagi?!

Telefon di tangan direnung lagi. Nak call ke tidak? Kalau aku call tak berangkat, lagi sakit jiwa! Ishhh... tak boleh jadi ni. Dari pagi tadi call tak angkat, sms tak reply. Memang tak guna jantan ni. Mesti berkepit dengan bini dia la tu!

Tiba-tiba telefon berdering. Kussss semangat! Tapi bukan jantan tu! Abah la plak.. Alamak ape aku nak cakap ni.

"Dapat call dia tak? Abah nak jalan lepas Asar ni. Confirm tak naik kereta dia? Bukan dekat KL ngan Taiping tu...".

"Alah bah...Niky call dia tak angkat la...tunggu jap lagi Niky try lagi".

Ding dong... (sounds like a stupid door bell)

Bergegas bangun.

"Laaaa... ayang ni apehal?! Nape baby call tak angkat? Tensen la. Orang tunggu dari tadi. Abah dah berpuluh kali call. kain baju semua baby dah siapkan. Jahat tau dia niiii.....".

"Takde apa...nak kena siapkan keje dulu. Tiba-tiba je nak cuti kan, kena la settle semua".

"Abis betina tu?".

"Baby boleh tak jangan panggil dia macam tu? Dia bini abang tau".

"Ye la bini abanggggg.... geli dengar!"

Seronoknya aku...akhirnya dapat juga aku bawa my love ni keluar dari KL ni. Rasakan kau betina bodoh! Padan muka! laki kau kat tangan akuuuu......

Lepas ambil abah dan Auntie Ina, kami teruskan perjalanan ke Taiping. Yang tensionnya, telefon ayang aku ni asyik la berbunyi. Last-last aku ambik je pegang letak dalam beg. Betina tu call la tu. Tak sedar diri! Dah sah-sah laki kau tak nak ngan kau. Bodoh betullll....