SKT - Akronim kepada Sasaran Kerja Tahunan. Aku tak pasti sama ada istilah ini digunakan oleh seluruh jabatan kerajaan dan badan berkanun. Yang pastinya bagi kakitangan swasta, istilah ini mungkin agak janggal. Aku taklah terniat utk menghuraikan tentang SKT ni, sebab aku pun baru 5 kali melalui penilaian ini. Yang pasti inilah satu medium utk menilai sesorang kakitangan di sesebuah jabatan. Maka akan disusuli pula dengan Anugerah Kualiti, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Inovasi dan macam2 anugerah lagi; sehinggalah satu ketika dulu timbul kontroversi satu majlis daerah dihadiahkan dengan penyapu untuk Anugerah Khas Prestasi Kutipan Cukai Terendah. Takpelah....itu kisah lama. Harap MB baru tak ulang lagi.
Dalam borang penilaian SKT ni, ada dua bahagian utama. Satu bahagian diisikan awal tahun dan satu bahagian lagi diisi pada akhir tahun. Yang awal tahun tu ialah lebih kepada perancangan kerja, kursus/latihan, projek dan program yang dikenalpasti akan dilakukan pada sepanjang tahun itu. Manakala di akhir tahun pula adalah untuk menilai kembali sama ada perancangan yang diatur berjalan lancar, berjaya atau sebaliknya. Maka di sinilah muncul pula akronim PYD, PPP dan PPK. Apa itu PYD, PPP dan PPK?
1. PYD - Pegawai Yang Dinilai; iaitu kakitangan yang dinilai.
2. PPP - Pegawai Penilai Pertama; iaitu pegawai atasan yang menyelia secara terus kakitangan yang dinilai.
3. PPK - Pegawai Penilai Kedua; iaitu Ketua sesebuah organisasi atau pun BIG BOSS.
Hermmmm.....jadi apabila PPP telah menilai dan memberi markah, maka kemudiannya PYD akan diminta menyemak dan kemudian akan menurunkan tandatangan setuju terima dengan markah yang diberikan. Atau pun kalau agak2 berlaku ketidakadilan maka jangan la tandatangan...(yg ni aku tak pernah buat so aku tak tau la apa implikasinya). Seterusnya PPP akan mempersembahkan borang tersebut kepada PPK yang akan memberikan markah sekali lagi kepada PYD. Maka selepas itulah akan muncul markah 75%, 89%, 60% dan mungkin juga 98%. Inilah yang akan menentukan sama ada anda cemerlang atau tidak. Aku tak tau la apa penilaian lain selain cemerlang sebab aku tak pernah dapat yang lain selain cemerlang (hahahahaha berlagak gilerZ).
Harus diberi ingat bahawa penilaian dibuat berdasarkan kriteria yang sudah ditetapkan dalam skala 1-10. Jadi sebenarnya senang lah sangat kalau kita nak muhasabah diri kita ni. Dan juga terdapat bahagian yang menilai aktiviti2 luar bidang tugas..yelah kalau ada yang jadi RELA ke, JKKK ke, Belia 4B ke...apa2 ajelah selain dari Mat Rempit. Tapi Mat Rempit pun sekarang ada dua group; berdaftar ngan yang tak berdaftar. Yang berdaftar tu gelarannya Pemuda Bermotosikal....hehehehehehehe.......
Kesimpulannya; aku tetap berpegang pada satu benda. Aku perlukan penilaian tapi kerja tetap kerja. Aku tak pernah tau pun pasal penilaian SKT walaupun lepas setahun bekerja. Aku tak kisah apa pun penilaiannya, sebab aku tau ada orang yang lebih baik di luar sana yang tidak dinilai dengan wajar. Kerja sepenuh hati, tapi penilaian masih rendah. Tak buat kerja tapi penilaian tetap tinggi...tak malu pulak tu jaja markah penilaiannya. Kalau aku la....anugerah yg diterima tu rasanya macam gelakkan kita je sebab tak buat keje dapat hadiah. Hissshhhhhh.....geli lah.
Aku bersyukur sebab aku tak perlu kerja membanting tulang, menitik keringat. Kerja bukan beban, tetapi tugas yang dibayar. Haaa...belum masuk tugas itu amanah la, tanggungjawab pada pelanggan la...dan banyak lagi la huraian2 tentang kerja dan tugas nih. Bukan susah sangat pun kerja aku nih. Ikut arahan; anggap je macam bagi bantuan. Aku tak paham la kalau ada orang yg merungut penat la, tak larat la, sibuk sangat la....bandingkan la kita dengan orang2 yang kena buat 2-3 kerja setiap hari untuk sara keluarga.
BERSYUKUR LAAAA!!!!!!!!!