Saturday, December 12, 2009

KISAH BUDAK LEPAS PMR LEPAK KAT TIME SQUARE

Jalan-jalan hujung minggu
Tiada apa yang baru pun
Cuaca panas..mengeluh
Hujan turun...mengeluh juga
disuruh duduk rumah
bosan
disuruh basuh pinggan
malas
disuruh lipat kain
ha?

Pakai baju putih
tulis di depan
"Saya sayang mak saya"
"I'm single"
"Bila nak couple?"
Tulisan jenis kartun-kartun
Italic huruf besar huruf kecik campur-campur
Rambut bergel
sikat senget tepi sebelah kanan
Seluar tergantung sempit
sekali pandang kaki macam Ronald McDonald
Alahaiiiiii.............

Naik bas turun kat Pudu Jail
Jalan sikit hala ke Time Square (TS je sebutnya)
Duit dalam wallet ada RM30
Ok la tu...
yang penting handphone ada kamera
Tangkap gambar sendiri depan TS
masuk dalam MySpace
Beli air mineral sebotol
dari kul 10 pagi sampai 6 petang

Yang aku takboleh blah....
Sampai rumah baju tak salin lagi
menggelupuh cari nasi kat dapur
goreng sendiri telur kicap
makan depan tv sampai tercekik-cekik
kan senang kalau hari cuti kau duduk rumah jerrrr...

KITA MUNGKIN DI SINI

"Bersyukurlah dengan kurnia dari Tuhan-Mu. Apabila Dia mengambilnya semula, pada waktu yang kita tidak jangka, maka syukur itu akan membantumu dalam menghadapi ujianNya. Sesungguhnya apa direncana olehNya ada hikmah tersendiri"

Kredit Berita Harian.


Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

WALIMATUL 'URUS


Kedua-dua gambar adalah ihsan dari En. Google

Hari ni ade jemputan kawin. X-officemate yg skrg sdg tgh tunggu posting mengajar. Lokasi kat Taman U, Seri Kembangan. Dah lama takde kawan2 yg kenduri kawin. Ini pantun kawin-kawin.

Wangi harum kayu cendana
Tempat hinggap burung tempua
Kalau dah jodoh takkan ke mana
Usia senja malam pun kan tiba jua

Kalau melur melur lah jua
Manakan sama bunga dahlia
Buat pengantin segak berdua
Doa kami moga bahagia

So nnt kalau rajin aku upload gambar ek... (janji palsu? hermmm...)

BETUL KE?


Aku buat kuiz ini dalam fesbuk. Hasilnya sungguh aku suka. Heheheheheh...Kalau yg tak elok takkan aku publish kan?

Thursday, December 10, 2009

UDANG GORENG KUNYIT yang sungguh sedap sebab aku masak......

Semalam...

Aku pegi balik Taman Medan. Ehhh...tapi sebelum tu aku balik umah mak aku makan free. Lauk pajeri terung ngan gulai babat a.k.a. perut lembu. Ok. Sambung balik ayat 1st td. Tapi aku bukan balik umah mak mertua aku. Aku singgah umah Ucu Abu, pak sedara En. Anuar. Misi utama - projek kerongsang aku lerr...(ni citer lain kayyy). Sampai2 jer, wife dia kata "Ucu kau pegi mancing udanggggg...." Alahaiii. Ni yang maleh ni. Jam dah dekat kul 10. Esok keje. Takpe lah. Sembang2 ngan Ucu Siti dan anaknya Bad yg ensem itu. Aku tak sedar plak budak tu dh besar. Hahahha. Ok. Mengarut lagi.

Dekat 1030 baru la Ucu Abu balik ngan 2 anak daranya. Terbalik ok. Yang bujang duk umah. Yang anak dara ikut ayahnya mancing udang. Whateverrrrr.....dipendekkan citer. Balik aku dibekalkan dengan udang2 yg dipancing itu. Ala2 malu kucing tapi aku ambik jer. Kucing mmg makan udang. Ok. Mengarut lagi!

HASILNYA... malam ini malam Jumaat yg tak membawa makna apa2. Hahahahahaha....

Bahan-bahannya : Cili merah, cili api, bawang, halia sikit


Udang rimau yg belum dimasak digaul ngan kunyit & garam

Gorengkan udang lebih kurang 10 minit (ikut saiz lerrr)
dan masukkan la bawang + cili tadi

Teka mana satu pinggan nasik aku.
Di sebelah udang ialah daging masak merah.
Daun hanya hiasan; bukan untuk dimakan.

SEKIAN TERIMA KASIH. Lepas makan kena basuh kain.