Saturday, October 3, 2009

SEJADAH BERDIRI?


Sebelum tu... aku terjumpa ni. Korang try buat kat sejadah korang boleh? Aku dah try...amik yg keras/tebal sket. Jangan usik2...InsyaAllah berdiri lah ia. Sorry aku bukan nak nafikan apa2. Tapi harap benda2 gini kita terima secara logik dan jangan membawa kepada khurafat. Maha Besar Allah.

Suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan
kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri
secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin,
Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

SELINGAN
Menu :

1. Mee kari
2. Spaghetti (betul ka eja ni?)
3. Kuah durian ngan roti
4. Murtabak sayur
5. Kuey Teow Goreng
6. Lontong

Macam nak pengsan aku masak. Errkkk... yg last tu MIL aku masak. Lom mula lagi aktiviti makan2 nyer. Lepas maghrib. Tu yang lepak layan blog dulu ni.

Harus ker aku update pasal ni? Ok la dari dari takde post langsung..cadangnya nak update midnite nnt. Heheheheh.. ala kununnnn. InsyaAllah.

Friday, October 2, 2009

SEMINAR INTELEK MUDA ASASI 2009






http://www.kesturi.net/archives/1038

Bagi tuan-puan yang berminat untuk membincangkan atau menimba pengetahuan dan idea ttg hasil penyelidikan yang berkaitan Islam dan budaya Melayu, silalah layari laman web di atas untuk maklumat lebih lanjut.


Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 30, 2009

SHARING IS CARING

Aku rayau2 dalam blog bro mazidul. Aku jumpa ini. Bacalah kalau berani. Sumpah pasni aku akan dapat baca post2 atau komen2 suspicious.

Hahahahahah... aku dah tempuh. Korang ader berannnn?

Petikan...

Apakah antara petanda awal suami curang?
Berikut beberapa rumusan hasil perbincangan secara tidak formal selama 45 minit.

1. Membawa telefon bimbit ketika masuk tandas untuk menghantar sistem pesanan ringkas.
2. Berasa cuak atau panik tidak menentu jika isteri secara spontan bercadang membersihkan bahagian dalam kereta.
3. Menyembur minyak wangi berlebihan berbanding kadar biasa sebelum keluar rumah.
4. Mula pulang kerumah lewat pagi dengan alasan bertemu rakan.
5. Menggunakan 2 telefon bimbit, 1 dimati atau disembunyikan ketika berada di rumah.
6. Berkata, “I will call you back” dengan nada sederhana sedangkan tidak sibuk ketika berada di rumah.
7. Membeli cenderamata ekstra ketika pulang daripada bertugas di luar kawasan, 'outstation' dengan alasan, ‘untuk kawan’.
8. Telefon bimbit diletakkan ‘silent mode’ ketika bersama isteri.
9. Memberikan perhatian dan pujian berlebih-lebihan secara tidak semena-mena terhadap isteri.

AWEK HINGUSAN - Episod 5

6.30 pagi.... Ahad.

"Tak balik lagi... sah dalam lokap la ni. Kalau bukan sebab nak balik rumah mak... idak la aku nak try call". Si isteri hati kering kan?

Capai handphone... speed dial nombor si suami. Cubaan ketiga baru bersambut.

"Halooooo...." Suara di sana.
"Ehhh.. saper plak ni? Polis ker?". Dalam hati.
"Halooooo kakak".
"Kakak? Saper ni?". Konfius.
"Ini kakak isterinya abang yaaa?" Suara di sana lagi.
"Adusss... Indon mana plak ni". Dalam hati. "Saper ni yer?"
"Ya ampunn kakak... ini Roni kulinya abang. Abang nya masih tiduran. Kok malam tadi kes nya udah jam 5 baru beressss..."
"Oooo... udah beres kes nya. Sapa yg bikin beres?" Si isteri tiba-tiba jadi Indon jugak. Nak korek rahsia kan?
"Tuan tauke kakak. Abang telepon sama tuan tauke bilang suruh jamin di balai. Kakak nggak tau?"
"Baiknya tauke ko tu"
"Ya udah sama-sama komplot. Sama-sama ada kes atas perut. Loh.. Saya kasihannnnn sama kakak, sama bininya tuan tauke jugak".
"Kes atas perut? Apa tu?" Seriyes 1st time si isteri dengar.
"Nggak tahu? Kes curang-curangan. Ada bini di rumah tapi kerjain orang lain. Saya kasihannnn sama kakak. Udah lama saya mau bilang, tapi ya maklum... saya kan kulinya abang".
"Abis ni sekarang abang nya mana?"
"Sudah tuan tauke jamin di balai... terus aja tiduran. Mau dikejutkan nggak?"
"Boleh lah...." si isteri dah malas nak cakap Indon.
"Aloooo... tunggu la abang balik. Ngantuk la. Nanti siapkan baju. Nak pegi jumpa orang".
"Ehhhh.... aku tak cakap apa pun lagi". Dalam hati si isteri.

-----------------<>---------------------

Sampai di rumah, si suami muka selebet nak mampos. Si isteri siapkan baju seperti dipinta.

"Abang hantar rumah mak awak... pastu abang nak jumpa orang". Alasan standard.
"Janji nak stay sama". Si isteri masih mengharap.
"Dah janji ngan orang la". Jawapan yang dah dijangka.

----------------<>-----------------------

Di rumah mak... SMS masuk di handphone isteri. Dari si suami.

Abang otw. Baby jgn lock pintu. Nak sampai abang call dulu. Luv u.

Haha! Salah sent....

SMS masuk lagi....

Salah sent. Abaikan. Kad ATM abang amik. Nak kuarkan sket ganti duit bos malam td. Kena bayar gak nak settle kat balai.

So... jantan ni kategori haper? Selamba kan?


IKLAN

Tuesday, September 29, 2009

SEBELUM TERLAMBAT THE BIGGEST LOSER - My Version



Konon la kannn.... Amacam? Ader berannn....?


Sekarang nih....

Sebenarnya aku dh lama draft entry ni. Cuma tak sure perlu post ke idak. tapi setelah melihat situasi semasa, aku rasa lebih baik aku post sebelum terlambat.

Aku ade cerita sikit-sikit pasal hal ni sebenarnya dalam one of my previous post. Hermmm... so lepas korang baca entry tu, korang tau la sikit2 kan kesahnya.

Jadi nak dipendekkan cerita, dalam program yg berlangsung selama lebih kurang 4 bulan tu, kami semua peserta2 kira macam bertanding la. So sesiapa yg paling banyak dapat mengurangkan berat badan akan diberi hadiah. Lumayan gak tak silap aku RM500, RM300 dan dan RM200. Aku dan beberapa orang kawan sepejabat dengan bersemangat menyertai program ini dengan tekun walaupun dalam hati tak rasa pun nak menang.

Pada awal pendaftaran kami telah diperiksa oleh pihak urusetia bukan sahaja dari segi berat badan, malah ukuran badan, kandungan lemak, kolesterol, gula, tekanan darah dan juga gaya hidup. Antara aktivitinya ialah ceramah pemakanan, ceramah kesihatan, ceramah aktiviti fizikal, senamrobik dan juga program 10,000 langkah sehari.


Ok..at the end tanpa disangka-sangka, masa final day, aku diumumkan sebagai pemenang kedua dan pemenang ketiga pun salah seorang ofismate aku. 1st place was a guy yg aku tak kenal. Jumlah penurunan berat badan aku dalam masa 4 bulan tu ialah 4.3 kg. Dan yg bestnyer plak, hadiah wang tunai tu ditambah dan aku dapat RM400. Suka betul aku masa tu. Hahahahha... rasa cam sungguh kurus time tu.

Jadi di sini aku (sebelum terlambat) nak bgtau sikit statistik berat badan aku. Alaaa... aku tak kesah sgt pun sebenarnya. Cuma utk mengabadikan kejayaan aku menurunkan berat badan 100% melalui senaman. Statistiknya secara ringkas adalah :

Semasa pendaftaran April 2009 : 70.9 kg
Semasa final end of July 2009 : 66.6 kg
Semasa akhir Ramadhan 18-09-09 : 64.0 kg
Selepas seminggu raya : 67.0 kg

Hahahahahhaha.... hampesss tak? Rasa rugi plak. So skrg tgh start exercise balik. Berganda-ganda gamaknya aku kena skipping (hati-hati kalau nak try terutama pada wanita) sebab nak lawan ngan rendang, nasi impit, ketupat lemang segala bagai. Open house lagiii.... Oohhhh tidakkkkkk!!!!!

Tu pasal la aku taknak amik gambar before and after aku. Huhuhuhuh keciwa woooo kalau turun susah naik senang. Hehehehehehe....

Opppsss sebelum terlupa... AWEK HINGUSAN 5 otw. Hari Khamis nanti..... Jangan lupa tau!