Wednesday, January 14, 2009

.....2009....







Tahun 2009 bermula...1 Januari 2009 aku bertemu dengan 2 orang rakan sekolah - Eralydia dan Intan Shafinaz. Lama jugak aku tak contact diorg, mungkin lebih 5 tahun. Agaknya memang ditakdirkan, sebab diorg berdua memang duk di BBB dan aku pun bakal pindah ke BBB....balik kampung la tu. So malam tu kami lepak kat Bangi Kopitiam, sembang lama gak, cerita2 zaman sekolah, kawan2 lama.. Dalam kul 1030 pm balik; itu pun sebab Era dah ngantuk & anak dia dah ngamuk kat umah.

The next day....2nd January agak mengecewakan. Mood aku nak mulakan tahun baru bekerja, dirosakkan bila rumah aku kena pecah. Tension aku...laptop kesayangan aku hilang, beg dokumen rumah baru dan wallet Encik Anuar. Arrrggggghhhhh....dh la hari tu aku kena out-station g Melaka. Apa pun, mungkin bukan rezeki kami, redha walaupun agak terganggu sepanjang minggu.

Kerja macam biasa...masih lagi dihantui ISO dan audit RU. Aku dapat rasa betapa saban hari aku bekerja di institut ini, semakin kurang motivasi diri aku. Mungkin kerana tidak pernah ada kelainan di sini. Benda yang sama setiap tahun, tiada retreat, tiada benda2 yg segar, dan semakin lama maka banyaklah perkara2 yg akan menimbulkan rasa tak puas hati.

Aku amat berharap tahun ini aku akan melakukan sesuatu yang baru dalam tugas aku. Aku dah penat dengan benda2 remeh-temeh yang tak membantu minda aku utk berkembang. Mungkin tahun ini aku akan mulakan langkah yg lebih drastik dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)....5 tahun bagi aku dah cukup utk menjadikan aku muak dan jelak dengan pengabaian keselamatan dan kesihatan persekitaran tempat kerja aku.