Friday, May 29, 2009

AKU - BAB SATU

Seminggu dua ni aku asik la terjumpa kawan2 sekolah. Disebabkan aku memang terkenal dengan tabiat lost contact makanya aku tak heran la kalau kawan2 aku kutuk aku. Ok la...redha dah mmg aku camtu. Padan muka aku kan?

Banyak benda yang aku dah lupa macam refresh semula dengan insiden2 terserempak ngan kawan2 sekolah ni. Tingkatan 1 -5 kat SMBBB bukanlah zaman yg cemerlang sangat bagi aku.Permulaan sekolah menengah aku dapat tawaran di SMAP Labu, N9 lepas 4A dalam UPSR. Sekolah asrama penuh yg agak top zaman tu (1993) selain MRSM dan Sekolah Sains. Tapi kat situ aku tahan beberapa bulan jer...homesick...kahkahkahkah...Makanya masuk SMBBB form 1 aliran Arab.

Sampai habis PMR aku amik aliran Arab..result ok (kurang sikit dari cemerlang) ada A dan B tapi Bahasa Arab aku D. Padan muka sebab suka kenakan Ustaz ape ntah namanya. Sorry yer ustaz. Sepanjang form 1-3 macam gejala tak berapa sihat yg aku dh buat. Hahahahha...peralihan usia kanak-kanak ke remaja la kononnnnn. Termasuk la lompat pagar, ponteng kelas PJ, skip perhimpunan, conteng kain ngan liquid paper, tak pakai lencana, tak bawak buku teks (terutama BA la...heheheh), conteng toilet sebab mengamuk ngan cikgu...dan beberapa lagi yg aku rasa tak sesuai dipaparkan di khalayak umum. Oiiitttt banyaknyer gejala tak sihat aku buat (sila beri perhatian : environment sekolah aku mmg rock giler masa tu...BBB rocksssssssss).

Naik form 4 disebabkan faktor mengada-ngada, aku mintak kat umi ngan walid nak try sekolah asrama plak. Makanya dengan rasa magic aku mendaftar ke sebuah sekolah di Perak. Kalau aku bgtau mesti org terkejut badak air punya. Sekolah Agama Al-Falah namanya (tak silap aku la). Alamat : Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Aku ingat lagi masa tu walid hantar naik keretapi dari KL sampai Parit Buntar. Sedih la plak....sob sob sob. Tapi disebabkan faktor yg aku sebutkan td (mengada-ngada)...aku cabut selepas beberapa minggu. Bengong tul la kau ni Joy!. Aku ingat lagi time aku cabut tu sama tarikh ngan Gua Tempurung runtuh. Apa nak jd ntah. Nasib baik nyawa ko tak dicabut dlm runtuhan tu. Mengada-ngada.

So akhirnya aku sambung la belajar kat SMBBB terchenta...masuk kelas Prinsip Akaun. Kira ok lah tu. 2 tahun tu mmg zaman semangat remaja aku yg giler + bodoh tgh meluap-luap. Macam2 la aku wat..hal pelik2 termasuk la cinta monyet ngan mat rempit (ape kejadahnya!) Tapi SPM tetap SPM...aku score dgn result tak disangka Pangkat 1 sehingga membuatkan cikgu2 aku konfius...aikkk pakai toyol ke hapa? Elehhh diorg tak tau aku tuisyen pastu wat revision kat umah mcm org mabuk (chewahhhh) sebab kat kelas aku asyik nak wat aktiviti keremajaan jer...kahkahkahkah. Cuma yg peliknya..aku kantoi subjek Prinsip Akaun walaupun aku dlm kelas Prinsip Akaun. Pelik ker....? Tima kasih kat Cikgu yg selalu panggil aku 3 stooges (sebab org lain duk berdua..aku duk bertiga).

Time ni juga citarasa muzik aku jd pelik...sebab aku suka plak layan Metallica, Nirvana, Green Day ngan Foo Fighters selain GnR dan Scorpion. Hehhhhh...siap ngan kaset, baju, conteng2 kat kain sekolah tu....huhuhuhuhuhu. Gilo! So, banyaklah benda yg aku cuba2 buat tp masih terkawal di samping percintaan monyet dengan mat rempit. Adussss......

Suka la plakkkkk....

Tetiba aku suka lak menjawab tag walaupun kekadang takde sape tag aku. Kuikuikui...

Apa patut kita buat jika berdepan dengan manusia paling tak paham bahasa?
- Blah je angkat kaki jgn kawan ngan dia. Jangan kawan ngan org bangang.

Apa patut kita buat jika jumpa dengan manusia yang x reti malu?
- Tak reti malu?...hermmm suh bukak baju suar sumer tangkap gambar masuk dlm blog dia. hahahah...dah tak tau malu.Blog dia la...bukan blog aku.

Apa patut kita buat jika tersepit dengan orang yang perasan bagus?
- Pantang aku nih...konfem nak tgk muka dia pun aku dh tak ikhlas.

Apa patut kita buat jika bersemuka dengan org yang tak reti nak ucap terima kasih?
- Guna balik pertolongan td sbg bahan nak jahanamkan dia...hahahaha

Apa patut kita buat jika tiap kali nampak dia rasa nak sepak jer?
- Sepak je la kotttt....10 kali nampak 10 kali sepak...suker...suker...

Monday, May 25, 2009

Ko ingat aku KESAH sgt? (TAG GANAS)

1. Kalau ko tak penah tolong aku...ko ingat aku KESAH sgt nak tolong ko?

2. Kalau ko ada, menyusahkan aku..ko ingat aku KESAH sgt kalau ko blah?

3. Kalau ko tak reti buat keje...ko ingat aku KESAH sgt kalau ko bg aku keje?

4. Kalau ko blur 24 jam...ko ingat aku KESAH nak bg ko paham lagi 24 jam plak?

5. Kalau ko tak tau nama penuh aku...ko ingat aku KESAH ko idup ke mati?

Pas ni aku tag org wat pertama kali.

Siapa? Ade aku KESAHHHH?????????
- Semua yg baca post ni -
Nama adik-beradik kitorg...

1. Zahratun Nur
2. Mohd. Nurul Ikhwan
3. Zahratul Firdaus
4. Mohd. Nurul Ehsan
5. Mohd. Nurul Amin
6. Zahratul Husna
7. Mohd. Nurul Huda

bin/binti Yosminar.

Firstly... cuba la pikir2...ada ke nama sesape sama ngan nama ayah akak.Secondly...peratikan nama adik2 lelaki akak semua ada Nurul, yg last siap Nurul Huda lagi.Thirdly...Yg no. 3 tu, pompuan..tp org kata Firdaus tu nama lelaki.Hermmm tak pelik pon.

Pembetulan pada post yg lepas...no. 6 Zahratul Husna (camner leh tertinggal) hahahahaha... Tima kasih Ida.