Thursday, April 17, 2008

TEROWONG MASA




Sehingga banyak yg berlaku...tiada satu ketika pun masa terhenti melainkan bg yang sudah terpisah nyawa dari badan.Namun yang terus mendatang ini semakin pelbagai.




Kisah Sufiah si genius matematik yang kecundang maruahnya (malang ia digemburkan oleh media barat), adik Sharlinie yang masih entah di mana (sudah hambarkah pencarian?),politik negara kita yg bergolak apabila yg kalah tak keruan,yang menang tak ketahuan dan timbul pula kisah sumber makanan ruji rakyat malaysia yang naik harga (pokok padi,bukan pokok beras!).



Dan AF sudah masuk konsert ke-5, aku masih tertunggu-tunggu X-factor seperti zaman MAWI dulu.Mama Rina?Ntah...itu bukan X-factor.Itu cuma sedikit keberuntungan kerana usianya dia masih berpeluang berada di akademi.Minat?Taklah...aku bukan minat sgt AF, cuma tak salah kalau menonton.