Wednesday, May 1, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA KAWAN-KAWAN

Jika dalam Bahasa Inggeris Hari Pekerja ialah Labour/Labor Day yang maknanya ialah Hari Buruh. Setahu aku, tak pernah lagi dengar Employee Day atau Workers Day.

Apa pun...semoga kita semua menikmati kerja kita dengan sepenuhnya, sebelum kita menikmati gaji kita di hujung bulan.

Gaji kita takkan pernah cukup kalau tak pernah memberi, asyik menerima. Gaji aku sebulan yang tinggal berapa sen aje tu, pun masih bukan milik aku sepenuhnya. Tapi setakat ini Alhamdulillah, masih mampu beli biskut sebalang dua buat dikongsi dengan orang lain. Sekali-sekala beli nasik lemak untuk kawan-kawan...tak payah tunggu gaji. Nak belanja orang tak perlu bersebab, asalkan ikhlas. Terima kasih lah kepada si pemberi gaji iaitu majikan...dan terima kasih yang paling agung kepada Yang Maha Pemberi Rezeki, nun di atas sana.

Semua pekerjaan dalam dunia ni, disusun dengan cantik olehNya kepada yang berhak untuk berada di tempat masing-masing. Ada nikmat diperolehi oleh orang kafir, orang yang kufur, orang yang jahat, penyamun yang kaya, pemerintah yang tidak adil, pemimpin yang takbur, orang atasan yang riak, pekerja yang berkira. Nikmat Istidraj...untuk menguji sejauh mana kekufuran dan kebongkakan sehinggalah diturunkan bala. Tambah pula dengan pekerja yang rasa dirinya adil, rajin, hebat, alim, suci, berilmu tinggi yang amatlah mendambakan penghormatan.

Tahniah kepada para pekerja di luar sana. Kita yang tentukan kita di mana. Tak kisah tanggagaji anda di takuk mana.

Oh ya...jangan lupa juga..org gila takkan mengaku gila...jadi sepatutnya orang hebat takkan mengaku hebat. PERASAN namanya.








Dan juga...jika kita mempunyai pekerjaan mulia seperti di atas, janganlah berperangai seperti pekerjaan di bawah. Hina sangat rasanya.



Sebagai pekerja, ada seorang yang aku betul respect dalam diam (respect yang bukan diminta-minta). Humble and down to earth dengan gaya tersendiri!

http://www.ukm.my/news/index.php/en/component/content/article/592-ukms-kampung-a-small-town-girls-shine-among-winners-of-tun-suffian-awards.html