Semoga dipermudahkan semuanya. AMin.
Saturday, May 21, 2011
Friday, May 20, 2011
Nur Kasih the movie
Ok...banyak lah blog yg wat review filem ni. kalau fokus baca setiap review tu, nescaya sampai ke tahap kita tak payah tgk wayang dah.
Aku nk tunggu kuar tv je. Astro First ker...raya ker...mana2 lah. Aku adalah org yg tak-tgk-muvie-kalau-dah-tgk-drama bersiri. Serupa juga filem Lagenda Budak Setan. Sebab aku dah baca novelnya, aku malas la nk tgk drama siri dan movie nya. Rasa cam basi (walaupun katanya garapan lebih bagus, cerita berbeza...bla..bla...bla...)
Dan kelmarin aku dah menjahanamkan Ops Bajet sebab telah tak sengaja(?) mendepositkan sebijik sunglasses Baby Phat dari PrincessVictoriaStylo. Dah lama minat dgn brand ni (ke sebab aku minat Kimora?) makanya disebabkan barang2 lain adalah amat lah mahal makanya aku rasa sunglasses ini berbaloi lah kot? Lagipun spek itam Levi's aku dah ntah mana ku letak. Tak jumpa dah (alasan?).
Hahahaha...buang masa lagi melayan handbag. Ngokkksss!
Wednesday, May 18, 2011
Pantun Panas Cuaca
Cantik manis wangi berbedak
Selempang bunga di atas bahu
Sayang hendak kasih pun hendak
Ajak bermanja kenapa tak mahu
Buah kerdas buah geduak
Nama lain tapi seregu
Panas cuaca hujan tak luak
Panas di hati terasa ragu
Tuesday, May 17, 2011
Pinky dooooo
2-3 hari ni aku bergelumang dengan warna pink. Cantik sebenarnya pink ni, tp disebabkan aku bukan pinky, so aku rasa cam adoyaiiiiii pink nyerrr....
Gambar penuh lom boleh tunjuk, sebab majlisnya belum lg. Ini pun hasil yg raw, belum diperhalusi lagi (waahhhhh....kelasss kan gitew). Anyway, semoga idea datang lagi dan lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)