"Sial! Apesal tak angkat phone ni...!" Baby terus menekan-nekan button redial. "Tido ngan betina tu la tu!". Jam dah hampir 12.00 am. Janji pukul 10 nak datang. Bilik karaoke kat Yow Chuan Plaza tu dah booking dari semalam. "Issshhhhh.... tensen betul la!" Baby terus tak keruan.
Di sini...
Si isteri terjaga dari tidur. Telefon suami berdering-dering. "Ehhhh.... pelik. Selalu silent. Ni apesal lak berdering-dering pepagi buta ni." Deringan ring tone lagu 'Teman Tapi Mesra' tu terus berbunyi. Ring tone tak matured langsung! Nampak sgt ring tone pun perempuan lahanat tu yg setting. Tak seminit selepas tu, bunyi sms masuk. Dalam kemalasan, si isteri capai handphone itu.
Sms masuk...
<>
"Aikkkk... dia gelar aku betina? Tak guna punya budak kecik! Dah laki aku, tido ngan aku la." Si isteri mengutuk dalam hati. "Sukahati call laki orang pepagi buta ni. Patut la tak silent, takut tak dgr call rupanya".
Telefon berdering lagi.... "Arggghhh... malas aku nak layan!" Missed call.
"Bang... bangun...ni mana punyer lahabau call pagi2 buta ni". Amik kau... geram dah ni.
Si suami terus bangun seperti baru terjaga dari mimpi ngeri. Memang ngeri la niii.....
"Saper?" Cheehhhhh... buat-buat tanya. Hampeh!
"Ntah anak saper ntah tak reti bahasa ngacau org pagi2 buta ni! Sekolah tak abes la tu!" Gerammmm!!!!!
"Naper angkat?" Aikkkk....?
"Mana ader angkat! Dari td memekak pastu sms lagi...missed call lagi. Kemaruk sangat ke hapa!"
Telefon berbunyi lagi. Si suami ambil telefon.
" Helo... haaaa... tau. Abang tertido. Sori la b."
>>>>>>>
"Mana ada... abang tido bilik lain la."
>>>>>>>
"Abis nak pegi ke tak ni?"
>>>>>>>
"Kita lepak je la... tempat biasa. Abang amik jap lagi"
>>>>>>>
End call.
{perbualan di atas dlm nada berbisik. "Macam aku tak dengar!" Si isteri}
Si suami bergegas bersiap. "Abang nak jumpa orang jap"
"Orang ke pontianak harum sundal malam" Si isteri tembak sedas.
"Merepek la.." Si suami balas sambil sembur perfume kat badan.
"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..." Tembak si isteri lagi.
Si suami terus keluar. "Baby" sedang menunggu. Si isteri; "Kalau lah ku tahu siapa "baby" tu. Patut lah tido malam mengigau sebut baby... baby sundal rupanya".
------------------------- <>---------------------------------
Jam 3.00 pagi.
Telefon si isteri berdering. Nombor tak kenal.
"Assalamualaikum"
"W'salammm. Saper ni?
"Puan, saya buat panggilan dari Balai Polis Kelana Jaya. Saya nak tau, En. XY ni suami puan ke?"
"Ye... betul lah tu. Kenapa tuan?". Lahhhh...ape kes plak ni.
"Maaf puan. Kami operasi dengan pihak JAIS. Tangkap suami puan berdua-duaan dengan seorang budak bawah umur dlm kereta".
"Kat mana?"
"Taman Tasik Kelana Jaya. Jadinya kita perlukan seorang utk jamin En. XY ni. Jamin mulut jer. Sebab dia dengan budak bawah umur. Budak ni mak dia dalam perjalanan. Maaf terpaksa hubungi puan. Suami puan yg bagi nombor ni". Polis tu pun cuak.
"Cakap kat dia, saya pun mintak maaf. Pandai2 lah dia settle. Kalau takde org nak tolong, tuan masukkan je dalam lokap. Saya nak tido!".
End call.
-----------------------------------<>---------------------------------
"Suka hati la... malas nak layan. Jangan kena cekup sudahhh..."
Doa orang teraniaya itu makbul.