Saturday, April 2, 2011

Pantun Janji Berbudi



Pergi menjerat si burung kedidi
Kedidi hinggap di tengah titi
Kalau hendak dikenang budi
Biarlah ikhlas di dalam hati


Beli benang di hujung pekan
Jahit jala dalam perahu
Suruh canang saya canangkan
Suruh tipu saya tak mahu


Saya kalah tuan yang menang
Ganjaran tiada balik berlenggang
Janji saya tuan yang kenang
Janji tuan saya yang pegang

Friday, April 1, 2011

Pantun Malaysia Tanahairku III


Meliuk-liuk api pelita
Susunan orang di atas para
Perlis letak di hujung peta
Indera Kayangan sempadan negara


Keropok lekor kiriman kawan
Sedap rasanya hai berkenan
Pasar Payang jadi tumpuan
Songket Trengganu indah tenunan


Pulau Pinang si Pulau Mutiara
Tempat anak mami jelita
Nasi kandar membuka selera
Sedap karinya tidak terkata

Cincai

Ari ni last day keje. Eh...bukan. Aku blom pencen lagi. Lagi lebih kurang 27 thun lg baru aku pencen. Tahun 2035. Masa tu mungkin dunia dah kiamat. Tapi mungkin esok pun dah kiamat. AKu kata MUNGKIN. Mungkin maknanya, kita tak tau. Apa2 pun boleh jadi.

Ye keje gomen mmg camtu. Ari Jumaat suka, ari Senin dukalara. Katanya makan gaji buta kan (aku ke?)

Esok Sabtu. Ada projek baik punyer ngan En. Anuar. Malam ni tak tau lg. Aku citer ESOK. Ishhhkkk... I tak suker taw ulang-ulang taip.


Ada perasaan nak beli kasut dan baju. Sebab hari Ahad nak g Langkawi (lagi). Ape motif nak g Langkawi kena beli kasut dan baju? Aku je tau perasaan tu. Saper2 nk kirim gamat aku taknak layan. Lenkali kirim ar air dari perigi tu sebotol dua. Oh aku plan nk tgk wayang jerr kat sana. Tgk ....dalam botol. Ape yg .....? Anu lah! Itupun nk kena bgtau.

Td dah selongkar google panggung wayang kat Langkawi. Ada satu, Cineplex kat Kuah. Belasah je la.


Tuesday, March 29, 2011

Pantun Malaysia Tanahairku II



Ikan patin tarik pengunjung
Endau Rompin cantik menawan
Pahang terbesar seluruh Semenanjung
Flora faunanya tidak terlawan


Hebat Tuah berbudi luhur
5 saudara bukan momokan
Melaka bersejarah kotanya masyhur
Maju sudah igauan bukan


Terbang tinggi burung kenyalang
Melintas awan cari buruan
Negeri Sarawak etnik berbilang
Lambang Malaysia satu paduan

Sunday, March 27, 2011

Pantun Malaysia Tanahairku


Kuala Kangsar tempat menyinggah
Singgah membeli sangkar tekukur
Utaranya indah selatannya megah
Sepanjang highway rasa bersyukur


Dari teluk hingga ke tanjung
Subur ketapang berpohon-pohon
Pantai Timur tumpuan pengunjung
Barat maju sepanjang tahun


Masak bubur penuh sebelanga
Hidangan makan sedap rasanya
Tanah Serendah Sekebun Bunga
Itulah dia Kelantan negerinya


Cincin emas gelang suasa
Cucuk sanggul cantik bergaya
Kedah makmur membangun sentiasa
Jelapang padi seluruh Malaysia


Mana nak cari si keris lama
Adakah disimpan oleh putera
Darul Takzim Johor bernama
Maju makmur membangun sejahtera


Meliuk-liuk api pelita
Jadi penyuluh tika berdansa
Negeri Sembilan negeriku tercinta
Menjulang perpatih beradat bangsa


Bersambung...................................