Aku berjalan-jalan dalam FB pepagi buta td...ok..aku FB dan blog time keje. Hari ni Jumaat. So?
Aku jumpa ramai kawan2 sekolah. Ye la mmg tu la fungsi FB ni kan. Selain Farmville dan Cafe World dan buat kuiz2 bangang yg result tak best taknak publish. Wakakakaka..... Ok FV aku dah level yg membanggakan. Cafe aku pun dh semakin maju.
Bila terjumpa profile kawan2 lama...aku terpaksa recall balik sape diorg masa sekolah dulu. Ade budak sekolah rendah, budak sekolah menengah. Dan ada perangai2 tertentu yg membuatkan aku akan ingat dgn jelas pasal diorg ni.
Ramai gak kawan2 aku. Dan disebabkan aku ialah kategori minah "lost contact", maka aku tau diorg thru FB jer. Takdok la tukar2 e-mel address; no. hphone apatah lg. Cerita pasal kawan ni, mmg banyak hal. Yang takde hal langsung pun ada gak. Bagi aku; ciri2 seorang kawan yg baik (a good friend) adalah berbeza dengan ciri2 kawan baik (best friend).
Aku bukanlah jenis yang suka telefon org tanpa sebab musabab. Kalau setakat nak tepon tanya dh makan ke belom...ape khabar (padahal semalam baru jumpa) atau ayat femes - Aper citer..? boleh lupakan je la. Bukan keje aku tepon kalau takde hal. SMS pon lom tentu. Masa sekolah dulu, aku ada sorang kawan yg horror giler. Nak makan sama-sama...balik sekolah sama-sama...keluar sama-sama...geli la weiii. Dah perut ko lapar ko pegilah cari makan. Aku lapar aku cari makan sendiri! Perggghhhh!!!!! Balik umah masing2 pon nak sama2. Pelik la weiiihhhh.
Pastu ade sorg lagi kawan ni. Kalau weekend aku kuar mana2....mesti bgtau dia. Pastu kalau aku tak bgtau, wat muka macam sial! Apa jadahnya aku nk hadap ko tiap kali aku nk beraktiviti. Ingat aku songsang ke hapa! Tapi bila time dia keluar...boley la senyap2...siap cover line plak tu. Ingat aku terliur nau nak kuar ngan dia.
Satu lagi kawan...ni dah tua bangka sket. Masa aku study...ingat dah tua2 ni tak jumpa dah manusia singkat akal camni. Dah la suka kirim mknn kat org lain. Pastu banyak cengkadak...nak lauk ayam taknak peha, nk wing jer, ikan kembung goreng nak yang garing jer...sambal belacan yang kaler ijau taknak, mesti yg kaler merah. Pastu sayur campur, kalau ade campur ikan bilis, taknak. Kalau boleh nak sayur bayam tp nk bayam merah jer. Air plak nk fresh oren, kurang manis, kurang ais. Korang sanggup amik order camtu? Pastu plak dia senang lenang membangkai kat hostel. Lagi satu menambah panas...makan tak abis. Cakap tak selera plak. Sambal belacan tu aku sumbat dlm telinga la gamaknya.
Aku tak paham dengan manusia jenis camni. Dah ade kawan yg sikit punyer baik wat kawan mcm balaci. Ke sana-sini semua harap kawan. Pastu kawan wat salah sikit hangin mcm pontianak tak dpt darah. Emo tak bertempat mcm org kuasa nk layan dia nyer emo. Dia wat salah? Wat ala2 muka diva, cam org lain takde perasaan. Tolong la weiii....ko ingat ko sorang jer kawan aku? Harap2 diorg ni dh berubah la.
Dah umur skrg...ada gak sorang dua yg aku jumpa perangai mcm ni. Tp aku dh lama buat batu je ngan diorg ni. Tak kuasa nk layan la weh. Matang la sket!