Ini adalah makanan dan minuman yg aku selalu ingat sepanjang bulan puasa. Aku ingat sentiasa tapi aku dah tak kuasa nak makan. Muak!
Aku ade kisah tersendiri pasal dua mende nih...lebih spesifik air ribena dalam botol ngan roti sardin gardenia.
KISAHNYA
Ramadhan 1424H jatuh pada bulan November 2003. Masa tu aku baru kawen dalam 5 bulan kot. Keje kerani kontrak di kolej dan duk di rumah mak mertua di PJ. Sape sangka tempoh 5 bulan kawen yg org anggap honeymoon; tambahan pulak 1st time puasa as a wife adalah satu kesah yg sumpah aku takkan luper. Time tu gara-gara sorang awek budak hingusan, aku kehilangan hak sbg isteri (perrggghhhh....ayat drama terpaksa digunakan kerana citer ini mmg penuh drama). Apa yg berlaku akan aku reveal satu masa nnt. Sebab yg aku nak citer ialah pasal roti sardin gardenia dan air ribena sahaj. Hahahahahaha.....
Yerrr...aku berulang dari PJ setiap hari, begitu jugak time bulan puasa. Pagi En. Anuar akan hantar ke opis...dan petang aku akan redah perjalanan dari opis ke Stesen Komuter Serdang. Amik tren yg mmg crowded amatttt....selalunyer aku mengalah jerk. Tak kuasa aku nak bersumbat-sumbat. Sampai KL Sentral selalunya dekat 600 pm. Spt mana skrg, komuter mmg selalu delay mengalahkan flight AirAsia yerrr....tetambah plak kalau peak time. Dari KL Sentral aku patutnya amik tren ke Pelabuhan Klang (yg sekali lagi amattt lah sesak)...dan pastinya aku takkan sempat sampai di rumah sebelum azan maghrib.
Jadi ape kesahnya? Ada yg tanya kot apesal En. Anuar tak amik dari opis....hehhhhhhh! Masa tu konpem la dia sebok dating buka puasa ngan awek budak hingusan yg aku katakan td. So daripada aku terkejar-kejar bersesak dalam tren, baiklah aku buka jer kat KL Sentral tu. Kalau balik buka pun, bukannyer laki aku ada kat umah. Buat sakit ati akak jer kannnn....
Bila berbuka di KL Sentral...I'm all alone dalam khalayak yg ramai itu. Ok jer...tenang sket pala hotak aku. Dan itulah dia dua benda yg mengalas perut aku setiap kali buka puasa Ramadhan 1424H. Air ribena dan roti sardin gardenia yg aku beli di 7Eleven; sampai budak cashier tu panggil aku akak ribena (seb baik laaa...dari panggil akak sardin). Beli, aku duk di sudut luar depan surau KL Sentral pas makan terus Maghrib. Dan kemudian barulah aku teruskan perjalanan naik tren balik umah dan selalunya paling awal aku sampai 830pm dan En. Anuar masih berdating.
So sampai skrg aku akan sentiasa ingat rasa air ribena dan roti sardin gardenia nih. Dah jadi macam simbol merana bagi aku (mamposss aku kalau dua2 kompeni nih take serious mende nih). Dan tiap kali aku nampak org makan dua mende nih, aku selalu terpikir. Diorang pun cam aku gak ker?
Nantikan entri awek budak hingusan tak lama lagi. Aku tgh draft sbb ada unsur2 emosi melampau dan carutan tanpa batas. Giler2 aku kena edit nih. Anggap la cam siri baru KISAH TAK BERTAJUK yg lepas. Kot la aku leh lawan ngan skrip Nur Kasih kuikuikuikui. Heheheheh...kalau nak tunggu; tunggu laaa. Aku tak suh pun.
SEKIAN.
PEACE