Aku mencuri masa hari ni untuk wat post selepas sekian lama. Dua minggu lepas aku MC on Thursday disebabkan period pain yg disebabkan/menyebabkan ovari membengkak (kritikalnyer kunun...). Jumaat hingga Isnin aku bercuti pula untuk uruskan rumah baru (alhamdulillah selesai gak akhirnya). Selasa masuk kerja terus kursus HIRARC hingga Khamis dan Jumaat cuti Hari Pekerja. So hari ni lah aku betul2 berada di pejabat.
Urusan kunci rumah aku selesai pada 24 April 2009 (Jumaat). Akhirnya apa yg menyesakkan kepala otak aku settle jugak walaupun dah berbulan menunggu. Disebabkan terlampau lama menunggu, aku dan En. Anuar tanpa berlengah lagi terus membersihkan rumah pada hari tu jugak. Hahahahahaha.......semangat gile! Petang plak Fairuz datang tgk2 utk buat wiring lampu dan kipas (thank you arrrr...bil nnt settle...heheheheh).
Sabtu dan Ahad, aku habiskan masa mengemas apa2 yg patut di rumah Serdang. Mujurnya sebab aku dh packing awal2 (awal2 giler...hehehehhe). Maka yg tinggal beberapa barang je lagi. En. Anuar yg terlebih bersemangat tu plak nak angkat kotak2 dan apa saja yg boleh guna kereta. Dan weekend tu aku asyik ulang-alik Serdang-Bangi mengangkat barang2. Barang tak banyak sebab aku duk umah sewa full-furnished, so perabot masih di kedai perabot.
Last weekend, on Labour Day hampir 90% brg2 (atau pun kotak2 sebenarnya) dah diangkat ke Bangi...Tapi pagi tu kitorg tolong Angah pindah umah sewa baru; umah teres plak. Eloklah tu sebab si Najwa Fariha tu mengganas semacam je skg ni. Dan disebabkan lampu dan kipas dah functioned maka aku pun bermalam di sana since Khamis.
Sabtu memang meriah giler...sebab dari pagi adik-adik aku menyebok jer kat umah aku; sebenarnya sepanjang minggu tu lagi. Kejap2 ade je terpacul muka diorg. Petang Sabtu, mak & abah, Kak Jijah satu family ngan Abg Karim datang plak....sebelum tu diorg pegi kenduri dan jenguk rumah Nan (dia pun pindah umah sendiri gak). Mak ngan kak Jijah plak sebok la kata budak2 nih (anak2 dia & abg karim la) kalau kat umah Nan mati kutu, tapi kat umah aku siap mandi2...tido2 lagi. Hehehehehe...Ala aku tak kesah...budak2 mmg la lasak dan comot. Kalau kotor umah aku tu, nasib la kannnn....no hal punyer!
Umi bg present almari dapur, aku amik je la. Terima kasih bebanyak...tghari Sabtu tu kedai hantar. Malam plak Cavenzi sampai (tq to bdk delivery - Indian guy bernama Boy sebab sanggup wat delivery kul 11 malam). Barang2 besar dari umah Serdang pun sampai that night (thanks to brader Lan dan lori pianonya...heheheeh - kimsalam kat cikgu Sham).
Ahad; aku cuba mengemas apa2 yg mampu. Target aku sehari satu kotak tapi semalam aku dah selesaikan 3 kotak. Kena wat camtu sebab malas nak amik cuti dah. Ala ok je sambil2 tgk Astro takde la penat sangat.
Jadinya sekarang aku kembali duduk di kampung halaman aku....hahahahahhahahaah...pusing2 asyik jumpa ex-schoolmates, cikgu2, jiran2 lama dan kawan2 lama. Raya takyah sebok nak balik2 kampung dahhhhhhhh................
Umah aku : x-x-x BLOK D, Jalan 5C/5, Bandar Baru Bangi
Umah parents aku dan alamat IC aku : xxx, BLOK D, Jalan 6C/2, Bandar Baru Bangi
Patut masa beli rumah tu rasa cam familiar je alamatnyer....
Dejavu