Ok. Aku adalah orang yang tak tau merajuk. Selalunya kalau aku tk suka aku terus marah aje. Tapi memang susah sikit aku nak marah. Kat sapa2 pun. Selalunya nak elak sukahati marah orang, aku buat bolayan aje. So jauhkan diri dari punca kemarahan.
Tapi itu kalau aku boleh jauhkan diri dari punca kemarahan...kalau aku boleh bolayan. Tapi kalau dua2 tu aku gagal, maknanya aku kena marah gak. Marah aku stylenya senang je. MENGAMUK aje terus. Straight to the face. Settle cepat. Direct. Takde kias-kias, sindir-sindir. Body contact aku pantas gak. Kadang2 tak sedar aku sepak orang. Serius. Kan? Ko tak caya ek.
Aku suka main game marah-marah dan cari pasal ni. Belajar dari pengalaman. Firstly, kene tau kelemahan lawan. Macam mana? Kene pegi tempat diorg berlatih dan bermain. Misalnya kalau ko nak lawan bolasepak, ko pegi tempat lawan ko training. Atau pegi lawan kat tempat diorg, padang diorg. Study betol2.Baru ko tau apa nak buat kan? Logik. Secondly, kalau nak melawan, ko kene main sekitar tempat diorg mulakan game. Maknanya kalau fight kat padang A, ko kene melawan kat padang A gak. Ko play all out kat area diorg aje. Tak kisah kalau kalah. Sebab yg penting diorg tau ko berani main kat tempat diorg.
Jadi, bagi orang2 sekeliling aku yg tak pernah nampak situasi perenggan pertama tu, maknanya aku lom penah marah lah tu. Maknanya korang baik ngan aku. Marah ni perangai syaitan kan. Jadinya dah la perangai aku mmg tk berapa nak malaikat..kalau boleh nak la elak perangai syaitan ni. kalau setakat aku tak puas hati sikit2...takde la aku nak mengamok. Standard la manusia mana penah puas hati.
Konsepnya mudah je kat sini. Kalau aku marah, nape aku akan straight to the face? Sebab setakat ni aku tk pernah lg ade kawan pembunuh. Jadi kalau marah pun, nk lawan takkan ko nk smpai bunuh aku pulak. Tapi kalau mati kene bunuh pun, aku puas hati kot? Ko penah ada fantasi; marah gile...sampai membunuh tapi gasakla masuk penjara pun asal aku puas hati. (ok ni pengaruh novel FIXI! psiko sudah..)
Wah hebat sangat lah kan ko nak ngamok2 ngan orang??? Ok. Ko kene pikir balik. Marah tu kan perangai syaitan. Syaitan kalau dah masuk dalam badan, ko ingat ko sedar? Tu lah masalahnya. Ko kata ko kuat iman pun, ko ingat lagi sejarah IBLIS, Kisah buah khuldi? Menghasut tu keje syaitan. Manusia plak jangan berlagak sangat kata imannya kuat, syaitan akan gagal. Ko manusia biasa kan? Aku pun.
Dalam game ni ko jangan harap ko menang selalu. Ko mesti akan kalah gak. Kadang2 org lain lagi player dari ko. tapi selalunya aku akan pastikan, kalah pun aku puas hati kot. Cuma bodohlah kalau menyerah sebelum kalah. Lawan bagi habis. Kalau boleh satu dunia tau, bagitau aje. Alahhhhhh bukan selalu ko jadi kepoci kan?
So friends...ingat ye. Kalau ko nak main ngan aku kat real life, boleh. Kalau nak main kat FB, pun boleh. Choose your track. Start your engine. Wa tada hal. Kalau nak rasa, silakan. Kita sama2 rasa. Ko nak tau macam mana malunya ibarat kalau ko kene tangkap khalwat pastu 999 rakam amek gambar ko kuar TV3?
Hahahaha. Alah jangan lah takut. Aku tengah karang novel je.