Saturday, January 16, 2010

ENTRY HUJAN yg TURUN BUKAN BAGAI MUTIARA

Hari ini hujan di sini... mula dari tengahari td hujan panas hinggalah ke petang. Jam 430 pm dah mula lebat. Membawa kepada agak keributan.

Bila hujan, sejuk. Bila sejuk aku malas nak mandi. Mujur hari cuti. Kemas rumah, basuh kain baju, masak bla...bla...bla.... macam biasa (tak perlu update ok).

Aku tak tahu orang lain. Tapi aku dah tak mampu berhoye-hoye jimba-jimba di hari minggu. Selain sudah tak tau nak ke mana, poket agak mengekang. Arggghhhh...lupakan itu. Kan konsepnya mudah. Ada duit jalan...takde duit duk diam-diam. Memang sudah direncanakan, setahun dua selepas duduk rumah sendiri, ongkosnya jgn ditabur-tabur sesuka hati. Payslip dh hampir separuh dicantas. Hahahahahaha.....

Ok..apa pun, hari2 yg esok akan terus datang. Yang semalam sudah lepas. Hari ini aku rasa lebih suka dari semalam. Mujur masih bernyawa kan?

Ok aku dah mula melalut. Perlukah mula minum Nescafe sambil layan cerita Tamil bersama En. Anuar?

Arrrgghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aiskrim 1Malaysia

Korang pernah makan aiskrim Malaysia? Atau lebih dikenali ngan aiskrim seposen? Aiskrim ni dalam plastik panjang yg hujungnya diikat simpul. Perasa faveret ialah milo, asamboi, sirap. Kadang2 ader gak oren atau sarsi bergantung pada stok makcik aiskrim tu laa... Aiskrim tu harganya seposen masa aku sekolah dulu. Skali dapat rasa cam dapat Cornetto Royale perghhhhh sedap giler tambah otw balik sekolah jalan kaki. Pesaing aiskrim ni plak namanya aiskrim pop. Harganya dua posen. Bezanya, aiskrim pop ni dalam plastik panjang, tgh2nya ade plak cam curve. Kat situ la kita patahkan kuar bunyik pop! Ni keluaran kilang kot...sebab banyak jual kat kedai runcit jer...perasa lagi banyak la. Ada anggur, buah2 campur, oren... Tapi apa pun, aiskrim Malaysia seposen gak yg jadi pilihan aku dan kawan2 aku. Selain dari harganya seposen, kalau dapat yg rasa milooooo...memanglah syiok giler. Walaupun antara penyebab baju ngan tudung jd kotor, kena marah, sakit gigi...tapi tetap jd pilihan di kala ada duit seposen dalam tangan. Dah apesal aku nak citer pasal aiskrim ni plak? Sebabnyerrr........











Mula2 nak letak gambar 1st ni jer...tp En. Anuar kata cam lucah.
Tang mana ek? Hahahahaha...

Petang semalam balik keje, singgah kat satu gerai burger. Beli burger la kan...takkan nak beli kelapa parut plak. Pastu kat sebelah gerai tu ada satu table letak tong aiskrim ni. Hahahahah.... lama giler dah aku tak makan aiskrim ni. Beli dua, aku milo dan En. Anuar asamboi. Tapi harga dah dua posen, kecik dan pendek sket. Makin kecik makin mahal? Huhuhuhu... Masa amik gambar, budak burger tu kata.."ala kak aiskrim tu pun nak amek gambar ker?" siap sengeh2 lagi. Oiiitt sukati aku la....ni aiskrim lagi dua tiga tahun dah jatuh kategori pupus tau.


Wednesday, January 13, 2010

KISAH MAGGI GORENG KU

"Abang nak makan megi goreng boley?"
"Okey".....

Aku kan solehah.

Wakakakakakaka.....

The Biggest Loser Asia


1. Injured
2. Tarik diri
3. Ambulans
4. Sakit
5. Mengamok
6. Hospital
7. Merajuk

Tu je lah yang aku dapat tgk. Orang2 Asia memang lemau ke haper? Tak semangat langsung.

PEACE

Tuesday, January 12, 2010

DENDAM YANG AKU MAHU

Ada dendam dalam jiwa
Kalau mengalah kalah menempik parah
Bersuluh biar jumpa yang indah
Dalam gelap jangan dipaksa sinar
tenggelam terus lemas tanpa hela nafas

Aku panas
Tiadakah angin menghembus sisi hatiku
agar padam kesumat tak ketahuan ini
Kau tahu aku aku tak pasti kamu
Mengapa sulur kasih itu padam
pudar terkakis membelah nurani yang suci
Mengapa tidak kekal sayang
menitip rindu yang tak kau akui

Dendam aku bukan satu
ada seribu
Tegarkah kau mencari lagi kasih dalam jiwaku
Kau mahu aku tahu

Dendam aku bukan satu
ada seribu
Namun di akhir masa
kau juga yang aku mahu
---------------------------------------------------------------

..................Emo melanda jiwa....................

Monday, January 11, 2010

IT'S DINNER TIME.....

Kari daging, sambal belacan dan terubuk masin + bendi goreng ngan telur

Dinner di rumah la weiiii...Masih lagi dalam mood main masak-masak. Masak biasa je pon. Tapi En. Anuar ajer yg makan. Aku? Hahahahahaha.......cuba mengelak kunun. Tapi satu kali suap jugak laaaa kena try; En. Anuar suapkan. Romantika gitewwww. Pastu aku lari masuk bilik ngadap pc supaya aku tak mencapai pinggan dan mengisi pinggan itu ngan lauk-pauk di atas itew. Akhirnya abes gak terubuk masin yg Ita bg. Heheheheh...


New Year Giveaway


Wakakakakaka...giler contest dah aku nih. Adakah ini aktiviti tahun baru aku? Kali ni aku join contest dari blog http://orkedanza.blogspot.com. Manakala hadiah2nya pulak ditaja oleh http://aleiany-collection.blogspot.com.

Hadiah2nyer sangat best okey everybody!!!!! Baguz betul blogger ini contestnyer siap ada sponsor lagik. Kalau bertuah...teringinnnnn nau aku ngan set Lavender tu. Wangi2 gitewwww.... Ala kalau dpt yg lain pon okey jerrrr.

Anyway, mari la mari...join sekali!

AlmariAdel - New Year Giveaway



Wahhh...harus aku tetibe aku rajin join contest. Hahahahhaa....So contest ni aku jumpa dari blog ini. Hehehehe... aku tertarik ayat pada profile blog owner - "I'm a wifey cum sexytary to my belurrrved hubby"... I like the word sexytary.

Anyway, kepada anda semua, join la entry yg mudah ini. Suka-suka membawa ceria...hihihihi...

Sunday, January 10, 2010

Malas Nk Pikir Tajuk


Ahad dah... Cuaca cam tak berapa nk stabil. Kejap2 cam nk ujan, kejap2 panas terik. Aku? Melawan sakit cik peot dari semalam. Tak ke mana pon. Tak kuasa aku dlm dengan perut memulas-mulas ni. Pagi semalam, awal2 pagi buta aku ngan En. Anuar pegi aerobik kat Taman Tasik Cempaka. Asalnya nk jogging tapi tgk ade aerobik, so aku join ler. Hahaha kunun pasni nk join every week.

Malam ni En. Anuar ajak g AJL. Arrrrgghhhh...cam best, nak pegi. Tapi malas mengatasi segalanya. So aku let go la my ticket...pass to his friend so that his friend could ask someone else. Takpe lah...sok keje. Aku malas sket nk kuar malam keje.

Tghari td, lunch pun dh dekat kul 230 pm sebab kul 11 pagi baru breakfast. Mula2 nk wat lempeng pisang, skali otw tu tukar jd cekodok pisang plak. Lam peti ais ade kelapa, campurkan sket. Sedapppp...garing giler. Makan ngan madu. Nyummm..nyummm...tabiat aku setiap kali cik peot dtg, aku akan makan mende2 yg double sweet okey...hahahahah.


Disebabkan aku malas nk menulis, makanya letak je la gambar2 ni. Hahahah...gambar last week masa New Year kitorg lepak PD. Permintaan mak aku sebelum dia mula sekolah. Mak aku cekgu kannnn????

Cara-cara memasang khemah oleh En. Fahrul Asmady

Muka Iman sedang bosan & konpius...
kat mana plak laaa aku ni?

Amar posing bersama maknya yg tak sabar2 nk terjun laut

Baru sampai, lom basah lagi

Basuh pinggan lalalalallalalala.....

Taknak naik dahhhhh....

Ngamok sebab takleh kotor2 baju lg...
penyelesaian - duk atas pokok ngan abahnyer