Wednesday, May 11, 2011

rahsia

Sebenarnya blog ni masih status rahsia. Kawan2 ofis mmg tau...dan baca. Tapi family aku sorang pun tak tau, walaupun aku tau adik aku ade blog. Even En. Anuar pun tak tau...hihihihi.


Jadi blog aku kira masih rahsia la kan? Blog korang?

Thursday, April 28, 2011

Hasilan dari KLIBF 2011 @ PWTC



Dari Pesta Buku 2011, akhirnya khatam juga aku baca novel ni. Kiranya amek masa 5 hari gak la. Tapi itu tandanya aku memang BETUL-BETUL baca buku ni. Takde skip mukasurat, takde fast forward. Buku DBP ni kira yang ke berapa entah yang aku dah beli. Yerr...buku DBP. Bukan Alaf21, bukan Jemari Seni. Orang kata kalau keluaran DBP ni elok beli Kamus Dewan jer. Ye ker? Takpe lah...macam yg aku tulis kat status FB aku..aku sorang je gamaknya beli novel DBP. Cerita pasal novel, kalau ikutkan ada satu lg yg aku suka. Novel2 dari Creative Enterprise. Tak silap aku ini ialah penerbit majalah Gila-Gila. Selain Ahadiat Akashah (maaf..ini masa aku umur form 1-2 kot), aku suka beberapa novel yang aku dh lupa tajuknya tapi jalan ceritanya masih aku ingat. Novel tentang pondan yang akhirnya membunuh kerana "kekasih"nya jatuh cinta dengan wanita sejati. Apa ek tajuknya? Atau pasal seorang perempuan tua yang menyimpan rahsia dendam zaman muda.


Warna Sebuah Lembah ni sebenarnya betul2 ingatkan aku pada Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said. Kalau busuk sungainya itu, memang betul terhidu-hidu di hidung. Terbayang-bayang bentuk susun jamban2 yang hanya bertutup guni beras. Barulah puas membaca.


Novel-novel sekarang, orang kata lebih kreatif. Tapi aku rasa lebih komersial. Guna bahasa pasar bukan setakat ucapan watak, tapi habis dari awal hingga akhir muka guna bahasa pasar...(salah satu sebab aku akan fast forward). Bukan tak pernah mencuba baca novel sebegini, tapi nilainya "cukuplah sekadar dipinjam...tak beli pun takpe".


Satu lagi yang aku tak pernah jemu untuk ulang baca ialah "Stumps" atau terjemahan dari novel Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad. Bacalah kalau anda nak tahu bagaimana rasanya "tua". Dan juga Interlok novel kontroversi yang aku rasa entah mana lah kontroversinya.


Selain Warna Sebuah Lembah, aku beli 2 novel Agatha Christie (jangan tanya kenapa...tiba2 je rasa nak baca novel penyiasatan) dan Kawin-kawin oleh Azizi Hj. Abdullah. Mahu mula baca bila yerrr?



(Serius kan entry kali ni?)

Wednesday, April 27, 2011

Pantun Nasi Lemak


Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

(ni memang pantun klasik asli, bukan aku cipta. Takkan tu pun aku nk bgtau)


Cari besi jumpa suasa
Emas sejongkong siapa yang punya
Nasi lemak menjadi mangsa
McD dan KFC sihat sangat gamaknya



Huh! Aku takde idea. Emosi dowwhhhh pasal nasik lemak ni. Pasni aku nk makan pecel lele je laaaa.........


Sekian.

Tuesday, April 26, 2011

Kisah Nasi Lemak - Intro

rss MUTAKHIR

Isu penjualan nasi lemak di sekolah belum muktamad: Muhyiddin

17:56:19 PM
IPOH: Isu penjualan nasi lemak di sekolah masih belum muktamad kerana belum ada perbincangan antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran serta pihak berkaitan.


'Saya pun dibesarkan oleh nasi lemak'

SAYA menyokong pandangan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia, bertarikh 24 April 2011 yang tidak bersetuju Kementerian Kesihatan hendak mengehadkan pengambilan nasi lemak di kalangan pelajar di sekolah-sekolah.


Bancian Online
Benarkah nasi lemak menjadi salah satu penyumbang kepada masalah kegemukan murid-murid sekolah?
Ada benarnya
Tidak sokong
Tiada komen


Lihat Keputusan


Ok...aku nak buat kisah nasi lemak. Nasi lemak dah jadi satu isu nasional. Nasi lemak yg bungkus daun pisang tu yer. Jangan pikir nasi lemak lain plak. nanti2 lah. Malam sket citer.


Ko dapat nasi lemak camni...giler ko kata taknak!


Kalau beli dh siap bungkus camni...cam suspen jer...sedap ke takkkk....slurrppppp.......


tapi aku paling suker....

Nasi lemak telur mata "sunny upside"....perggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!

Pantun terang-terang


Kalau hendak dipecah gelas
Jangan di hempas si batang buluh
Hendak diterang sudahlah jelas
Tak perlulah saya bersuluh-suluh

Saturday, April 23, 2011

pantun alaaaahaaaaaaiiiiiiiiiii


Sayang sayang buah kepayang
Dipetik orang di hujung perdu
Saya sayang tuan pun sayang
Bila jauh kenapa tak rindu


Jatuh bergugur si upik pinang
Nyaris tak timpa pinang sebatang
Mata tak ngantuk hati tak senang
Tanda apakah bakal mendatang


Jangan diduga panah suasa
Andai tertikam parah padahnya
Sudahlah muka kelat sentiasa
Manakan mahu comel gayanya

Friday, April 22, 2011

pantun suka-suka


Cari tembakul tepian paya
Jumpa seekor buaya tembaga
Hendak tuan seribu daya
Hendak saya susah nak duga


Indah pelangi jangan disentuh
Daulat tiada terkena tulah
Andai dijulang takut terjatuh
Duduk di bawah apalah salah


Dayung sampan naik perahu
Hujung desa pantainya indah
Sakit dihati tak siapa yang tahu
Kerana tuan tak mahu bermadah

Thursday, April 21, 2011

pantun apa-apa ajerrrr..........


Hitam hitam si puntung arang
Buat panggang ikan belukang
Kalau hendak mengata orang
Tengoklah dulu depan belakang


Pat pat siku lipat
Dilipat cantik susun berjujuk
Hendak merajuk biar bertempat
Kalau melebih orang tak pujuk

Monday, April 18, 2011

Friday, April 15, 2011

Pantun Saja-saja Mengena


Beras wangi ditimbang kati
Putih warnanya elok menjadi
Kalau ikut rasa di hati
Jangankan pandang, jeling pun tak sudi


Merah inai pengantin di jari
Air mawar di dalam kendi
Ikhlas bukan tayangan diri
Simpan di hati muluslah budi


Kuih ketayap kuih keria
Lemak bergula manis berinti
Kalau benar diri mulia
Cerminkan dengan budi pekerti


Orang bekerja dia meraja
Orang berlelah dia berkelah
Penatnya melangkah setapak sahaja
Keringat tak tumpah kononnya lelah