Cari tembakul tepian paya
Jumpa seekor buaya tembaga
Hendak tuan seribu daya
Hendak saya susah nak duga
Indah pelangi jangan disentuh
Daulat tiada terkena tulah
Andai dijulang takut terjatuh
Duduk di bawah apalah salah
Dayung sampan naik perahu
Hujung desa pantainya indah
Sakit dihati tak siapa yang tahu
Kerana tuan tak mahu bermadah
3 comments:
bunga..
ni aku dah sampai...
mana kopi..?
:)
z161
z161 kak?????jauh nya jalan dah. Hehehehe...
Moh lerr minum....
Slurrrppppp.....(adoyai!)
Agak2 la kak TM...panas tuuuu....
baru gua singgh kemari
hendak membaca blog saudari
jangan cakap gua tak tunjukkan diri
ni komen pertama dari sehari ke sehari
Post a Comment