"When your body stalls mid-run, it's called bonking.
When scientists debate the causes, it's called a
food fight."
Perkataan "bonk" ni memang aku selalu baca kalau cari info pasal running. Awal-awal dulu aku ingat ejaannya ialah "bong" macam bahasa slanga yang sama maknanya dengan "pewai". " Pewai" ni selalu budak hiking yang guna...melambangkan keletihan tahap maksimum dan kau dah mula rasa menyesal sebab memanjat gunung dan kau rasa kalau boleh balik hidup-hidup satu keajaiban. Ha gila bombastik maknanya pewai nih. Masa ni kaki kejang, puus asa, nafas tak lepas, pening nak muntah, ada yang senyum sorang-sorang (untuk dapatkan semangat balik) dan macam-macam lah. Rupanya "bonk" ialah satu istilah yang membawa maksud (bukan secara literal) "a collapse of the entrire system : body and form, brains and soul". Secara logiknya memanglah "bonk" ini mungkin hanya berlaku pada pelari half marathon atau full marathon sebab jaraknya jauh, tapi tak mustahil boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang membuat aktiviti lasak (ini yang aku fahamlah). Aku taknak huraikan secara detail pasal bonk ni sebab semua orang boleh google. Niat aku cuma nk introduce perkataan ni sahaja, since that aku pun kagum dengan perkataan ni. Hahahahaha pelik pulak kagum dengan perkataan. Boleh baca sedikit sebanyak tentang bonk dari sini ye. Sejauh mana fakta saintifik tu tak tau lah...mungkin sekadar general info sahaja.
No comments:
Post a Comment