Thursday, April 28, 2011

Hasilan dari KLIBF 2011 @ PWTC



Dari Pesta Buku 2011, akhirnya khatam juga aku baca novel ni. Kiranya amek masa 5 hari gak la. Tapi itu tandanya aku memang BETUL-BETUL baca buku ni. Takde skip mukasurat, takde fast forward. Buku DBP ni kira yang ke berapa entah yang aku dah beli. Yerr...buku DBP. Bukan Alaf21, bukan Jemari Seni. Orang kata kalau keluaran DBP ni elok beli Kamus Dewan jer. Ye ker? Takpe lah...macam yg aku tulis kat status FB aku..aku sorang je gamaknya beli novel DBP. Cerita pasal novel, kalau ikutkan ada satu lg yg aku suka. Novel2 dari Creative Enterprise. Tak silap aku ini ialah penerbit majalah Gila-Gila. Selain Ahadiat Akashah (maaf..ini masa aku umur form 1-2 kot), aku suka beberapa novel yang aku dh lupa tajuknya tapi jalan ceritanya masih aku ingat. Novel tentang pondan yang akhirnya membunuh kerana "kekasih"nya jatuh cinta dengan wanita sejati. Apa ek tajuknya? Atau pasal seorang perempuan tua yang menyimpan rahsia dendam zaman muda.


Warna Sebuah Lembah ni sebenarnya betul2 ingatkan aku pada Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad Said. Kalau busuk sungainya itu, memang betul terhidu-hidu di hidung. Terbayang-bayang bentuk susun jamban2 yang hanya bertutup guni beras. Barulah puas membaca.


Novel-novel sekarang, orang kata lebih kreatif. Tapi aku rasa lebih komersial. Guna bahasa pasar bukan setakat ucapan watak, tapi habis dari awal hingga akhir muka guna bahasa pasar...(salah satu sebab aku akan fast forward). Bukan tak pernah mencuba baca novel sebegini, tapi nilainya "cukuplah sekadar dipinjam...tak beli pun takpe".


Satu lagi yang aku tak pernah jemu untuk ulang baca ialah "Stumps" atau terjemahan dari novel Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad. Bacalah kalau anda nak tahu bagaimana rasanya "tua". Dan juga Interlok novel kontroversi yang aku rasa entah mana lah kontroversinya.


Selain Warna Sebuah Lembah, aku beli 2 novel Agatha Christie (jangan tanya kenapa...tiba2 je rasa nak baca novel penyiasatan) dan Kawin-kawin oleh Azizi Hj. Abdullah. Mahu mula baca bila yerrr?



(Serius kan entry kali ni?)

3 comments:

aizamia3 said...

tahun ni tak berkesempatan nak menjengah Pesta Buku.. Biasa saya jumpa, kawan2 yang beli novel2 bukan keluaran DBP..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

buleh pinjam kedua buah buku lu nanti...yeh yeh

mohamad kholid said...

sdr, latar warna sebuah lembah - kampung simpang batu, di tepi sungai jalan masuk ke PWTC via jalan kucing. Kampung tu sudah tak wujud lagi sekarang, dah jadi rel keretapi...