Wednesday, August 23, 2017

SEA GAMES 2017 (for dummies...like me) APA ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

Selain kisah YB tall dark and handsome Menteri Belia dan Sukan kita bermain polo (sejenis sukan berkuda) dan lawannya Prince Mateen bangsawan Brunei, pasti banyak lagi sukan-sukan pelik yang dummies semua tak pernah tau kan? Macam emas terawal dimenangi oleh atlet  sukan chinlone. Chinlone?? Ye silalah google. Hahahahaha.

Oh ini sedikit pasal polo. Jangan tau menggedik tengok Menteri dan Putera Raja je ye. Pertama sekali kena tau polo ni kena ada kuda ye. KUDA tau...bukan baju tshirt brand POLO.

"Permainan terdiri daripada empat kali 7 minit tempoh permainan, yang disebut sebagai chukkas. Jika pasukan terikat pada empat chukkas terakhir, masa tambahan akan diberikan, pasukan pertama yang menjaringkan goal akan dikira sebagai pemenang permainan itu."

Sukan wushu pun tak kurang hebat apabila menyumbang beberapa pingat. Ini sedikit tentang wushu. Mungkin sedikit-sedikit macam kungfu, sebab aku tengok macam gaya Drunken Master pun ada hahahahaha...dan macam ada sedikit macam taichi versi ganas sikit. Oh dan aku suka atlet yang ni. memang stylo sikit dari yang lain hahahahah...come on buka lah mata sikit. Bosan ok semua asyik tengok anak raja. Namanya Yeap Wai Kin menang emas wushu dalam acara jianshu (pedang).


"Wushu berasal dari seni bela diri China. Nama ‘Wushu’ itu sendiri terhasil daripada kosa kata bahasa Cina yang bermakna seni mempertahankan diri. Wushu kompetitif terdiri daripada dua disiplin iaitu Taolu (forms) dan Sanda. Taolu melibatkan corak seni mempertahankan diri dan gerakan di mana pemain dihakimi dan diberi markah untuk peraturan tertentu. Acara-acara Taolu dibahagikan kepada dua kategori iaitu Barehanded dan Armed. Barehanded terdiri daripada Changquan, Nanquan, Taijiquan dan Armed terdiri daripada Nandao, Jianshu, Taijijian, Gunshu, Nangun, Qiangshu dan Daoshu. Hanya acara Taolu dipertandingkan pada Sukan SEA KL2017."

Ok. Cukup untuk kali ini. next entry kita cari sukan pelik-pelik lagi ye. Anyways, banyak je maklumat lain kat website rasmi Sukan SEA. Rajin-rajinlah membaca ye.

Selit juga lah sekeping sorang

No comments: