Beras wangi ditimbang kati
Putih warnanya elok menjadi
Kalau ikut rasa di hati
Jangankan pandang, jeling pun tak sudi
Merah inai pengantin di jari
Air mawar di dalam kendi
Ikhlas bukan tayangan diri
Simpan di hati muluslah budi
Kuih ketayap kuih keria
Lemak bergula manis berinti
Kalau benar diri mulia
Cerminkan dengan budi pekerti
Orang bekerja dia meraja
Orang berlelah dia berkelah
Penatnya melangkah setapak sahaja
Keringat tak tumpah kononnya lelah
6 comments:
Salam bungacahaya
Bagusnya kalau orang kita masih berpantun
pantun menunjukkan orang melayu itu berjiwa simbolik
Dang Tari : Terima kasih daun keladi, Singgahlah lagi jikalau sudi
indah bahasa...
tahniah sebb berusaha kekalkan tradisi kita. suka..=)
Salamm..
wahh pandai pantun ehh .. teringat zaman muda2 .
http://hasrulhassan.blogspot.com
Cemm : Terima kasih. Marilah kita berbalas pantun.
HH : Dah tua ke???hehehehe
hai... suka la blog ni... nk folo tapi x jumpa pulak button follow tue... huhu
Post a Comment