Tuesday, August 22, 2017

Merdeka Mybuddies Run 2017 Event Throwback 20082017







Tarikh : 20082017
Lokasi : MAEPS

Lari 10km. Berpeluh-peluh aku mengejar starting pagi tu. Dari parking bawah tu menghala ke starting point dah serupa apa je berlari. Bagi yang biasa kat MAEPS tau lah jauhnya dengan laluan membukit.

Tiba-tiba terasa nak mula blogging. Walaupun agak ketinggalan rasanya...dah tak "in" kata orang. Tapi sebenarnya kalau dalam blog kita lagi puas menulis kan?

Ok lah kembali kepada cerita MyBuddies Run ni. Event ni bukan anjuran pertama kali, mereka ni dah masuk tahun ketiga dan memang dah ada pengikut. Ada tiga jarak larian iaitu 21km, 10km dan 5km. Ini pertama kali aku berlari dalam kawasan MAEPS ni tetapi memang dah sedia maklum keadaan laluan yang berbukit-bukau. Oleh kerana aku lari 10km sahaja...itu je yang aku mampu setakat ni, so bila kita tengok pelari 21km memang gila kagumlah dengan mereka.

Sebenarnya bagi yang pertama kali jejak kai ke MAEPS, memang sepatutnya akan rasa seronok sebab macam blend with nature. Laluan 10km masuk dalam UPM sedikit dan masuk kawasan MARDI sedikit tetapi semuanya memang kawasan penuh kehijauan tambahan pula pagi-pagi. Udara memang segar tetapi apabila kita dah mula bernafas pakai mulut tiada makna dah udara segar tu...😝😝


No comments: