Ini bukan cerita baru atau lama
ini cerita sepanjang masa
bukan saja-saja, bukan tiba-tiba
bila-bila masa, di mana-mana, siapa-siapa saja
boleh jadi mangsa.
Kalau Tuhan jadikan kamu ibu bapa
anak-anaklah perlu kamu jaga
tak kira kamu agama apa
tak kira apa bangsa
tak kira warna juga
sama sahaja
anak-anak tetap kena bela
dan jaga
Ye lah kan... agaknya ada manusia akan cakap sapa lah kau nak cakap pasal jaga anak kalau ko pun belom ada anak. Manalah aku ini tau macam mana tertekan nak cari duit, anak menangis, nak bayar yuran sekolah, beli susu, tolong buat keje sekolah, hantar g sekolah, nak itu nak ini.... Ye lah aku mana tau semua tu.
Tapi disebabkan KORANG yang tau sangat tu, makanya jadilah kamu seperti mak pada Syafia bernama Siti Nurhanim Aziz (yang cinta sampai mati jantan yang bunuh anak dia) serta pasangan Ellina Maulad Mahather dan Mohannad Taha yang tersengih aje di mahkamah kerana membunuh Alliya Ayman Hussin sebab budak tu terkencing dalam seluar je pun.
Apa yang pasti, semua kes yang berlaku (bukan yang di atas sahaja) tapi SEMUA kes berlaku dalam persekitaran masyarakat, malahan yg paling sedih dalam persekitaran keluarga. Kalaulah benar kau jiran yang baik, takkan tak dengar langsung jeritan budak yang tengah sakit. Kalau kau kuat sangat apesal masa budak kena sepak terajang kau tak sepak terajang je pelakunya balik. Kalau kau hebat sangat apesal ko tak repot je terus kat polis ke, jabatan kebajikan ke hapa ker kalau nampak budak lebam-lebam bengkak-bengkak duk kat sebelah pagar umah ko.
Itulah dia yang aku tak suka. bercakap-cakap dan terus bercakap bila isu tengah hot. Pastu reda. pastu wat tak tau. Yang mati budak2...mak bapak nyer terus buat anak (tak kawen plak tu).... Entah lah.
Entry ini bukan sebab Nuffnang tawarkan hadiah. Tapi sebab aku tau, orang tak kesah pun pasal pendapat aku. MAKLUMLAH...AKU KAN TAKDE ANAK.
1 comment:
sayangi kanak2
sokong kempen ni
Post a Comment