Saturday, September 19, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 2

Jam 6.00 petang. Isteri masih di ofis...tunggu suami yang katanya "Lewat sikit. Kena jumpa orang". Damn lah! Alasan bodoh. Takde idea lain ker...?

6.30 petang...baru nampak kelibat keretanya. Seperti biasa...tgh guna handphone sambil drive. Pastu elok2 kereta berhenti, dia letak phone.

XY : Kita terus pegi Bukit Jalil tau. Pegi tgk tapak karnival. Ade hal sikit.
XX : Dah dekat pukul 7.00 ni...
XY : Nak ikut tak? Abang nak kena jumpa orang... (see...alasan ni lagi). Kalau taknak ikut tunggu je kat opis. Tak pun balik umah naik tren..(dengan muka tak sabar2 nak blah).
XX : Ok lah...I ikut. Tapi jangan lama sangat tau.

Kereta bergerak terus....

XY : Ada 30 ringgit? Nak isi minyak la. U belanja ek...(buat muka sengeh mcm lotong!)
XX : Dah agak dahhhh.... (kalau tak haram dia nak ajak aku follow)
XY : Tak boleh takpe laaa...takyah la sindir2...(tapi keta dh berenti kat petrol pump punnn)

Kereta terus lagi...ke Bukit Jalil. Sampai.

XY : Tunggu sini ek. Abang jumpa orang kat belakang stage.
XX : Laaaa...jauhnya parking. Gelap plak tu.
XY : Gelap mende spotlight banyak sini. Customer tu tak suka la bawak wife follow.
XX : (berkerut) Ok la.
Dalam hati; Abis ape jadahnya dia suh aku ikut tadi? Nak suh isi minyak je la tu.

Suami terus menyelesaikan urusan. Isteri kerimasan dalam kereta...dah la baru balik keje ngan baju kurung berlengas-lengas. Teringat dalam bonet ada beg isi towel muka ngan telekung. Sebelum bukak bonet baik call dulu nak konfem, takut dah dialihkan. Isteri call suami. Shit! Apehal lak off telefon?

Isteri terus bukak bonet. Hermmm...ade beg tu. Amik beg, bukak keluarkan towel. Nak letak beg semula, ternampak satu buku. Macam buku log. Ape laaa...letak dokumen keje sepah2. Simpan dalam beg dulu la.

Buku tu terselak satu muka surat.

Aiikkkk...macam diari la plak. Cantik tulisan.

Rabu 12 Disember

7.30 am - hantar betina tu pegi keje
8.30 am - amik Baby dari rumah pegi salun, sarapan kedai mamak (siannn abang lapar)
9.30 am - sampai salun, abang lepak dulu bincang pasal betina tu
10.00 am - mama sampai, ajak abang pegi amik barang kat Kelang
petang - abang keje, janji keluar pukul 530 pm
7.00 pm - abang lewat sebab hantar betina tu balik
10.30 pm - karaoke kat Yow Chuan Plaza
2.00 am - balik abang hantar

Ok...bukti itu datang sendiri. Isteri cool. Semuanya sudah dijangka.

7 comments:

Pok Li said...

Selamat Hari Raya. Cerita Raya ke tu. He he he.

sha said...

nak jadi mcm cerita 'sekar' lah ni..camne pun aku ralek gak..teruskan..teruskan..

Fær.han/Unown F/Gyan said...

Ooo panassss~!
Btw SELAMAT HARI RAYA! ^_^

azlidaami said...

kecohla kzah ni...lmbt tol upload...

azlidaami said...

kecohla kzah ni...lmbt tol upload...

azlidaami said...

kecohla kzah ni...lmbt tol upload...

azlidaami said...

kecohla kzah ni...lmbt tol upload...