Monday, September 14, 2009

PAnTun R@Y@ di Sifar Ke Infiniti


Tua muda dan mat belia
Anak, ibu dan bapa juga
Ini pantun di hari raya
Mari kongsi riang sekeluarga

Ketupat lemang ambil sendiri
Kuih semprit di atas para
Riang ria di Aidilfitri
Sifar ke Infiniti sebarkan gembira

Kuih bahulu di dalam balang
Dodol penganan sama merasa
Pesan ikhlas sebelum pulang
Berhati-hati memandu ke desa

Kalau makan biskut mazola
Jangan lupa rempeyek di dapur
Kurangkan lemak kurangkan gula
Lepas raya elakkan menggelupur

Rendang tok ketupat palas
Makan bersama famili tercinta
Makan banyak basuh pinggan malas
Duduk sendawa ape cerita?

Balik kampung wajah ceria
Tok wan tok cu ada belaka
Rasa macam nak mintak duit raya
Tapi malu dah tua bangka

Mercun kabaid buat sendiri
Mercun buluh mesti ada
Salah letup putus jari
Telunjuk ada kelingking tiada

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBACA BLOG INI. SEMOGA TAHUN INI PUASA KITA LEBIH BERKAT DAN RAYA KITA LEBIH GEMBIRA.

Dari Sifar ke Infiniti dengan penuh rendah hati memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran tulisan jika ada.

Nantikan kisah AWEK HINGUSAN yang akan menemui anda lepas raya pertama.


4 comments:

imHepPie said...

aalaaa...xkan pantun je..dwet raya??

messyremo said...

selamt ari raya~~hehe

oranglidi said...

hehehe... cik imhepie x sobar2 nak meraya. haha.

selamat hai raye wa ucapkan.

pegh.. awal2 dah bgtau tajuk entri? best2! xsabar wa menunggu 'awek berhingusan'. ehehehe

Adiwarnatasya said...

"sELAMAt hARI rAyA mAAf zAhIr
bATiN"...:)