Sunday, August 30, 2009

Weekend & MERDEKAAAAA!!!!!

Semua orang tau kan malam ni malam merdeka? Tapi tahun ni takder yer bunga-bunga api mercun konsert bagai. Bulan puasa kannn. Elok lah tu. Sok pun pepagi berkumpul je la kat laman parlimen berarak. Tu bukan sebab puasa...tapi sebab H1N1. Punnn elok lah tu. Selagi boleh cegah, cegah la kannn.

Malam ni buka ngan my MIL, my younger SIL & her children. Menu biasa2 jer...tomyam ngan sotong goreng kunyit aku masak. Pastu rasa cam nak makan karipap sardin so buat gak lah sikit. Mak bawak kari ayam pastu En. Anuar beli Sate Kajang Hj. Samuri. Campur itu ini berlambak jadinya makanan atas meja.

Dua hari ni aku takde wat aper..selain keje2 rumah harian (kerja rumah lah sangatttttt....), spt yg dijadualkan my younger sis yg dalam pantang tu lepak umah aku coz her husband ada bengkel kat Seremban (hapa kesss bulan2 pose nih). So smlm, Huda & Husna pun lepak rumah aku since that umi n walid balik kampung (ade kampung?...heheheh). Jengah umah arwah atok kata mereka dan something to settle.

Anyway sempena malam menjelang merdeka ni...

MALAYSIAKU GEMILANG

Mencari di mana merdeka

kalau jumpa untungnya saudara

boleh sama-sama menjenguk kenangan lama

kalau suka ketawa

kalau duka sedihlah agaknya

hendak dinilai merdeka

bagaimana? berapa? bagaimana?

bolehkah dinilai....

kalau tak faham ertinya

kalau tak jumpa letak duduknya

Pintas masa kita di mana

merdeka tetap makin jauh ditinggal maknanya

nanti hilang terus bersama kabus dan jerebu

cahayanya sekadar pesta bunga api

dan 31 Ogos kita masih di batang-batang jalan

KLCC, Bangsar, Danga Bay

oohhh...tapi tahun ini KeKKWA kata hanya di Dataran Merdeka

Sambut merdeka tapi tahu ke makna merdeka?

Hendak melintas zaman gelap memang sukar

Tapi mengekalkan cahaya pun bukannya mudah

Kita ada di gerbang ilmu

Nun atas tinggi di menara gading

Jadilah anak merdeka yang penuh makna

Menunjang terus bumi Malaysia


Sajak ni pernah disiarkan dalam Tribun Putra...tak ingat tahun bila. 2007 rasanya. Ada satu sajak yg baru...tapi aku rasa tak sesuai utk public view. Nanti2 lah.



3 comments:

imHepPie said...

uihh..sate kajang haji samuri...nyum3..bak sket..

ayaharith said...

salam..dak ukm k?

bungacahaya said...

imHepPie - Meh la dtg sini

aya harith - pernah ada memori di UKM lama dulu. Skrg sudah kerja.