Wednesday, June 1, 2011

Hantaran Pinkylicious Silver Bling-bling










Nama hantaran sukahati aku nk reka. Layan gambarr...........


Ooohh yerrrr...tak boleh tunjuk gambar penuh. Majlisnya belom lg.

GUA dot com


Last year...ade surprise masa besday gua. En. Anuar bikin pakatan dengan adik-beradik gua beli sate la hapa la...skali ngan mak pak gua skali komplot. Ala2 jadi gak la surprise tu. 1st time la gua ada surprise besday ni...hihihi...

Tahun ni...(to be exact malam ni), gua sorang. Layan citer Kongsi kat Astro First smpai muntah. En. Anuar sudah pegi Ipoh. Mak pak gua pegi umrah dari last week. Bos gua nikah kat Kelantan gua tak dapat join. Weekend ni sepupu gua nikah gua gerak sorang. Arrggghhhhhhhhhh.....


Baru gua tau. Gua ni manja sebenarnya. Hikhikhikhik...........

Hepi besday gua. Pastinya malam ni gua tido awal. Peluk bantal.

Wednesday, May 25, 2011

Pantun Cakap Temberang


Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri

* Pantun klasik. Sukatan pelajaran sekolah rendah. Sekarang ada lagi tak?

Kerbau terpalit lumpur berselut
Tengah bendang dihurung belalang
Manis berkata lembut di mulut
Pandainya temberang tutup tembelang


Indah taman bunga mengembang
Petik sejambak indah dikarang
Kotak-katik berbelit sembang
Leka tertipu di siang terang

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat




Semoga dipermudahkan semuanya. AMin.

Friday, May 20, 2011

Nur Kasih the movie



Ok...banyak lah blog yg wat review filem ni. kalau fokus baca setiap review tu, nescaya sampai ke tahap kita tak payah tgk wayang dah.


Aku nk tunggu kuar tv je. Astro First ker...raya ker...mana2 lah. Aku adalah org yg tak-tgk-muvie-kalau-dah-tgk-drama bersiri. Serupa juga filem Lagenda Budak Setan. Sebab aku dah baca novelnya, aku malas la nk tgk drama siri dan movie nya. Rasa cam basi (walaupun katanya garapan lebih bagus, cerita berbeza...bla..bla...bla...)





Dan kelmarin aku dah menjahanamkan Ops Bajet sebab telah tak sengaja(?) mendepositkan sebijik sunglasses Baby Phat dari PrincessVictoriaStylo. Dah lama minat dgn brand ni (ke sebab aku minat Kimora?) makanya disebabkan barang2 lain adalah amat lah mahal makanya aku rasa sunglasses ini berbaloi lah kot? Lagipun spek itam Levi's aku dah ntah mana ku letak. Tak jumpa dah (alasan?).

Hahahaha...buang masa lagi melayan handbag. Ngokkksss!

Wednesday, May 18, 2011

Pantun Panas Cuaca



Cantik manis wangi berbedak
Selempang bunga di atas bahu
Sayang hendak kasih pun hendak
Ajak bermanja kenapa tak mahu


Buah kerdas buah geduak
Nama lain tapi seregu
Panas cuaca hujan tak luak
Panas di hati terasa ragu

Tuesday, May 17, 2011

Pinky dooooo



2-3 hari ni aku bergelumang dengan warna pink. Cantik sebenarnya pink ni, tp disebabkan aku bukan pinky, so aku rasa cam adoyaiiiiii pink nyerrr....

Gambar penuh lom boleh tunjuk, sebab majlisnya belum lg. Ini pun hasil yg raw, belum diperhalusi lagi (waahhhhh....kelasss kan gitew). Anyway, semoga idea datang lagi dan lagi.

Saturday, May 14, 2011

Lu langsi, lu mati! - Gua dah tengok



Aku nak g tgk Kongsi ari Jumaat. Saper2 tgk awal sila jgn citer. Hahaha.


LU LANGSI, LU MATI!

Update

Ok...ceritanya so-so je. Tp budak2 /// pasni jgn nk hangin plak. Agak2 cam ade bahan diorg sket. Adnan Sempit agak stylo lah sebagai Tumulak. Cuma cakap Kelantan tak jd sgt. Fizo Omar jd polis cam tk brape nk kena. Yg best ialah co-star si Bobby dan juga special appreances otai2 kongsi gelap. Suka jugak pada Bront Palare sebagai Kempedu. Cuma tak setuju scene depan patung Buddha, tak sesuai sgt kot. Anyway...oklah kepada peminat Adnan Sempit. Belom level kongsi gelap Young and Dangerous lg. Baru sampai takat samseng Chow Kit.

Aku nk sambung wat hantaran. Silver + pink horror.

Bye

Wednesday, May 11, 2011

Kalumpang

Aku tau ramai tak pernah dengar nama Kalumpang ni. Ade yg kata kat Indonesia, ade yg kata kat Sabah Sarawak. Saper2 nak tau mana letaknya Kalumpang ni...sila klik kat sini ok.

Anyway...kat situ ade satu resort. Kalumpang Resort and Training Centre kot nama penuhnya. Resort ni ialah berkonsep hutan lipur, di kawasan sungai/jeram namanya Sungai Inki. memang heaven, sejuk, bersih dan rilek. Aku paling suka biliknya, rasa cam dalam dungeon.Tau dungeon? Kena link kat wikipedia gak la. Ha itulah dungeon.

Anyway, this resort sangatlah sesuai utk rilek. Phone line yellekkk ok. Apatah lagi wifi. Air sungai dia mmg gila best. Ini some of the photos. Since aku dtg sbb nk rilek, tak kuasa aku nak amek gambar banyak2. Tapi boleh la jengok kat blog ini.









rahsia

Sebenarnya blog ni masih status rahsia. Kawan2 ofis mmg tau...dan baca. Tapi family aku sorang pun tak tau, walaupun aku tau adik aku ade blog. Even En. Anuar pun tak tau...hihihihi.


Jadi blog aku kira masih rahsia la kan? Blog korang?