Thursday, August 25, 2011

Pantun Raya dari sifar ke infiniti


Cantik tersusun punjut pelita
Malam raya bersinar ceria
Salam dihulur maaf dipinta
Panjatkan syukur dikurnia bahagia


Anyam ketupat di hari Selasa
Senyum melebar tiada henti
Andai ada terkasar bahasa
Jangan disimpan di dalam hati


Enak rendang sedapnya rasa
Buat hidangan di Aidilfitri
Sabarlah hati memandu ke desa
Walau rindu tidak terperi

2 comments:

aizamia3 said...

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin..

Hans said...

dah nak raya dah
selamat hari raya
:-)