Bila hujan, sejuk. Bila sejuk aku malas nak mandi. Mujur hari cuti. Kemas rumah, basuh kain baju, masak bla...bla...bla.... macam biasa (tak perlu update ok).
Aku tak tahu orang lain. Tapi aku dah tak mampu berhoye-hoye jimba-jimba di hari minggu. Selain sudah tak tau nak ke mana, poket agak mengekang. Arggghhhh...lupakan itu. Kan konsepnya mudah. Ada duit jalan...takde duit duk diam-diam. Memang sudah direncanakan, setahun dua selepas duduk rumah sendiri, ongkosnya jgn ditabur-tabur sesuka hati. Payslip dh hampir separuh dicantas. Hahahahahaha.....
Ok..apa pun, hari2 yg esok akan terus datang. Yang semalam sudah lepas. Hari ini aku rasa lebih suka dari semalam. Mujur masih bernyawa kan?
Ok aku dah mula melalut. Perlukah mula minum Nescafe sambil layan cerita Tamil bersama En. Anuar?
Arrrgghhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment