Kalau mengalah kalah menempik parah
Bersuluh biar jumpa yang indah
Dalam gelap jangan dipaksa sinar
tenggelam terus lemas tanpa hela nafas
Aku panas
Tiadakah angin menghembus sisi hatiku
agar padam kesumat tak ketahuan ini
Kau tahu aku aku tak pasti kamu
Mengapa sulur kasih itu padam
pudar terkakis membelah nurani yang suci
Mengapa tidak kekal sayang
menitip rindu yang tak kau akui
Dendam aku bukan satu
ada seribu
Tegarkah kau mencari lagi kasih dalam jiwaku
Kau mahu aku tahu
Dendam aku bukan satu
ada seribu
Namun di akhir masa
kau juga yang aku mahu
---------------------------------------------------------------
..................Emo melanda jiwa....................
2 comments:
xyahla dendam2 nih..chill bebeh!
Jgn emo2...
Ceria2 Selalu:)
Post a Comment