Saturday, January 16, 2010

Aiskrim 1Malaysia

Korang pernah makan aiskrim Malaysia? Atau lebih dikenali ngan aiskrim seposen? Aiskrim ni dalam plastik panjang yg hujungnya diikat simpul. Perasa faveret ialah milo, asamboi, sirap. Kadang2 ader gak oren atau sarsi bergantung pada stok makcik aiskrim tu laa... Aiskrim tu harganya seposen masa aku sekolah dulu. Skali dapat rasa cam dapat Cornetto Royale perghhhhh sedap giler tambah otw balik sekolah jalan kaki. Pesaing aiskrim ni plak namanya aiskrim pop. Harganya dua posen. Bezanya, aiskrim pop ni dalam plastik panjang, tgh2nya ade plak cam curve. Kat situ la kita patahkan kuar bunyik pop! Ni keluaran kilang kot...sebab banyak jual kat kedai runcit jer...perasa lagi banyak la. Ada anggur, buah2 campur, oren... Tapi apa pun, aiskrim Malaysia seposen gak yg jadi pilihan aku dan kawan2 aku. Selain dari harganya seposen, kalau dapat yg rasa milooooo...memanglah syiok giler. Walaupun antara penyebab baju ngan tudung jd kotor, kena marah, sakit gigi...tapi tetap jd pilihan di kala ada duit seposen dalam tangan. Dah apesal aku nak citer pasal aiskrim ni plak? Sebabnyerrr........











Mula2 nak letak gambar 1st ni jer...tp En. Anuar kata cam lucah.
Tang mana ek? Hahahahaha...

Petang semalam balik keje, singgah kat satu gerai burger. Beli burger la kan...takkan nak beli kelapa parut plak. Pastu kat sebelah gerai tu ada satu table letak tong aiskrim ni. Hahahahah.... lama giler dah aku tak makan aiskrim ni. Beli dua, aku milo dan En. Anuar asamboi. Tapi harga dah dua posen, kecik dan pendek sket. Makin kecik makin mahal? Huhuhuhu... Masa amik gambar, budak burger tu kata.."ala kak aiskrim tu pun nak amek gambar ker?" siap sengeh2 lagi. Oiiitt sukati aku la....ni aiskrim lagi dua tiga tahun dah jatuh kategori pupus tau.


4 comments:

Uruchimaru @ kf said...

bhahahaha mcm lucah!
erk? ape dah....

k h a y said...

buat sndri je la kot. huhu.

tp xde kekuatan pulak nk buat ek. ;)

tp mmg sedap eskem nih.

Jard The Great said...

ais krim tu leh buat sendiri.. ehehehe... ais krim milooo sedapppp!

sI tEDI said...

still buat sampai sekarang!