Sunday, March 17, 2013
Pantun Hujung Minggu
Pikul beban sama dikelek
Duduk meneman si anak Raja
Kalau semua kisah dibelek
Jumpa yang buruk simpankan sahaja
Sunday, February 17, 2013
Pantun Lama
Anak rusa Nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Pantun ini kategori comel.
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur
Pantun ini kategori comel.
Saturday, February 16, 2013
Pantun
Kalau menuai si padi huma
Manakan boleh menahan taut
Kalau bijak secebis cuma
Jangan lagak ilmu melaut
Manis madu manisnya gula
Hidangan kopi di tepi punjut
Duduk sekali kita bersila
Bila nak bangun mengapa mengejut
Pantun
Kiri sudah kanan pun sudah
Kiri berlian kanan suasa
Bukan saya tak ingin bermadah
Tapi malu segan terasa
Gasing bawang mainan budak
Jadi lawan orang dewasa
Bermadah tidak bertegur pun tidak
Tapi saya jengah sentiasa
nota kaki : Pantun ini sebab saya rasa (perasan?) mesti orang kata berlagak dia ni...jenguk2 blog orang tapi tak pernah tinggalkan komen.
Kiri berlian kanan suasa
Bukan saya tak ingin bermadah
Tapi malu segan terasa
Gasing bawang mainan budak
Jadi lawan orang dewasa
Bermadah tidak bertegur pun tidak
Tapi saya jengah sentiasa
nota kaki : Pantun ini sebab saya rasa (perasan?) mesti orang kata berlagak dia ni...jenguk2 blog orang tapi tak pernah tinggalkan komen.
PANTUN LAMA
Semua orang bergelang tangan
Saya seorang bergelang kaki
Semua orang berkata jangan
Saya seorang mengikut hati
Jumpa pantun ini di ruangan ini.
Saya seorang bergelang kaki
Semua orang berkata jangan
Saya seorang mengikut hati
Jumpa pantun ini di ruangan ini.
Sunday, February 3, 2013
pantun
Rimbun daun si pohon sena
Bunga kembang sekuntum cuma
Rezeki ada di mana-mana
Anugerah Tuhan cara tak sama
Saturday, February 2, 2013
Pantun
Kejar-kejar si anak kuda
Sambil memetik bungalah raya
Jangan dihitung duka yang ada
Kalau sudah melakar bahagia
Ok....anda semakin keliru???
Peace!
Friday, February 1, 2013
Pantun
Makan nasi ulam selasih
Jadi hidangan orang kuala
Bukan hendak berpaling kasih
Ubah angin sekali-sekala
hahahahahahahahaha.....
Wednesday, January 9, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)