Monday, March 7, 2011

cendol dara


Gambar ni aku snap last week tak silap hari Rabu. Pergi survey tempat for family day opis di Ancasa Resort dan otw balik kami singgah di Dataran Teluk Kemang. Lapar giler gamaknya. Hehehe... ayam golek dara...pernah makan. Minyak kelapa dara...pernah try. Anak dara...aku lah dulu sebelum kawen. tapi yg ni 1st time aku tgk. Nk order tp lebih tertarik plak kat ABC eskrem. oh yer..gerai ni aku rekemen la. Sedap. Aku makan mee goreng mamk dan ye mee kantonis. Memang layan. Gerainya ada tulis besar "Nasi Ayam Baik Punyee". Betul2 tepi Dataran Teluk Kemang tu.

Sunday, March 6, 2011

Pantun Kemban



Sorong papan tarik papan
Buah keranji di celah bemban
Melayu bangsa beradab sopan
Mana perlunya gadis berkemban?


Halus suara puteri berdendang
Jadi penghibur empunya badan
Kebaya kurung bersongket selendang
Banyak pilihan hendak berdandan


Pergi memukat ikan haruan
Buat lauk tambah hidangan
Maaf tuan maaflah cik puan
Saya sekadar kongsi pandangan

Jadi... orang Johor. Ape cerita?

Pantun Ahad



Gagah perkasa si anak raja
Jadi pahlawan di medan perang
Kisah tak benar jangan dijaja
Nescaya kucing menjadi garang


Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap atas bunga kenanga
Jangan mengharap kasih yang lama
Ada yang baru menunggu bunga


Halus mulus seri rupawan
Bahagia sinar wajah gembira
Puas diintai wajahnya tuan
Andai tak sudi hati melara

Saturday, March 5, 2011

SK ULU LUBAI, LIMBANG, SARAWAK

gambar kredit kpd : Abang Raja

Baru je tgk Majalah 3 tadi. Kisah SK Ulu Lubai yang hebat. Yaaa...memang hebat. AKu pun terasa kehebatannya.


Kredit pada tuan punya blog.

Lebih baik tgk kisah sekolah ni dari tgk Siti interview Dr. Rozmey si dua alam. Yerkkk...WTH????? Tolong Cik Siti. Cari berita yang best sket boley tak? Oiiittt tapi bini dia canteekkk gilo weh.

Pantun Sabtu



Mari menuai si padi huma
Buat bekalan rakyat jelata
Hendak kukongsi sedikit cuma
Kalau tak cukup orang mengata


Kembang mekar bunga teratai
Dipetik orang buat jambangan
Kalau berumah di tepi pantai
Dilambung ombak mengeluh jangan


Bulan mengambang bawa cahaya
Suluh bunga kembang setaman
Hatiku ingin apakan daya
Hidupku seorang tiada berteman

Friday, March 4, 2011

Pantun Jumaat



Hendak didaki tingginya awan
Simpan sajalah di dalam hati
Kalau dihitung budimu tuan
Takkan terbayar sampailah mati


Wangi sungguh si rumpun pandan
Subur hijau di celah senduduk
Samalah cantik samalah padan
Malang jodohnya di hujung tanduk


Lenggang-lenggang dayang mak inang
Dandan rambut ikal puteri
Orang yang jauh kau kenang-kenang
Mengapa yang dekat kau bawa lari?

Perlu Sedikit Imej Sendiri

Bila dibaca-baca entry yang lepas-lepas, rasa macam takde halatuju. Main redah ajer. Dah la tak bagi faedah kat orang lain, kat diri sendiri pun takde faedah. Jadi rasanya, selepas ini nak banyakkan pantun. Bila ada peluang menulis, dan juga bila ada idea. Terima kasih pada tuan Al-Lavendari melalui blog http://puecorgxret.blogspot.com/ yang secara tak langsung telah menambahkan rasa untuk berpantun.


Oh...pantunnya dicuba untuk dicipta setiap hari. Mungkin autopublish...mana2 sempat yer. dan takde tema tertentu. Idea kalau diatur-atur sangat kepala jadi buntu.

Thursday, March 3, 2011

Kerja Baikpulih Sudah Selesai

Cukup lah setakat ni baikpulih dan naiktarafnya. Mula-mula rasa pelik sikit. Tapi lama2 nanti ok la kot.




Kiambang bertaut dayung dikuak
Atas daratan jadi bertemu
Ubah sedikit takkanlah luak
Buat pemanis hilangkan jemu

Wednesday, March 2, 2011

UNDER CONSTRUCTION


Nak tukar template, background, semua laaaaa....nnt2 la kot. Lom dapat ilham lagi.

Sunday, February 27, 2011

PANTUN AHAD


Gundah gulana hati tak tahan
Anak raja sudah berpunya
Jodoh itu ketentuan Tuhan
Bukanlah mungkin, pasti adanya


Beras kunyit tabur merata
Buat penawar sakit di badan
Kalau tak benar janganlah dikata
Balasannya buruk tidak berpadan


Sayup-sayup bunyi seruling
Gemersik bagai buluh perindu
Dipandang-pandang dijeling-jeling
Kasih ditolak hati tersedu