Di Bangsar takde masalah nk cari kedai mamak. Kitorang masuk satu kedai namanya Restoran Mahbub betul seberang jalan dengan Bangsar Village. Order makan dan En. Anuar terjumpa sorang kawan yg dh lama tak jumpa. Kawan yg aku konpius sket statusnya. Namanya Abang Mazlan. Duda. Umur aku rasa dalam 53-55 tahun kot. Tiap kali jumpa selalunya dia pakai baju putih mcm pemandu teksi. Tapi khabarnya dia bisnesman. Ntah aku pun tak tau dia keje apa sebenarnya.
Hampir selesai minum, sorang makcik tumpang duduk di tempat kami. Silalah...dia tgh tunggu makanannya dibungkus. Makcik ni bertongkat bertudung sweet aje senyumnya. Pertemuan singkat tapi dia sangat ramah. Pencen kerajaan; sekurangnya pegawai tinggi sebab selalu ke oversea dan cakap omputih jerr. Suaminya pencen pensyarah. Anak sulung di oversea. Kerja dan kahwin dgn org putih katanya. Dia tak abes2 bersyukur sbb katanya anak perempuannya dapat suami org putih yg lebih Islam dari org melayu. Pemandunya (yg juga tolong bungkuskan makanan) ialah Balan, lelaki India yg sangat baik katanya lagi. Sebab dia takut bawa cash banyak2, Balan pulak yg selalu dulukan duit. Yang paling aku ingat, sebelum dia bangun;
"Kalau kita tak berkira dengan orang, Allah akan buka hati org lain utk kita"
"Kalau kita tolong org dgn ikhlas, Allah akan bantu kita melalui org2 lain di sekeliling kita"
"I hope some of my experiences may help both of you"
Hermmm... bagus kan pagi2 Sabtu dapat nasihat camtu. Dari stranger plak tu.
2 comments:
ayat2 makcik tu best btol..suke2.huhuhu.
haaaa..
sila beringat ape yang beliau pesannn..
koh koh koh...
Post a Comment