Sunday, July 5, 2009

AKU PUN DIET GAK - The 100th entry

Sebulan dua ni nampaknya topik inilah yang paling diperkatakan dan digosipkan di opis. Makna perkataan diet ni telah dimitoskan iaitu sama dengan kuruskan badan.

Makna sebenar perkataan diet adalah sangat luas; tidak sekadar kurangkan makan dan kuruskan badan. Anda semua boleh merujuknya di sini. Apabila anda selesai membacanya, anda akan dapati tiada satu pun yang menyatakan secara direct tentang menguruskan badan.

Aku pada awalnya (terutama setahun selepas kahwin) adalah salah seorang yg terjebak dalam mitos ini. Diet = Kurangkan makan + kuruskan badan. Semasa zaman awal remaja dulu, berat aku tak pernah melepasi 48kg. Kawan2 sekarang mesti tak dapat bayangkan betapa petite aku masa tu. Dan masa tu sudah pastinya aku tak pernah bayangkan berat badan aku akan naik seperti sekarang (paling berat ialah 70 kg).

Ubat diet? Aku pernah ada 2 pengalaman pahit tentang ubat diet ni. Walaupun tak terbukti secara klinikal, doktor memaklumkan bahawa ubat2 pelangsing ini memang akan memberi kesan buruk. Bezanya sekarang atau kemudian hari. Pengalaman pertama, aku pernah ambil satu set pil yg berjenama terkenal satu masa dulu. Walaupun awal2 lagi aku dh rasa something wrong tapi "Alah...biase la. Badan baru nak sesuaikan dengan tindakbalas ubat" Tapi bila aku menjadi semakin tidak selesa, aku ke klinik. Diagnos umum dr. ialah; ubat yang aku ambil tu mengandungi bahan yg boleh mengeringkan mukus di antara sendi2. Deritanya : Aku sakit pergelangan tangan sehingga nak menyuap makanan ke mulut pun terasa seksa. Pengalaman kedua : Aku cuba pula sejenis teh yang juga terkenal satu masa dulu. Ia akan membuatkan kita CB satu atau dua jam selepas pengambilannya. Deritanya : Aku kena duduk wad semalaman sebab dehidrat...kurang air.


Baru-baru ini aku menjalani rawatan dan disahkan mempunyai simptom2 PCOS (Polycystical Ovarian Syndrom) yang secara umumnya akan mengganggu peluang utk mengandung. Dan aku telah dibekalkan dengan Metformin - ubat yang fungsinya utk mengawal gula dalam darah dan selalunya digunakan oleh pesakit diabetes tahap 2. Tapi dalam kes aku, fungsinya ialah untuk mengurangkan berat badan. Jadi kalau aku nak kurus cepat, aku boleh ambil sebiji 3 kali setiap hari. Tapi kesan jangka panjang ialah masalah buah pinggang.

Jadi aku menghentikan segala usaha menggunakan jalan pintas ini. Apabila berpeluang mengikuti program Citrasihat anjuran Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan pandangan aku tentang istilah diet itu berubah. Sekarang aku dan beberapa rakan lain cuba untuk menjadikan senaman sebagai cara hidup. Makan? Kami tetap makan seperti biasa, cuma kawal kalori. Kalau terlebih ambil, maka kena lebihkan senaman. Aku sendiri melakukannya sebagai satu rutin sekarang; 1000 kali skipping dalam masa 5 hari dan jogging 2 kali dalam seminggu. Mula2 sangatlah susah kerana aku dah lama sangat tak exercise. Tapi 200 skipping sehari sebenarnya sangat sedikit (dalam masa 7-10 minit sahaja mengikut kemampuan aku) dan kalau jogging keliling taman perumahan ni pun tak lebih dari 15 minit satu round (itupun campur berjalan sekali). Dan sekarang masuk bulan ke 4, aku dh semakin biasa; cuma kaki agak sakit pada peringkat awal. Peserta program telah dibekalkan satu pedometer setiap seorang maka senaman jadi lebih menarik kerana kita terus boleh mengetahui jumlah kalori yg terbakar selepas sesi senaman.

Jadi teruskan bersenam; jaga kesihatan dan jangan tersalah langkah! Tepuk dada tanya selera. Maklumat2 yg aku kongsi ialah pengalaman sahaja, bukan fakta profesional. Sila rujuk pada yg pakar untuk maklumat lanjut; bukan sekadar rujuk di internet.

ADIOS

No comments: