Konon la kannn.... Amacam? Ader berannn....?
Sebenarnya aku dh lama draft entry ni. Cuma tak sure perlu post ke idak. tapi setelah melihat situasi semasa, aku rasa lebih baik aku post sebelum terlambat.
Aku ade cerita sikit-sikit pasal hal ni sebenarnya dalam one of my previous post. Hermmm... so lepas korang baca entry tu, korang tau la sikit2 kan kesahnya.
Jadi nak dipendekkan cerita, dalam program yg berlangsung selama lebih kurang 4 bulan tu, kami semua peserta2 kira macam bertanding la. So sesiapa yg paling banyak dapat mengurangkan berat badan akan diberi hadiah. Lumayan gak tak silap aku RM500, RM300 dan dan RM200. Aku dan beberapa orang kawan sepejabat dengan bersemangat menyertai program ini dengan tekun walaupun dalam hati tak rasa pun nak menang.
Pada awal pendaftaran kami telah diperiksa oleh pihak urusetia bukan sahaja dari segi berat badan, malah ukuran badan, kandungan lemak, kolesterol, gula, tekanan darah dan juga gaya hidup. Antara aktivitinya ialah ceramah pemakanan, ceramah kesihatan, ceramah aktiviti fizikal, senamrobik dan juga program 10,000 langkah sehari.
Ok..at the end tanpa disangka-sangka, masa final day, aku diumumkan sebagai pemenang kedua dan pemenang ketiga pun salah seorang ofismate aku. 1st place was a guy yg aku tak kenal. Jumlah penurunan berat badan aku dalam masa 4 bulan tu ialah 4.3 kg. Dan yg bestnyer plak, hadiah wang tunai tu ditambah dan aku dapat RM400. Suka betul aku masa tu. Hahahahha... rasa cam sungguh kurus time tu.
Jadi di sini aku (sebelum terlambat) nak bgtau sikit statistik berat badan aku. Alaaa... aku tak kesah sgt pun sebenarnya. Cuma utk mengabadikan kejayaan aku menurunkan berat badan 100% melalui senaman. Statistiknya secara ringkas adalah :
Semasa pendaftaran April 2009 : 70.9 kg
Semasa final end of July 2009 : 66.6 kg
Semasa akhir Ramadhan 18-09-09 : 64.0 kg
Selepas seminggu raya : 67.0 kg
Hahahahahhaha.... hampesss tak? Rasa rugi plak. So skrg tgh start exercise balik. Berganda-ganda gamaknya aku kena skipping (hati-hati kalau nak try terutama pada wanita) sebab nak lawan ngan rendang, nasi impit, ketupat lemang segala bagai. Open house lagiii.... Oohhhh tidakkkkkk!!!!!
Tu pasal la aku taknak amik gambar before and after aku. Huhuhuhuh keciwa woooo kalau turun susah naik senang. Hehehehehehe....
Opppsss sebelum terlupa... AWEK HINGUSAN 5 otw. Hari Khamis nanti..... Jangan lupa tau!
5 comments:
nak gak berkongsi cite ni..hehe..
3 bulan yg lepas berat saya 60 kg and hampir cecah 61 kg. lepas tu terasa insaf nak kurus balik. sebab rase perut dah boncit sgt and gemok. 2 bulan x sentuh nasik (mungkin seminggu sekali makan nasik dalam keadaan terkawal). dalam tempoh dua bulan berat saya turun 2 kilo. bulan puasa timbang turun lagi sekilo means dah jadi 57 kg. Mase raye memang kontrol giler makan. Jadi sekarang berat saya maintain 57 kg (ala2 riak pulak..huhu)Skrg dlm proses nak turunkan lagi 2 kilo..huhu
ada ini contest dari dr.jusmate5 ?
tahniah ea..
woit,
beranilaaa ... selamat berani ke blog tukat tiub -
selamat raya -
slow makan sikit
cheers
isham2504
huhu...success gak tu mau gak turun beratnya...
aku?? dok tang tu gak...adehhhh
tahniah dapat kurangkan berat badan.
Post a Comment