Saturday, October 3, 2009

SEJADAH BERDIRI?


Sebelum tu... aku terjumpa ni. Korang try buat kat sejadah korang boleh? Aku dah try...amik yg keras/tebal sket. Jangan usik2...InsyaAllah berdiri lah ia. Sorry aku bukan nak nafikan apa2. Tapi harap benda2 gini kita terima secara logik dan jangan membawa kepada khurafat. Maha Besar Allah.

Suami isteri terkejut sejadah "berdiri" sendiri


MOHAMAD Shuhaimi Md Ilias, 26, (kanan) menceritakan
kepada orang ramai mengenai kejadian sejadah berdiri
secara sendiri di kediamannya di Taman Haji Mohd Amin,
Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam. - Foto Rosli Ahmad


BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah mereka di Taman Haji Mohd Amin, Permatang Pauh di sini terkejut apabila sejadah yang terdapat dalam salah sebuah bilik di kediaman mereka tiba-tiba "berdiri" dengan sendiri malam tadi.

Pasangan Mohamad Shuhaimi Md Ilias dan Zainab Ramli, masing-masing berusia 26 tahun, menyedari kejadian ganjil berkenaan kira-kira jam 9.30 malam dan masih lagi dalam keadaan demikian setakat 1.30 tengah hari.

Mohamad Shuhaimi yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di sini berkata sejadah berkenaan adalah hantaran perkahwinan mereka dan ia digunakan sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini kami tidak pernah berselisih faham mengenai arah kiblat di rumah dan ia mula menjadi pertikaian semalam selepas arah kiblat berbeza dengan apa digunakan masjid berhampiran rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ketika kejadian beliau sedang memandikan anak perempuan mereka berusia dua tahun, manakala isterinya pula sedang menggosok pakaian di bilik berlakunya kejadian ganjil itu.

Mohamad Shuhaimi berkata, beliau yang menghamparkan sejadah itu di bilik berkenaan sebelum memandikan anaknya dan tiba-tiba dipanggil oleh Zainab yang berada dalam keadaan ketakutan serta terkejut.

"Isteri beritahu sejadah dihamparkan tadi berdiri secara sendiri ketika dia hendak mengambil pakaian untuk digosok. Saya yang bergegas ke bilik itu terkejut melihatnya.

"Saya bertanya kepada isteri saya sama ada dia ada terkuis sejadah terbabit dengan menggunakan kakinya sehingga menyebabkannya "berdiri" tetapi dia menafikannya dengan mengatakan ia berdiri secara sendiri," katanya.

Katanya, beliau menganggap kejadian itu mempunyai hikmahnya tersendiri dan berkemungkinan hendak memberitahu keluarganya mengenai arah kiblat yang sebenarnya.

Kejadian itu menyebabkan rumah mereka menjadi tumpuan kerana orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat sendiri sejadah "berdiri" berkenaan. - Bernama

SELINGAN
Menu :

1. Mee kari
2. Spaghetti (betul ka eja ni?)
3. Kuah durian ngan roti
4. Murtabak sayur
5. Kuey Teow Goreng
6. Lontong

Macam nak pengsan aku masak. Errkkk... yg last tu MIL aku masak. Lom mula lagi aktiviti makan2 nyer. Lepas maghrib. Tu yang lepak layan blog dulu ni.

Harus ker aku update pasal ni? Ok la dari dari takde post langsung..cadangnya nak update midnite nnt. Heheheheh.. ala kununnnn. InsyaAllah.

3 comments:

imHepPie said...

erkk...btol ke cita sjadah tu..

Anonymous said...

emm sudah dibce tdi dlm paper ehh..skrg sdg nk mkn murtabak ler nei..jom sekali =p

cheryna zamrinor said...

waaaaaaaaaaa...hebatnye boleh masak sebanyak tuh! respect betul. nywayz, kain sejadah tuh keras...boleh terlipat jd macam berdiri. rasanya leh caya ke?