Wednesday, October 14, 2009

AWEK HINGUSAN - Episod 6

Aku dah mula bosan. Bodoh punya jantan. Nak buat keputusan punya lah susah. Bacul! Kau nak sangat aku mengamuk kan? Ingat aku budak-budak lagi?!

Telefon di tangan direnung lagi. Nak call ke tidak? Kalau aku call tak berangkat, lagi sakit jiwa! Ishhh... tak boleh jadi ni. Dari pagi tadi call tak angkat, sms tak reply. Memang tak guna jantan ni. Mesti berkepit dengan bini dia la tu!

Tiba-tiba telefon berdering. Kussss semangat! Tapi bukan jantan tu! Abah la plak.. Alamak ape aku nak cakap ni.

"Dapat call dia tak? Abah nak jalan lepas Asar ni. Confirm tak naik kereta dia? Bukan dekat KL ngan Taiping tu...".

"Alah bah...Niky call dia tak angkat la...tunggu jap lagi Niky try lagi".

Ding dong... (sounds like a stupid door bell)

Bergegas bangun.

"Laaaa... ayang ni apehal?! Nape baby call tak angkat? Tensen la. Orang tunggu dari tadi. Abah dah berpuluh kali call. kain baju semua baby dah siapkan. Jahat tau dia niiii.....".

"Takde apa...nak kena siapkan keje dulu. Tiba-tiba je nak cuti kan, kena la settle semua".

"Abis betina tu?".

"Baby boleh tak jangan panggil dia macam tu? Dia bini abang tau".

"Ye la bini abanggggg.... geli dengar!"

Seronoknya aku...akhirnya dapat juga aku bawa my love ni keluar dari KL ni. Rasakan kau betina bodoh! Padan muka! laki kau kat tangan akuuuu......

Lepas ambil abah dan Auntie Ina, kami teruskan perjalanan ke Taiping. Yang tensionnya, telefon ayang aku ni asyik la berbunyi. Last-last aku ambik je pegang letak dalam beg. Betina tu call la tu. Tak sedar diri! Dah sah-sah laki kau tak nak ngan kau. Bodoh betullll....

7 comments:

sI tEDI said...

dasyat!!!

miss nina said...

amiklah laki orang
nanti kena rampas laks..

aizamia3 said...

hurm... xnak cite xnak komen sbb... hurm... ekekeke... pengalaman kenal insan bernama lelaki byk memberikn pengalaman n teladan... tepuk dada tny hati...
tp nak tny... nih cite ke reality...?

bungacahaya said...

Salam semua...

Thanks for the comments. Cerita ialah olahan dari cerita sebenar.

arnamee said...

huhu.

jika aspek cerita-mantap!
tapi sebb ia kisah benar, nak no komen jugak...

;p

p/s:thnks sudi follow blog anem tu:)

azlidaami said...

skit sgt smbungan nye...

dude said...

n then..??

oh tuhan, jangan jadikan aku macam ni.